Alhamdulillah..... perjalanan untuk hari pertama di Pnom Penh nie berjalan lancar. lebih-lebih lagi bila boleh masuk internet. hehehe.
Tu la.... nak dijadikan cerita... sepatutnya misi saya di kemboja nie.... berdua dgn sahabat karib saya Tuan Haji Zikri Fuad, tapi beliau terpaksa batalkan perjalannannya kesini selepas mendapat panggilan dari isterinya yg sedang sarat mengandung. Terawallah pulak ye.... baby ke 6 nya lahir. Tahniah..... rezeki bertambah.
Bak kata org, bila kita nak buat benda baik nie memang banyak dugaan, so berbekalkan pepatah tu saya teruskan juga perjalanan utk mencapai misi batuan kemboja dan juga memikul amanah yg telah diberikan.
Sampai je di Airport Pnom Penh, kotak2 pakaian terpakai yang saya bawa kena buka sebab banyak sangat. kastam syak saya bawak barang utk berniaga. lepas slow talk saya dibenarkan masuk.
hem..... yang nie satu lagi perkara yg memeningkan. Ustaz sulaiman yg sepatutnya menyambut saya diairport tu saya tak kenal.... dia pun x kenal saya. so misi pertama kena cari prepaid utk call ustaz tu. sedang asyik saya berlegar tiba2 ditegur oleh org tempatan "org malaysia ke?" saya dgn teragak2 menjawab. ini ustaz sulaiman ke? Alhamdulillah selamat.....
Perjalanan saya ke LUX Riversite Hotel memberikan pemandangan baru yg tidak terdapat dimalaysia. jalan raya dipenuhi deruan motorsikal dan kereta pacuan 4 roda. sistem jalan kat sini follow US. left hand drive.
Sekrang nie musim hujan. so adalah beberapa kawasan yg banjir dinaiki air dek kerana limpahan air sungai mekong.
Sebelum checkin di hotel, ustaz sulaiman bawa saya utk makan tengahari di restoran tempatan. makanan kat sini sama macam makanan thai yg kita dok belasah hari2 kat malaysia tu. cuma yang best kat sini ori dan ikannya fresh....
lepas checkin saya jalan2 di deretan kedai pesisiran sungai mekong utk cari top-up prepaid card. so top-up 5 dollar je.... sebab nak berhubung dgn isteri tersayang. lega bila dapat berhubung.
balik hotel update facebook lepas tu terus qado' tido. sebab dah seharian x tido. maklum la.... plan asalnya nak tumpang tidoi kat rumah gorel sebab nak tumpang parking kereta kat sana dan mudah pagi2 dia nak tolong hantar ke airport. tapi dah terlewat sampai rumah dia semalam lebih kurang kul 2 pagi. dia pun dah pengsan.... call2 x jawab. ketuk pintu no respone. hehehe... maklum la.... dok pusing collect baju terpakai utk derma dan berjumpa dgn pemberi amanah utk misi ke kemboja nie.
lepas makan malam di Malaysia Restorant milik Ahmad noor yang dah 8 tahun menetap di sini saya pun update la.... blog nie..... ok la.... nak sambung keje sikit. jumpa lagi esok. insyaAllah.
2 comments:
Respect la kat lu bro. Semoga dipermudahkan kerja. Amin.
hehehe... saje nak buka minda dan berjinak2 utk buat kerja amal. aku sarankan kau pun patut dtg sini. banyak perkara kita boleh fikirkan utk memantapkan ekonomi umat islam disini.
Post a Comment