Thursday, November 29, 2012

Gaza Aku Datang

Semalam selama 4 jam lebih saya berbincang dengan Sani Araby berkenaan bentuk bantuan dan perancangan yg kita semua boleh bantu dan terlibat untuk bangunkan semula Gaza.

Semua orang boleh memainkan peranan dalam pelbagai bentuk. Dalam masa terdekat ini saya ingin menawarkan kepada sahabat sekalian yang berminat utk berjihad bagi menyalurkan maklumat. Kepada semua rakan Blogger dan mereka yg aktif berFB dan Twitter boleh inbox saya jika anda sudi menjadi Sukarelawan.

Satu lagi misi yang mungkin akan dicadangkan utk berkempen menaikkan tabung Gaza dan memberi peluang lebih ramai yg terlibat secara lansung ialah misi "Gaza Aku Datang". Kita akan ke Gaza mengikut jalan darat. Sepanjang perjalanan kita akan buat pelbagai aktiviti pengumpulan dana di setiap hentian yg dirancang di seluruh negara di sepanjang perjalanan. Jika ada yg berminat utk terlibat sila inbox. TQ
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, June 11, 2012

Program Latihan Pembangunan Usahawan IKM KL

Alhamdulillah, sudah masuk hari ke 3 saya bersama para consultant Seven Figure Sdn Bhd yang lain di Langkawi untuk menjayakan program Latihan pembangunan Usahawan.

Pelbagai modul dan Aktiviti telah dijalankan selama 4 hari berada disini. Hari ini para usahawan telah didedahkan pelbagai startegi pemasaran perniagaan berkesan melalui internet, sosial media dan blog.

Mereka juga bakal membangunkan blog perniagaan mereka sendiri dan akan memastikan ada jualan yg dibuat melalui blog tersebut.

Semoga berjaya kepada semua perserta.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, April 14, 2012

Buku Travel Log Kembara 4X4X2 Kemboja 2012.

InsyaAllah tahun ini saya akan keluarkan buku sulung saya. "Travel log Kembara 4X4X2 Kemboja".

InsyaAllah buku ini nanti akan menjadi pemangkin kepada mereka yang gemar untuk mengembara tetapi tidak tahu cara yang kos efektif dan berobjektif. Isi yang padat dengan gambar dan tips-tips berguna dari Perancangan awal, kos sehinggalah yang berkaitan makanan atau resepi pengembara.

Saya sedang mentelaah beberapa rujukan yg diperlukan utk menghasilkan buku yang mengujakan. Hehehe. Mohon tunjuk ajar dari mereka yg pakar disepanjang proses melengkapkan buku ini nanti.

Sebahagian dari hasil jualan buku ini nanti akan disumbangkan ke dana DMK dan inisiatif dakwah yang lain. Mohon sokongan dan doa dari rakan FB sekalian moga impian ini menjadi kenyataan.

Untuk makluman kembara itu nanti adalah bersempenan misi Aidil Adha 2012 nanti. Team kembara 4X4 dan Motorsikal kuasa besar akan konvoi melalui Malaysia-Thailan-Laos-Kemboja-Thailand-Malaysia.

Monday, April 02, 2012

Teambuilding Untuk Kakitangan IKM Kuching, Sarawak

Alhamdulillah... Hari ini selesai hari pertama menjalankan aktiviti Teambulding di Permai Rainforest Resort, Kuching, Sarawak.

Seven Figure Sdn Bhd telah diamanahkan oleh Institut Kemahiran MARA, Kuching untuk menjalankan Program Teambuilding "Motivasi Pencetus Transformasi" kepada para pensyarah dan kakitangannya yang terpilih seramai 30 orang.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan dengan lancar.

Friday, March 16, 2012

Rahsia Solat Khusyuk

Jika iman telah tersimpan rapi didalam kalbu seseorang, maka keinginan utk sentiasa dekat kepada Allah SWT sebagai suatu hasrat yang tidak dapat dihalang-halang. Kerana melalui keimanannya itu akan melahirkan cinta dan rindu kepada Ilahi. Kenikmatan cinta dan rindu itulah yg menjadi pendorong dlm melakukan amal ibadat yg sebanyak-banyaknya kepada Allah SWT.

Apabila amal ibadah seseorang itu dilakukan secara terus menerus, maka akan menjadi kebiasaan yang sukar untuk ditinggalkan. Begitu juga kebiasaan ahli ibadah dengan penuh khusyuk bersolat, manakala bagi orang lain mengerjakannya merupakan sesuatu beban yg berat. Namun bagi mereka yg penuh rasa rindu dan cinta kepada Allah SWT, pekerjaan tersebut sama sekali tidak memberatkan dirinya.

Wednesday, March 14, 2012

Ketahui 7 Penyakit Hati dan Petua Cara Rawatannya

Ketahui 7 penyakit hati yang perlu dirawat:-
1. Ujub atau berbangga-bangga
2. Terpedaya oleh perasaan sendiri
3. Sombong atau bongkak
4. Suka menunjuk-nunjuk
5. Buruk sangka
6. Bakhil dan kikir
7. Dendam

Rawatlah hati.

Tuesday, March 13, 2012

Formasi Awan Membentuk Kalimah Allah





Pagi tadi masa OTW nak hantar wife pergi kerja di bangsar saya sempat ambil gambar awan yang membentuk kalimah Allah dan upload di FB. ini saya upload sekali lagi dengan menyertakan gambar kecil yang di edit guna photoshop utk menjelaskan lagi bagi mereka yang mungkin tak perasan.

Sura 2 - Al-Baqara (MADINA) : Verse 164
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.

Friday, February 03, 2012

Misi Kemanusian Bersama Telekom Malaysia dan DMK di Kemboja

Alhamdulillah.... Hari yang dirancang telah tiba. Saya bersama 25 orang yang lain akan berlepas sebentar lagi ke Phnom Penh untuk misi kemanusiaan di kemboja. InsyaAllah saya akan update aktiviti kami disini. TQ