Wednesday, November 16, 2011

Konvoi Motorhome @New Zealand 2011

Belum pun hilang penat kembara 4X4 DMK kemboja kini saya di LCCT untuk mengembara dan menjelajah South Island New Zealand pula

Kami akan bergerak secara berkonvoi sebanyak 6 motorhome seramai 33 orang yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang seperti doktor, pilot, pakar IT, chef dan lain-lain. Hehehe

So bermula hari ini janganlah jemu-jemu untuk layari blog ini untuk ikuti kembara saya selama 8 hari di NZ.

Selain dari jalan-jalan cari idea dan menikmati keindahan bumi Allah di rantauan, saya akan melawat teknologi penternakan dan perladangan di NZ. Mungkin ada idea yang boleh dilaksanakan di Malaysia dan di Kemboja nanti. Doakan perjalanan kami selamat dan diberkati Allah. TQ

Tuesday, November 08, 2011

Day 7: Menyelesaikan Amanah Korban dan Akikah dari Kampot Hingga ke Kampong Soam.

Alhamdulillah...... terlaksana sudah amanah korban, akikah, sumbangan pakaian dan wang derma yang diamanahkan kepada team Kembara 4X4 DMK 2011 di seluruh kampung muslim wilayah kampot. untuk senarai lengkap boleh layari blog rasmi DMK di http://infaqkemboja.blogspot.com

Kedengaran bunyi ketukan memecah kesunyian pagi. rupanya Shah the mechanic tengah memperbaiki pajero putih milik sharani. Seperti biasa doa dibaca sebelum memulakan perjalanan. kami singgah sebentar untuk bersarapan di kg kendal.

makan laksa kemboja, sedap oooooo.... kami meneruskan aktiviti korban dan akikah sampai tak sempat nak makan dan dilanda kepenatan. Namun berkat kerjasama dan keazaman semuanya dapat disempurnakan. terima kasih atas kerjasama, doa dan sokongan semua pihak termasuk sahabat FB, pembaca blog, saudara-mara, keluarga serta isteri tersayang....

setelah selesai team kembara bergerak utk bermalam di Phnom Penh. majlis ditutup dengan makan malam di KFC.


Shah the pomen sedang menjalankan kewajipan. terbaeeekk.... bro

Ustaz Sharani membaca doa sebelum memulakan perjalanan

Wah.... bukan main selera kau jasmi ye...

Laksa kemboja. sedap dan terbaeekk....

Jendela masa depan rakyat kemboja yang memerlukan perhatian dan sokongan saudara muslim dari malaysia

Sungguh mesra anak beranak nie.... iman sedang menunjukkan sesuatu pada ibunya... kak ros

Tukang sembelih berehat seketikan untuk recharge energy :)

Ahli syurga sedang menunggu gilirannya dengan tenang.

ce kira ce kira berapa orang tu.... hehehe. inilah keunikan pengankutan di kemboja. semuanya dioptimakan penggunaannya. berbaloi... baloi...

Saya turut tertarik dengan pengangkutan ini.

Anda mungkin terselamat buat masa ini wahai ayam..... hehehe

Kitorang nie bab bergambar memang A

Santai.....

hehehe.... syok tengok makcik nie beri itik makan... sebab lepas tu kitorang lak makan itik. hehehe

Orang russia nie pun turut merakamkan detik pengorbanan.....

Sempat juga menghilangkan lenguh ditangan dengan menampar bola. Abg Zakir sedang mempamirkan skillnya. tapi sayang jadi lubuk pulak.... hehehe

Erti pengorbanan....

Solat wajib diutamakan

Nampak ceria tapi tengah kebulur sebenarnya.... dah nak pukul 5 tapi masih belum ngap.... (dari kiri: Hafiz, Narodi, E-one, shah, jasmi, sharani dan zikri)

Makan time...... lauk itik sudah terhidang menanti gigi utk mengunyah.... (apa yang peace tu Azrai )

tadi dah makan itik.... sampai Phnom Penh makan ayam la pulak..... makan je keje korang ye..... balik nanti jangan lupa timbang ye. hahaah

Monday, November 07, 2011

Day 6: Aktiviti Korban Sekitar Wilayah Kampot

Inilah kali pertama saya beraya diperantauan serta berjauhan dengan yang tersayang namun demi menghayati erti pengorbanan ku teruskan jua perjuangan untuk mengembirakan saudara muslim dibumi kemboja ini. Alhamdulillah hari ke enam kembara kami mulakan dengan solat subuh berjemaah di masjid kampung kendal.

Solat sunat Aidil Adha bermula lebih kurang 7.30 pagi waktu tempat atau 8.30 pagi waktu Malaysia. setelah selesai solat dan mendengar khutbah yang confirm tak faham.... kami bergerak mengisi perut yang keroncong dengan bersarapan roti cicah gulai kambing dan telur dadar.

Selepas breakfast, qurban dimulakan di 3 pusat penyembelihan yg mewakili daerah Kampot iaitu kg Kendal, Prai Tenoh dan Mlek Kol. Jumlah lembu yg diqurbankan pada hari ini adalah 59 ekor. Jumlah keseluruhan lembu korban ialah 112 ekor.

Sekitar jam 5 petang kami terpaksa menangguhkan aktiviti sembelihan dan pulang kehotel. Aktiviti bersambung esok hari.

