Sunday, December 27, 2009

Penubuhan XSIS87

Alhamdulillah, tanggal 26 Disember 2009 bekas pelajar Sekolah Izzuddin Shah kemasukan 1987 berjaya membuat perjumpaan sulungnya.

Yang paling membanggakan kami berjaya mengumpulkan seramai lebih kurang 40 orang XSIS87.

Bermula dengan pendaftaran di Blok Bukhari pada pukul 2petang, seorang demi seorang muncul mengamatkan suasana. Mana tidaknya, dah 20 tahun tidak berjumpa. Pelbagai cerita nak dikongsi bersama.

Petangnya pulak, macam biasa la. Aktiviti sukan, bolasepak. Badan masing2 macam dah berbadan dua. Lari sikit dah termengah2. Ada yang meletup urat katanya.

Maghrib pula berjamaah bersama disurau. Disusuli pula dengan bacaan tahlil. Terima kasih teman2 kerana sudi membaca tahlil untuk arwah abangku adam.

Selesai tahlil terus kami membuat sesi taaruf atau masing2 bercerita ringkasan kisah hidupnya. Rasa bangga juga, semua sahabatku menjadi orang yg berjaya dalam kerjaya dan dalam bekeluarga.

Haaaaa tibalah acara yg dinantikan yakni acara makan. Hahaha. BBQ beb, makan sampai pecah perut. Tahniah kepada penganjur diatas kelancaran program.

Azman Om Wakil dari alumni SISTA (bedahari) sempat memnyampaikan pesanan.

Majlis makan dihentikan seketika sebab nak gi meeting pulak. Asalnya meeting tu esok, tapi taku ramai yg dah cabut maka kami awalkan.

Meeting nie adalah bertujuan menubuhkan XSIS87.

Berikut adalah senarai AJK
Pengerusi - Khir Ariffin
Naib Pengerusi - Ustaz Munawir
Setiausaha - Faizal Rathwan
Bendahari - Khairul Anwar (Own)
Region Utara - Meor Shukri
Region Tengah - Ziham
Region Timur - Zulhasmi Zabidi
Region M'sia Timu - Ijam

Majlis disambung dengan makan dan terus gi ngeteh di Vanggey.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 comments:

Anonymous said...

keep update tuan pengerusi xsis87...'I'm in disguised'

Unknown said...

Memang sempoi, hasilnya kita dapat nama sebulat suara XSIS87 utk batch kita. Pengerusi pun sempoi jugak....ha...ha

khir said...

Mayor, yang penting kerjasama....

apa yang penting.....

kerjasama.... hahahaha