Showing posts with label Seminar. Show all posts
Showing posts with label Seminar. Show all posts

Thursday, April 15, 2010

Jemputan ke Forum anjuran Kolej Islam Sultan Alam Shah di Klang

Alhamdulillah, tercapai juga hajat saya untuk kembali kesekolah lama saya berjumpa dengan guru2 dan adik junior di KISAS.

Saya, Zikri Fuad dan Dr. Aniza dijemput untuk menjadi Panel tersebut. Kami berkongsi pengalaman sebagai Usahawan dalam bidang masing-masing.

Kami berharap agar adik-adik sekalian dapat ambil iktibar dari pengalaman kami sebagai Usahawan. Ingat pesan saya
1. "Usaha, Doa dan Tawakal".
2. Ibu dan bapa adalah prioriti anda
3. Jadikan segala amalan itu sebagai ibadat. "Berniatlah kerana Allah"
4. Kata-kata adalah doa.
5. Halangan yang paling besar adalah diri anda sendiri.

Akhir kata, jutaan terima kasih kepada pihak penganjur dan guru2 yang menjemput kami.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, December 06, 2009

LITERASI MAYA -EDISI KE 2 DI KOMPLEKS JAPERUN AYER MOLEK MELAKA


Penyampaian Kutipan Yuran Literasi Maya yang disumbangkan kepada Ummi, wakil dari Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah bersama dengan cenderahati Laman Portal ihsan dari Seven Figure Sdn Bhd disampaikan oleh En. Khalid Jaafar

Ayer Molek, 17 Jun 2008 - Seven Figure Sdn Bhd (7Figure) dengan kerjasama Institut Kajian Dasar (IKD) dan Konrad Adenauer Stiftung telah mengajurkan Seminar Literasi Maya Edisi ke-2 yang berlangsung pada 14 dan 15 Jun 2008 yang lalu, bertempat di Kompleks Japerun Ayer Molek, Melaka mendapat sambutan yang positif daripada penduduk kampung serta para pelajar yang menyertainya.

Ini merupakan titik permulaan bagi seminar ini, menjadi program teras masyarakat luar Bandar pada musim 2008.

Selepas mengecapi kejayaan yang memberangsangkan daripada Edisi Pertama dan Kedua, 7Figure yakin program ini bakal menerajui pasaran siber yang kian menular di Malaysia.

Menurut Pengarah Eksekutif IKD, En. Khalid Jaafar, program Seminar Literasi Maya ini patut diteruskan terutama di kawasan luar bandar bagi memberikan latihan berbentuk pendedahan dan pendekatan yang mudah mengenai ICT demi mewujudkan satu kelompok generasi kelas pertama tanpa mengira had umur.

Beliau juga ketika ditanya oleh media berkata, “Usaha yang telah di laksanakan oleh pihak 7Figure haruslah dipuji kerana tanpa adanya badan-badan seperti mereka, maka masyarakat luar Bandar akan selamanya ketinggalan di belakang”.

Penyertaan kali ini telah mencapai target sasaran dan objektif program sebenar semasa ia berlangsung. Meskipun begitu, masih kedapatan masyarakat yang tidak mengendahkan akan kepentingan program ini.

Pengarah Eksekutif 7Figure, En Khir Ariffin menegaskan di dalam ucapannya, “Program seperti ini bertujuan untuk mendidik masyarakat luar bandar menjadi masyarakat terpelajar, berpengetahuan luas dan tidak selamanya tinggal di bawah gelas kaca”.


Bersempena dengan konsep berkhidmat sambil beramal, 7Figure telah menyumbangkan kutipan dana RM 500 dan satu portal Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zahra kepada wakilnya iaitu Pn. Abibah.

Ketika ditemubual, Pn Abibah berkata, “ Saya begitu mengharapkan agar lebih ramai wakil-wakil perbadanan yang sudi tampil kehadapan untuk membantu anak-anak yatim ini, boleh bersaing dengan anak-anak yang lain di masa hadapan”.

Turut menjayakan program ini adalah wakil daripada IKD, anak-anak yatim Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah.



Pelajar-pelajar dari Kompleks Rumah Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah dengan dibantu oleh Wakil 7figure, Norazila.

"Talk Show" yang diadakan didalam Seminar menjurus kepada berkongsi pengetahuan dan pengalaman berkenaan penggunaan internet secara positif.