Monday, December 28, 2009

Maafkan Kami Ustaz.

Sebak dan terharu kami apabila disambut oleh wajah seorang yang pernah berjasa mendidik anak bangsa.

Ustaz Zambry adalah salah seorang pengetua yang amat disegani. Tegas didalam membuat keputusan. Kini didalam usia menjangkau 70tahun, ustaz masih mengingati kami yang terkenal dengan kenakalannyan.

Ada yang lega setelah 20 tahun menyimpan hasrat untuk membuat pengakuan kepada Ustaz, "Saya minta maaf ustaz, sayalah yang calarkan kerta ustaz dulu" kata salah seorang bekas murid yg kelihatan terpancar cahaya kelegaan dan terhapuslah beban yang ditanggung.

Rata2 yang hadir menziarahi ustaz pada 27 disember 2009 yg lalu pernah dirotan oleh ustaz termasuklah saya. Hehehe. Terima kasih ustaz sebab rotan saya dulu. Berkat ustaz rotan saya jadi orang. Kalau tak mungkin jadi apa tah.

Mungkin berkat keikhlasan didalam mendidik maka semua sahabatku menjadi insan yang berguna. Ada yang diberi tanggung jawab untuk bebakti kepada adik2 di SIS seperti Ustaz Munawir.

Ekoran dari ziarah tempohari, saya selaku pengerusi Perikatan XSIS87 ingin mencadangkan aktiviti "Jejak Ziarah". Kita akan mencari dan menziarahi guru2 dan ustaz2 yang berjasa mendidik kita.

Amacam setuju tak?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

dato' said...

ustaz shaari, cikgu duan & cikgu megat aku boleh uruskan

khir said...

ok beres dato'.