Inilah kali pertama saya beraya diperantauan serta berjauhan dengan yang tersayang namun demi menghayati erti pengorbanan ku teruskan jua perjuangan untuk mengembirakan saudara muslim dibumi kemboja ini. Alhamdulillah hari ke enam kembara kami mulakan dengan solat subuh berjemaah di masjid kampung kendal.
Solat sunat Aidil Adha bermula lebih kurang 7.30 pagi waktu tempat atau 8.30 pagi waktu Malaysia. setelah selesai solat dan mendengar khutbah yang confirm tak faham.... kami bergerak mengisi perut yang keroncong dengan bersarapan roti cicah gulai kambing dan telur dadar.
Selepas breakfast, qurban dimulakan di 3 pusat penyembelihan yg mewakili daerah Kampot iaitu kg Kendal, Prai Tenoh dan Mlek Kol. Jumlah lembu yg diqurbankan pada hari ini adalah 59 ekor. Jumlah keseluruhan lembu korban ialah 112 ekor.
Sekitar jam 5 petang kami terpaksa menangguhkan aktiviti sembelihan dan pulang kehotel. Aktiviti bersambung esok hari.
|
Solat sunat Aidil Adha di Masjid Kg Kendal |
|
Inilah team Kembara 4X4 DMK yang menjalankan amanah Korban dari rakyat Malaysia |
|
E-One dan Solha kelihatan beraksi merakamkan detik berharga dan penuh pengertian. |
|
Lembu korban sedang diagihkan untuk diberi kepada penduduk kampung sekitar wilayah kampot |
|
Tu dia.... anggota baru kita dah sampai.... Mr. Azraei Azaddin yang diapit oleh Solha dan E-One |
|
TQ abang pomen... pancet ditusuk paku da.... |
|
Ini nama dia kabota.... teringat kabota teman kat kampung tu... |
|
Ha.... mencabarkan jalannya.... sampai ada lori yang terbalik. |
|
Huh! korang nie.... bab makan memang A . hahaha |
|
Sedang berkongsi kegembiraan kepada mereka yang lebih memerlukan. |
|
Roddy dan Shah tengah hulur duit raya sambil dipantau Mr. Zakir..... terbaeeek... |
|
Sempat juga menikmati air nira kelapa laut dalam perjalanan ibadah korban |
|
Sempat merakamkan kenangan dgn budak comel nie.... yang kebetulan lalu masa nak tunggu rakan2 lain yang tersangkut.
fakta menarik: kami bertolak dari KL 1/11/11 dan akan berada di KL semula pada 11/11/11 setelah menyembelih 111 ekor lembu.
|
No comments:
Post a Comment