Friday, October 15, 2010

Hari Ke Dua di Kemboja.

Alhamdulillah..... hari kedua di kemboja bertambah ceria sebab rakan seperjuangan yang terpaksa batalkan penerbangan semalam telah tiba pagi tadi.


Pagi2 lagi Ustaz Sulaiman atau Tun Sulaiman dah sampai, hehehe kalau di kemboja Ustaz org sini panggil Tun. So, kalau Tun Mahathir datang sini kira Ustaz la kut.... hehehe. Em... lepas Checkout terus menjemput saudara Zikri di Airport Phnom Penh yang tiba pada 7.30am waktu tempatan.


Lepas ambil zikri di Airport kami bersarapan di City Cat. kat sini memang tempat makanan halal dan sedap di Phnom Penh nie.



Saya mencuba mee sup daging lembu. sedap ooooo....


Lepas sarapan kami ke workshop untuk ambil kereta Landcruiser LX470 Ustaz Sulaiman. Kereta nie kat Malaysia RM200K++ tapi kat sini Cuma tak sampai $10K. manyak mulah ooooo... patut la bersepah kat kemboja nie.... kereta sedan jarang2 jumpa.


Em..... rupanya x siap lagi kete tu... so kitorang ronda2 dulu dan... Eh! ada KFC halal la.... kat sini. Kata Zikri KFC kat sini dipunyai oleh Johor Corp Malaysia. maybank pun ada kat sini. dengar cerita CIMB pun bakal dibuka kat sini. Tapi Petronas dah bungkus.... sebab harga petronas terlalu mahal, or maybe ada sebab lain. kat sini minyak lebih kurang RM3 seliter.


Disebabkan kereta tu x siap lagi, so kitorang meneruskan perjalanan ke Kampot dengan kete Lexus. Kami terus menuju ke Rumah anak2 yatim di Kg Kandal untuk ziarah dan buat aqiqah cahya mata baru zikri.


Lepas urusan selesai kami singgah makan tengahari di rumah Ustaz Sulaiman. sedap oooooo.... hancur program diet saya.... huhuhu. Eh! lupa, kami pun turut menemuduga para pembantu rumah untuk dibawa ke Malaysia. kalau ada sesiapa yg nak maid kemboja contact saya ye.... saje nak bantu member dan juga bantu warga kemboja yang daif ini.


Lepas makan kami ziarah ke Kg Keh untuk tijau perkembangan pembinaan sekolah dan rumah guru dibawah senggaraan NGO Akademi Imam Syafi'e (AIS). Lepas tu kitorang checkin di Guest House x ingat la pulak namanya.... tengok je la kat gambo tu.... kat sini la saya update blog nie.... ada free wifi oooooo... best best.


Pukul 5 waktu tempatan kami menjengah kembali di pusat anak2 yatim tadi..... kesian diorang tengah tunggu kitorang utk makan malam juada aqiqah tadi. korang tengok je la.... gambo tu.... sebab tu la... saya sarankan kalau ada yg bermurahati untuk bantu suadara seagama kita disini. sebab diorang hanya bergantung pada NGO dari luar kemboja utk bantu.... macam kita di Malaysia kerajaan banyak bantu....

Bergambar Bersama Anak-anak yatim Kampung Kandal, Kampot, Kemboja

Ok la.... dah banyak menaip nie..... sambung esok je le ye.... nak zzzzz la.... esok pagi nak ke destinasi ziarah dan bantuan yg lain pula....

3 comments:

abang ensem said...

Maid Kemboja? Boleh ke diorang berbahasa melayu?

khir said...

setakat nie majikan yg dah pakai maid kemboja lebih berpuas hati dari main indonesia sebab maid kemboja lebih loyal dan tak banyak songeh. dia akan fokus pada kerja tanpa perlu membebel. hehehe

latihan asas dan bahasa akan diajar dikemboja.

Ct aishah said...

Blh tahu cmne nk amik maid dr sane?