Showing posts with label Niaga. Show all posts
Showing posts with label Niaga. Show all posts

Tuesday, April 13, 2010

Goyang Kaki Dapat Duit?

Hahaha... Setahu saya yang goyang kaki dapat duit nie tukang jahit dan tukang kayuh beca je.

Statement-statement macam nie la yg buat melemahkan minda dan stamina mereka yang malas dan sentiasa mencari jalan pintas untuk berjaya. Malangnya mereka sering kali dipintas.

Mana ada kejayaan yang boleh dikecapi sekelip mata. Melainkan menang loteri(duit haram) dan menang cabutan bertuah je. Itu pun kena usaha jugak, macam kena isi borang atau kena potong keratan akhbar.

Ramai jugak la pihak ambik kesempatan dek kemalasan dan angan tak sudah bagi mereka yg malas berusaha nie. Berbagai iklan dan tawaran ditabur, atas kereta, atas motor, dalam Masjid, kat dinding. Itu cara tradisional. Cara moden, lambakan email dan sms menerobos ruang privacy kita. Rahsia jadi jutawan la. Jutawan internet la. Langkah mudah jadi jutawan la. Dan macam2 magik dan mitos ditawarkan.

Apa yang pasti ialah keuntungan mudah disebalik pihak yg menawarkan rahsia dan tips2 cepat kaya tersebut. Siapa yang cepat kaya? Kalau bukan mereka.

Nak masuk syurga pun kena beribadat beb. Rasulullah yang confirm masuk Syurga pun kena berniaga dan bersusah payah menyampaikan ajaran islam. So kita fikir la... Sama-sama.

Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Bak kata pepatah lama "Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian".

Tapi perlukah kita bersakit untuk senang. Hahaha, janganlah cari penyakit. Sebab tu la, nabi kata "tuntulah ilmu walau sampai ke negeri cina". Belajar dgn org yang dah berjaya akan kejayaannya dan kegagalannya.

Akhir kata, tak ada jalan segera untuk jadi jutawan, yang ada cuma jutawan mee segera.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, January 09, 2010

Usahawan IKS dapat manfaat



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
HULU SELANGOR 8 Jan. – Golongan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) turut mendapat manfaat daripada Program Juara Rakyat apabila berpeluang mempromosikan produk mereka sepanjang program itu berlangsung.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, program itu merupakan antara usaha kerajaan dalam menerapkan budaya keusahawanan di kalangan masyarakat bumiputera.
‘‘Melalui program sebegini, mereka dapat mempamerkan serta memperkenalkan produk-produk keluaran mereka di pasaran tempatan.
‘‘Pembabitan pengusaha IKS mendedahkan mereka tentang pengurusan sesuatu perniagaan untuk mendapat pulangan yang baik,’’ katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan 125 gerai pameran Program Juara Rakyat di Bandar Bukit Sentosa di sini hari ini.
Program tiga hari itu bermula hari ini sehingga Ahad.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan program itu esok.
Program Juara Rakyat dilaksanakan mengikut tema di setiap 191 Bahagian UMNO di seluruh negara pada setiap bulan.
Menurut Mohd. Shafie, program yang julung-julung kali diadakan itu melibatkan kira-kira 20 pengusaha IKS tempatan.
“Lebih 125 tapak gerai disediakan untuk peniaga IKS, agensi-agensi kerajaan dan swasta dan mereka mempunyai pelbagai cara untuk menarik perhatian pembeli sepanjang program ini,’’ ujarnya.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0109&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_24.htm&arc=hive

Saturday, December 26, 2009

Tidak Ada Alasan Untuk Berjaya

Ya! Cuma kita boleh mencipta sebab untuk kita berjaya.
Sebab apa kita masih terus bekerja?
Sebab apa kita masih terus berusaha?
Sebab apa kita masih terus berniaga?

Sebab yang kuat akan menjadi pendorong yang kuat. Namun, sebab sahaja belum cukup untuk mencapai kejayaan. Kejayaan juga boleh dicapai secara berperingkat agar memberi peluang dan ruang untuk kita terus mara kehadapan.

Saya sering mengamalkan PDCA dalam mencapai sesuatu kejayaan. Kejayaan atau matlamat atau milestone pula saya pecahkan kepada 3 peringkat iaitu jangka pendek, sederhana dan jangka panjang.

Apa itu PDCA?
P - Planning
D - Do
C - Correction
A - Action

PDCA merupakan satu kitaran dalam mencapai kejayaan. Kita perlu merancang terlebih dahulu. Namun janganlah terlalu lama dan terlalu teliti perancangan tersebut. Sebab takut nanti kita buang masa merancang je... Buatnya tidak. Ini yang banyak berlaku.

Perancangan yang ringkas dan padan perlu disusuli dangan "Do" iaitu buat. Jangan cerita je lebih, jangan cakap je berapi-api tapi buatnya tidak.

Kita kena pantas melaksanakannya untuk mengetahui hasil dari perancangan yg dibuat agar kita boleh buat "Correction" yakni pembetulan atau penambah baikan.

Dan akhir sekali ialah "Action" yakni tindakan terhadap "Correction" yang telah dikenal pasti tadi.

Kitaran PDCA bolehlah diulang berdasarkan pencapaian atau kejayaan yang diinginkan.

Tapi ingat! Jangan ulang perkara atau proses yang telah dibincangkan sebab buang masa sahaja fokus kepada perkara yang anda telah tahu keputusannya.

Ok selamat berjaya. Adios...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, December 11, 2009

Tips Perniagaan 2

Nak berniaga?
Kenapa nak berniaga?
Apa yang nak diniagakan?
Macam mana nak mulakan perniagaan?
Boleh survive ke kalau aku berhenti kerja dan berniaga?
Berniaga tu apa ya?
Macam mana nak cari modal untuk berniaga?
Nak berniaga sorang2 ke nak kena partner?

Emmmm... Actually banyak soalan kita perlu tanya pada diri sendiri sebelum kita membuat keputusan untuk berniaga daripada makan gaji. Memang mudah melihat orang yang berniaga tu berjaya. Tapi kebanyakkan kita hanya fokus kepada kejayaan peniaga itu sendiri tanpa mengambil tahu jatuh bangun peniaga itu.

Berapa ramai daripada kita yang meluangkan masa untuk duduk semeja dan bertanya atau belajar dgn mereka yang berjaya. Dan berapa ramai pula peniaga yg berjaya sanggup luangkan masa utk bantu anda.

Dalam hal ini ramai juga yg terperangkap dgn iklan dan janji manis mereka yg ambil kesempatan keatas kelemahan anda, yg kononnya ingin membantu anda.

Sampaikan pada satu tahap ramai yg serik untuk berniaga. Berniaga bukan sesuatu yang mudah macam kita decide untuk beli baju atau makan kat kedai. Banyak senarai soalan yg anda perlu tanya dan sediakan jawapannya.

Untuk mendapatkan jawapan tersebut, sila ikuti pemkembangan blog saya ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, December 07, 2009

Tip Perniagaan 1

Teringat masa mula-mula starting business dulu. Betullah kata arwah bapak saya dulu, beliau hanya mampu bagi pelajaran sahaja sebagai harta peninggalan.

Alhamdulillah, berkat didikan dan pelajaran yang diterima saya memulakan perniagaan dengan bermodalkan Ilmu pengetahuan.

Macam mana seterusnya? Sila follow blog saya. InsyaAllah saya ceritakan sedikit demi sedikit pengalaman saya didalam memulakan perniagaan saya. Ok bersambung....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.