Sunday, December 13, 2009

Suka Bertukar Menjadi Duka

Tintaku terhenti..... hanya doa yang ku perlukan buat masa dan ketika ini. Abang kesayangan ku Adam Bin Ariffin diberitakan Kritikal buat masa ini di hospital kuala trengganu.

Dikesempatan menunggu flight di Subang Airport untuk ke Kuala Trengganu ku ambil untuk menulis blog ini bagi memohon sokongan dan doa dari sahabat dan rakan2 ku agar mendoakan abangku Adam Bin Ariffin moga cepat sembuh dan dipelihara oleh Allah SWT.

Sesampainya aku di Airport Subang Pada 11pm 12/12/2009 tiba2 mobile  phone ku berdering. Aku menerima panggilan mengatakan abangku sedang kritikal. Terpaku dan terkejut aku, walhal baru tadi elok berbual dan bergurau semasa meraikan perkahwinan abangku Hatta Bin Ariffin mengakhiri zaman bujangnya. Belum pun habis ku bersuka sekarang aku sedang berduka.

Adam Bin Ariffin adalah abangku yang sulung yang telah banyak mendorong dan memberi sumber inspirasi terutamanya dalam bidang perniagaan, kerana hajatku ingin menjadi businessmen yang berjaya macam dia jugak. berita yang ku terima betul-betul memilukan. Aduh.... air mata ku mula bergenang ketika menulis blog ini.

Aku percaya hanya doa dari rakan dan sahabat kalian dapat membantu abangku sembuh. Ku gagahkan juga untuk mengarang Blog ini, sambil menunggu flightku tiba pada pukul 3.00pm ini.

Abangku dimasukkan kehospital bila beliau pitam selepas bermain golf dengan sahabat karibnya selepas majlis persandingan abangku hatta selesai. Menurut doktor paru2nya dipenuhi air. 3 tahun yang lepas abang ku adam telah dibypass jantungnya kerana tersumbat. selepas pembedahan yang lalu beliau amat sihat dan cergas.

Aduh.... saya tak boleh nak teruskan lagi penulisan blog ini sebab air mata tengah mengalir. Akhirkata, doakan agar abangku Adam bin ariffin cepat sembuh. Amin...... (terima kasih kepada yang mendoakan kesejahteraan abangku adam bin ariffin)

2 comments:

onino said...

relakan dia pergi..
kita akan menyusul cuma tak tahu bila waktu...

relakan dia pergi
cume rasa terharu bilamana ada kesempatan mengucapkan ayat suci itu tatkala saat2 akhirnye...

relakan dia pergi
Dia lebih menyanyangi...

relakan dia pergi
mudahkan urusannye...


kak sal

khir said...

Terima Kasih Onino. Ku redho apa yang berlaku. Sesungguhnya ke pun akan kesana jua.