Saturday, November 05, 2011

Day 4: Pattaya -> Had Lek -> Kampot

Perjalanan yang mengambil masa hampir 9 jam cukup mengujakan dengan sajian pengalaman dan pemandangan serta rintangan yang pelbagai merentasi dari Pattaya(Thailand) melalui Hat Lek (Sempadan) hingga ke Kampot (Cambodia).

Kami memulakan perjalanan di hari ke empat kembara seawal pukul 9 pagi dengan berbekalkan alas perut kepingan roti berintikan sardin serta air kopi bancuh dalam periuk buat pembasah tekak.

Seperti hari yang sebelumnya Ustaz Sharani memulakan perjalanan kami dengan doa musafir dan memohon keberkataan dari yang Maha Esa. Pattaya ke Had Lek yang berjarak 300km mengambil masa hampir 4 jam berjalan lancar. Kami disambut dengan senyuman oleh Zikri Fuad, Ustaz Sulaiman dan adik ahli Parlimen Kemboja.

Kami berhenti seketika di Koh Kong untuk solat berjemaah dan juga makan tengahari di rumah ketua kampung. Alhamdulillah.... sajian ketam dan ikan fresh memang menggamit utk singgah lagi disini dalam perjalanan balik nanti.
Cabaran bermula apabila jalan yang kami lalui merentasi  Had Lek ke Kampot disajikan dengan Lopak, Lobang serta jalan tanah merah yang bersulam dengan jalan tar yang bisa menggugurkan lampu sport light sharani.

Sebelum checkin di hotel kampot, kami dijamu makan malam di rumah Ustaz sulaiman. seperti selalu makanannya amat tidak mengecewakan. cuma yang kecewa ialah berat badan yang mungkin bertambah. hehehe.

diringkaskan cerita.... kami dapat melelapkan mata apabila joget lambak dan kugiran yang kebetulan kat depan hotel nie berhenti tepat jam 12 tengah malam.


Sarapan yang ringkas dan padat. hehehe sardin , roti dan kopi segera tajaan Jasmi. TQ bro :)

Cantik tak Chevrolet tu? kelihatan sharani sedang memotong atau dipotong? hehehe. Roddy dah memecut dihadapan dengan land cruiser hitamnya.

Konvoi berhenti seketika utk bergambar.... hehehe

Di sempadan Cambodia - Thailand @ Had Lek
Bergambar sebelum nyum nyum
Wow! ramainya anak kau sharani. hehehe




Apa la yg diborakkan tu...

Inilah rumah ketua kampung kat Koh Kong
Contoh sajian yang bisa menambahkan berat badan. sedap oooooo. makan tak ingat nak berhenti :)


Acara wajib....
Seperti biasa.... Jasmi akan merasmikannya dulu.... sebab bertanggung jawab akan hal ehwal makanan :)
Kelapa nie memang terbaik..... tapi kena minum time sejuk la....

Saat paling ceria bila dah checkin.... badan dah melekit oooo....
Inilah hotel persinggahan utk malam nie sebelum menyambung perjuangan keesokan harinya.
Kena tunggu kugiran selesai dulu baru boleh tido. huhuhu. Eh! lori boleh jadi pentas. kreatif betul la....

No comments: