Friday, December 11, 2009

Hari Terakhir Seminar New Media di KL tahun 2009

Seronok dan terharu saya ketika berkongsi pengalaman dengan para peserta tentang penggunaan new media untuk memasarkan perniagaan mereka.

Seronok sebab para peserta menghargai apa yang kita sampaikan. Terharu sebab ada yang sanggup datang dari Perlis untuk menimba ilmu berkenaan new media ini.

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada para peserta seminar kerana anda sanggup meluangkan masa menghadiri seminar new media ini.

Disebabkan permintaan yang tinggi serta ingin memberi peluang kepada mereka yang jauh dari Kuala Lumpur, maka pihak penganjur Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia (PPIPBM) akan adakan satu lagi siri seminar bagi melabuhkan tirai 2009 di Perak. Sila rujuk http://www.ppipbm.org.my untuk maklumat lanjut.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: