Ini merupakan bungkusan terakhir sebelum saya bertolak ke Cambodia pada petang ini.
InsyaAllah saya dan rakan sukarelawan DMK seramai 10 orang dengan menaiki 3 buah pacuan empat roda akan bergerak keutara dan akan bermalam di Changlun sebelum memasuki sempadan Malaysia-Thailand pada 6 pagi esok.
Perjalanan yang memakan masa selama 3 hari untuk sampai ke Wilayah Kampot akan melalui pelbagai cabaran terutamanya kemungkinan halangan banjir yang sedang melanda Thailand pada pagi ini.
Saya memohon jasa baik Sahabat FB http://facebook.com/khirariffin dan juga pembaca setia blog saya agar mendoakan kelancaran perjalan pergi dan balik dalam menyempurnakan misi bantuan Aidil Adha di Kemboja ini.
Berjumpa kita di update yg berikutnya. InsyaAllah
No comments:
Post a Comment