Thursday, April 15, 2010

Jemputan ke Forum anjuran Kolej Islam Sultan Alam Shah di Klang

Alhamdulillah, tercapai juga hajat saya untuk kembali kesekolah lama saya berjumpa dengan guru2 dan adik junior di KISAS.

Saya, Zikri Fuad dan Dr. Aniza dijemput untuk menjadi Panel tersebut. Kami berkongsi pengalaman sebagai Usahawan dalam bidang masing-masing.

Kami berharap agar adik-adik sekalian dapat ambil iktibar dari pengalaman kami sebagai Usahawan. Ingat pesan saya
1. "Usaha, Doa dan Tawakal".
2. Ibu dan bapa adalah prioriti anda
3. Jadikan segala amalan itu sebagai ibadat. "Berniatlah kerana Allah"
4. Kata-kata adalah doa.
5. Halangan yang paling besar adalah diri anda sendiri.

Akhir kata, jutaan terima kasih kepada pihak penganjur dan guru2 yang menjemput kami.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, April 13, 2010

Goyang Kaki Dapat Duit?

Hahaha... Setahu saya yang goyang kaki dapat duit nie tukang jahit dan tukang kayuh beca je.

Statement-statement macam nie la yg buat melemahkan minda dan stamina mereka yang malas dan sentiasa mencari jalan pintas untuk berjaya. Malangnya mereka sering kali dipintas.

Mana ada kejayaan yang boleh dikecapi sekelip mata. Melainkan menang loteri(duit haram) dan menang cabutan bertuah je. Itu pun kena usaha jugak, macam kena isi borang atau kena potong keratan akhbar.

Ramai jugak la pihak ambik kesempatan dek kemalasan dan angan tak sudah bagi mereka yg malas berusaha nie. Berbagai iklan dan tawaran ditabur, atas kereta, atas motor, dalam Masjid, kat dinding. Itu cara tradisional. Cara moden, lambakan email dan sms menerobos ruang privacy kita. Rahsia jadi jutawan la. Jutawan internet la. Langkah mudah jadi jutawan la. Dan macam2 magik dan mitos ditawarkan.

Apa yang pasti ialah keuntungan mudah disebalik pihak yg menawarkan rahsia dan tips2 cepat kaya tersebut. Siapa yang cepat kaya? Kalau bukan mereka.

Nak masuk syurga pun kena beribadat beb. Rasulullah yang confirm masuk Syurga pun kena berniaga dan bersusah payah menyampaikan ajaran islam. So kita fikir la... Sama-sama.

Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Bak kata pepatah lama "Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian".

Tapi perlukah kita bersakit untuk senang. Hahaha, janganlah cari penyakit. Sebab tu la, nabi kata "tuntulah ilmu walau sampai ke negeri cina". Belajar dgn org yang dah berjaya akan kejayaannya dan kegagalannya.

Akhir kata, tak ada jalan segera untuk jadi jutawan, yang ada cuma jutawan mee segera.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.