Saturday, December 26, 2009

Tidak Ada Alasan Untuk Berjaya

Ya! Cuma kita boleh mencipta sebab untuk kita berjaya.
Sebab apa kita masih terus bekerja?
Sebab apa kita masih terus berusaha?
Sebab apa kita masih terus berniaga?

Sebab yang kuat akan menjadi pendorong yang kuat. Namun, sebab sahaja belum cukup untuk mencapai kejayaan. Kejayaan juga boleh dicapai secara berperingkat agar memberi peluang dan ruang untuk kita terus mara kehadapan.

Saya sering mengamalkan PDCA dalam mencapai sesuatu kejayaan. Kejayaan atau matlamat atau milestone pula saya pecahkan kepada 3 peringkat iaitu jangka pendek, sederhana dan jangka panjang.

Apa itu PDCA?
P - Planning
D - Do
C - Correction
A - Action

PDCA merupakan satu kitaran dalam mencapai kejayaan. Kita perlu merancang terlebih dahulu. Namun janganlah terlalu lama dan terlalu teliti perancangan tersebut. Sebab takut nanti kita buang masa merancang je... Buatnya tidak. Ini yang banyak berlaku.

Perancangan yang ringkas dan padan perlu disusuli dangan "Do" iaitu buat. Jangan cerita je lebih, jangan cakap je berapi-api tapi buatnya tidak.

Kita kena pantas melaksanakannya untuk mengetahui hasil dari perancangan yg dibuat agar kita boleh buat "Correction" yakni pembetulan atau penambah baikan.

Dan akhir sekali ialah "Action" yakni tindakan terhadap "Correction" yang telah dikenal pasti tadi.

Kitaran PDCA bolehlah diulang berdasarkan pencapaian atau kejayaan yang diinginkan.

Tapi ingat! Jangan ulang perkara atau proses yang telah dibincangkan sebab buang masa sahaja fokus kepada perkara yang anda telah tahu keputusannya.

Ok selamat berjaya. Adios...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: