Tuesday, July 27, 2010

Happy Birthday To Me

Tak sangka ye.... dah 36tahun rupanya aku berada di Bumi Allah ini. Syukur Alhamdulillah.... tahun ini hari lahirku jatuh pada hari nisfu sya'ban. Moga mendapat keberkatan Ilahi. jutaan terima kasih kepada sahabat2 di FB kerana tidak putus-putus memberi ucapan. Terima kasih sahaja yang mampuku ungkapkan. Ucapan kalian amat memberi makna dan menyuntik seribu pengertian. InsyaAllah... insan kerdil ini akan cuba memanfaatkan apa yang ada sebagai khalifah dimuka bumi ini.

Sunday, July 18, 2010

Sanggar Kerja Perdana ALKIS Perancangan Halatuju & Strategi

Alhamdulillah... Syukur kepada Allah kerana saya diberikan kesihatan dan kesempatan untuk turut terlibat didalam sumbangsaran didalam merangka perancangan halatuju & strategi ALKIS.

Jutaan terima kasih kepada saudara Megat Iskandar kerana menjemput saya untuk turut serta didalam Sanggar ini.

"Peneraju Kecemerlangan Insan & Persaudaraan Sejagat" ini Visi ALKIS yang berjaya dicapai didalam Sanggar yang cukup dinamik dan bertenaga.

Seronok rasanya dapat berkumpul dan berkenalan dengan para Alumni yang terdiri dari pelbagai bidang dan kepakaran masing-masing.

Moga sumbangsaran kita dapat memantapkan lagi ALKIS.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, July 03, 2010

Kursus Membina Blog di K-Ekonomi MITC Melaka


Sebahagian dari Para Usahawan Negeri Melaka telah diberi tunjuk ajar cara-cara memasarkan perniagaan mereka menggunakan Blog oleh New Media Consulting Sdn Bhd (http://www.newmedia.my/). Terima kasih kepada para peserta kursus kerana minat dan kesungguhan anda untuk mencuba perkara baru untuk mengembangkan perniagaan anda. Moga anda dapat mempraktikkan segala Strategi Pemasaran Perniagaan Melalui Blog yang telah dikongsi oleh tenaga pengajar NMC.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.