Solat sunat Aidil Adha di Masjid Kg Kendal

Inilah team Kembara 4X4 DMK yang menjalankan amanah Korban dari rakyat Malaysia

E-One dan Solha kelihatan beraksi merakamkan detik berharga dan penuh pengertian.

Lembu korban sedang diagihkan untuk diberi kepada penduduk kampung sekitar wilayah kampot

Tu dia.... anggota baru kita dah sampai.... Mr. Azraei Azaddin yang diapit oleh Solha dan E-One

TQ abang pomen... pancet ditusuk paku da....

Ini nama dia kabota.... teringat kabota teman kat kampung tu...

Ha.... mencabarkan jalannya.... sampai ada lori yang terbalik.

Huh! korang nie.... bab makan memang A . hahaha

Sedang berkongsi kegembiraan kepada mereka yang lebih memerlukan.

Roddy dan Shah tengah hulur duit raya sambil dipantau Mr. Zakir..... terbaeeek...

Sempat juga menikmati air nira kelapa laut dalam perjalanan ibadah korban
Sempat merakamkan kenangan dgn budak comel nie.... yang kebetulan lalu masa nak tunggu rakan2 lain yang tersangkut.

fakta menarik: kami bertolak dari KL 1/11/11 dan akan berada di KL semula pada 11/11/11 setelah menyembelih 111 ekor lembu.

Sunday, November 06, 2011

Day 5: Aktiviti Kemasyarakatan di sekitar Kampot

Seawal pagi kami telah bergerak ke kg kendal untuk solat subuh berjemaah. selesai solat kami dijemput untuk bersarapan di restoran milik Ustaz Sulaiman. Dalam perjalanan pulang kami sempat singgah diaktiviti jual beli dan pemunggahan hasil tangkapan para nelayan.

Selepas sarapan kami sempat jalankan ibadah aqikah dengan menyembelih 3 ekor kambing yang bakal menjadi makan malam untuk berbuka puasa kepada penduduk kampung.

Seperti yang dirangcang, program teambulding kendalian Para Consultan New Media Consulting Sdn Bhd dengan kerjasama para sukarelwan DMK dapat dilaksanakan dengan jayanya. Alhamdulillah kami dapat bersuai-kenal dan berkongsi sedikit pengalaman bersama 30 orang Dai' sekitar kampot. Objektif teambulding ini adalah untuk memberi keyakinan dan motivasi kepada meraka serta berkongsi kaedah berkesan dalam berdakwah.

Disamping itu juga para sukarelawan DMK yang terdiri dari ahli perniagaan pelbagai bidang dapat mendengar sendiri serta menyaksikan keperluan yang boleh dibangunkan untuk menambahbaik kehidupan harian saudara muslim kita di bumi kemboja ini.

Selesai teambulding kami mengambil kesempatan untuk mengagihkan wang dan sumbangan yang telah diamanahkan kepada para dai' dan juga kanak2 yang turut memeriahkan majlis teambulding tersebut.

Disebelah petangnya pula kami sempat mencuri masa untuk ambil angin di Pantai Kep serta menikmati ketam segar dan air kelapa muda.

Dalam perjalanan pulang kami singgah untuk ziarah di kampung kendal dan terserempak pula dengan rombongan 2 buah bas dari Malaysia yang menjalankan projek anak angkat sempena korban.

Sebelah malam kami dijamu dengan makanan yang enak dan fresh hasil dari tangkapan nelayan di laut. Majlis ditutup dengan acara massage berjemaah oleh pengurut buta tapi bising berbicara dalam bahasa yg confirm tak faham. hahahaha
Merasa juga korang amik wudhuk dalam kolam ye... hehehe. (di kampung Kendal untuk solat subuh berjemaah)

makcik nie tengoh kuko nyo nak buat kui ketayap kut (baca dalam loghat orang parit)

Tu dia paksupir.... inilah transport org kat sini... kira macam bas mini la..

Para nelayan sibuk memunggah ikan dan urusan berjual beli.

budak-budak tengah main guli kut....

Itu la kerjanya.... dah puas membuncitkan perut korang tido ye....

Alhamdulillah.... selamat acara akikah. Moga Allah memberkati dan merahmati.

Beginilah suasana disetiap pagi di perkampungan nelayan kampung kendal, kampot.

ha..... jangan tak tau. kat sini pun ada lomang tau.... yang specialnya berintikan pisang. sodap...

sedang menunggu sarapan di gerai makan milik ustaz sulaiman

Sedang suaikenal bersama para dai' di masjid kg kendal sempena teambulding anjuran New Media Consulting Sdn Bhd bersama para sukarelawan DMK

Juta.... juta... inilah sebahagian wang sedekah yang telah diamanahkan untuk diagihkan kepada mereka yg lebih memerlukan.

Jasmi sedang merakam aktiviti teambulding.

Kira..... jangan tak kira. kelihatan para sukarelawan DMK sedang kira duit utk diderma pada para Dai' yang menyertai teambulding

E-One, Zakir, Shah dan hafiz kelihatan sedang mengagihkan wang sedekah kepada kanak2 di kg kendal

Shah, E-One dan Roddy Sedang asyik makan Nompang cicah kurma kambing


Penduduk kampung Keh sedang menyambut anak2 angkat dari Malaysia