Tuesday, November 08, 2011

Day 7: Menyelesaikan Amanah Korban dan Akikah dari Kampot Hingga ke Kampong Soam.

Alhamdulillah...... terlaksana sudah amanah korban, akikah, sumbangan pakaian dan wang derma yang diamanahkan kepada team Kembara 4X4 DMK 2011 di seluruh kampung muslim wilayah kampot. untuk senarai lengkap boleh layari blog rasmi DMK di http://infaqkemboja.blogspot.com

Kedengaran bunyi ketukan memecah kesunyian pagi. rupanya Shah the mechanic tengah memperbaiki pajero putih milik sharani. Seperti biasa doa dibaca sebelum memulakan perjalanan. kami singgah sebentar untuk bersarapan di kg kendal.

makan laksa kemboja, sedap oooooo.... kami meneruskan aktiviti korban dan akikah sampai tak sempat nak makan dan dilanda kepenatan. Namun berkat kerjasama dan keazaman semuanya dapat disempurnakan. terima kasih atas kerjasama, doa dan sokongan semua pihak termasuk sahabat FB, pembaca blog, saudara-mara, keluarga serta isteri tersayang....

setelah selesai team kembara bergerak utk bermalam di Phnom Penh. majlis ditutup dengan makan malam di KFC.


Shah the pomen sedang menjalankan kewajipan. terbaeeekk.... bro

Ustaz Sharani membaca doa sebelum memulakan perjalanan

Wah.... bukan main selera kau jasmi ye...

Laksa kemboja. sedap dan terbaeekk....

Jendela masa depan rakyat kemboja yang memerlukan perhatian dan sokongan saudara muslim dari malaysia

Sungguh mesra anak beranak nie.... iman sedang menunjukkan sesuatu pada ibunya... kak ros

Tukang sembelih berehat seketikan untuk recharge energy :)

Ahli syurga sedang menunggu gilirannya dengan tenang.

ce kira ce kira berapa orang tu.... hehehe. inilah keunikan pengankutan di kemboja. semuanya dioptimakan penggunaannya. berbaloi... baloi...

Saya turut tertarik dengan pengangkutan ini.

Anda mungkin terselamat buat masa ini wahai ayam..... hehehe

Kitorang nie bab bergambar memang A

Santai.....

hehehe.... syok tengok makcik nie beri itik makan... sebab lepas tu kitorang lak makan itik. hehehe

Orang russia nie pun turut merakamkan detik pengorbanan.....

Sempat juga menghilangkan lenguh ditangan dengan menampar bola. Abg Zakir sedang mempamirkan skillnya. tapi sayang jadi lubuk pulak.... hehehe

Erti pengorbanan....

Solat wajib diutamakan

Nampak ceria tapi tengah kebulur sebenarnya.... dah nak pukul 5 tapi masih belum ngap.... (dari kiri: Hafiz, Narodi, E-one, shah, jasmi, sharani dan zikri)

Makan time...... lauk itik sudah terhidang menanti gigi utk mengunyah.... (apa yang peace tu Azrai )

tadi dah makan itik.... sampai Phnom Penh makan ayam la pulak..... makan je keje korang ye..... balik nanti jangan lupa timbang ye. hahaah

1 comment:

akuzle ayu said...

laksa kemboja nmpknyer spt laksa kelantan. tp yg pasti, 2-2 sedapp!!...ahahahha