Sunday, November 06, 2011

Day 5: Aktiviti Kemasyarakatan di sekitar Kampot

Seawal pagi kami telah bergerak ke kg kendal untuk solat subuh berjemaah. selesai solat kami dijemput untuk bersarapan di restoran milik Ustaz Sulaiman. Dalam perjalanan pulang kami sempat singgah diaktiviti jual beli dan pemunggahan hasil tangkapan para nelayan.

Selepas sarapan kami sempat jalankan ibadah aqikah dengan menyembelih 3 ekor kambing yang bakal menjadi makan malam untuk berbuka puasa kepada penduduk kampung.

Seperti yang dirangcang, program teambulding kendalian Para Consultan New Media Consulting Sdn Bhd dengan kerjasama para sukarelwan DMK dapat dilaksanakan dengan jayanya. Alhamdulillah kami dapat bersuai-kenal dan berkongsi sedikit pengalaman bersama 30 orang Dai' sekitar kampot. Objektif teambulding ini adalah untuk memberi keyakinan dan motivasi kepada meraka serta berkongsi kaedah berkesan dalam berdakwah.

Disamping itu juga para sukarelawan DMK yang terdiri dari ahli perniagaan pelbagai bidang dapat mendengar sendiri serta menyaksikan keperluan yang boleh dibangunkan untuk menambahbaik kehidupan harian saudara muslim kita di bumi kemboja ini.

Selesai teambulding kami mengambil kesempatan untuk mengagihkan wang dan sumbangan yang telah diamanahkan kepada para dai' dan juga kanak2 yang turut memeriahkan majlis teambulding tersebut.

Disebelah petangnya pula kami sempat mencuri masa untuk ambil angin di Pantai Kep serta menikmati ketam segar dan air kelapa muda.

Dalam perjalanan pulang kami singgah untuk ziarah di kampung kendal dan terserempak pula dengan rombongan 2 buah bas dari Malaysia yang menjalankan projek anak angkat sempena korban.

Sebelah malam kami dijamu dengan makanan yang enak dan fresh hasil dari tangkapan nelayan di laut. Majlis ditutup dengan acara massage berjemaah oleh pengurut buta tapi bising berbicara dalam bahasa yg confirm tak faham. hahahaha
Merasa juga korang amik wudhuk dalam kolam ye... hehehe. (di kampung Kendal untuk solat subuh berjemaah)

makcik nie tengoh kuko nyo nak buat kui ketayap kut (baca dalam loghat orang parit)

Tu dia paksupir.... inilah transport org kat sini... kira macam bas mini la..

Para nelayan sibuk memunggah ikan dan urusan berjual beli.

budak-budak tengah main guli kut....

Itu la kerjanya.... dah puas membuncitkan perut korang tido ye....

Alhamdulillah.... selamat acara akikah. Moga Allah memberkati dan merahmati.

Beginilah suasana disetiap pagi di perkampungan nelayan kampung kendal, kampot.

ha..... jangan tak tau. kat sini pun ada lomang tau.... yang specialnya berintikan pisang. sodap...

sedang menunggu sarapan di gerai makan milik ustaz sulaiman

Sedang suaikenal bersama para dai' di masjid kg kendal sempena teambulding anjuran New Media Consulting Sdn Bhd bersama para sukarelawan DMK

Juta.... juta... inilah sebahagian wang sedekah yang telah diamanahkan untuk diagihkan kepada mereka yg lebih memerlukan.

Jasmi sedang merakam aktiviti teambulding.

Kira..... jangan tak kira. kelihatan para sukarelawan DMK sedang kira duit utk diderma pada para Dai' yang menyertai teambulding

E-One, Zakir, Shah dan hafiz kelihatan sedang mengagihkan wang sedekah kepada kanak2 di kg kendal

Shah, E-One dan Roddy Sedang asyik makan Nompang cicah kurma kambing


Penduduk kampung Keh sedang menyambut anak2 angkat dari Malaysia

1 comment:

akuzle ayu said...

lomang itu sungguh menggiurkan...