Wednesday, October 27, 2010

Pelancaran Tabung Derma untuk Perbaiki Tandas dan Bilik Mandi Kampot, Kemboja

Alhamdulillah.... syukur kehadrat ilahi kerana sasaran untuk mengumpul dana bagi memperbaiki tandas dan bilik mandi telah mencukupi yakni RM3000.00.


Hasrat untuk mengumpul dana ini terhasil apabila saya dan sahabat saya saudara zikri fuad melihat sendiri bertapa daifnya anak-yatim di pusat jagaan di kampot, kemboja. Lihat sahajalah gambar yang terpapar diatas.

Alhamdulillah.... berkat sifat pemurah rakan2 FaceBook saya maka dana ini dapat dikumpulkan didalam waktu yang singkat. Saudara Zikri akan menyerahkan dana tersebut terus kepada pusat jagaan tersebut pada 1 November ini. Doakan agar Allah mempermudahkan urusan beliau.


Tataplah gambar2 yang saya rakamkan sewaktu menziarahi mereka tempohari.


Lihatlah betapa seleranya mereka menjamah makanan walaupun sekadar nasi dan kuah.

Dapat menjamah nasi sehari sekali pun sudah dikira mewah bagi mereka

Inilah kolam yang menjadi tempat mandi dan bersuci. bagi adik2 perempuan, mereka terpaksa menunggu suasana gelap untuk bersihkan diri.

Saya mengambil kesempatan untuk merakamkan kenangan bersama anak-anak yatim ini yang sangat2 memerlukan bantuan dan perhatian kita sebagai saudara seislam.

Walau dalam suasana daif dan serba kekurangan namun atas betapa pentingnya ilmu maka pelajaran dan pembelajaran tetap diteruskan. Syabas kepada guru2 yang mengajar walau hanya sekadar menerima gaji USD50 sahaja sebulan.

No comments: