Thursday, June 13, 2013

Blog Niaga sent you an invitation

 
Top corners image
     
 
   
 
 
 

Blog Niaga has invited you to join Twitter!

 
 
  Accept invitation  
 
     
 

Twitter helps you stay connected with what's happening right now and with the people and organizations you care about.

 

Friday, April 05, 2013

Ronda-ronda cari ilham di Jepun

Alhamdulillah. Tercapai juga hajat utk menjejakkan kaki di Jepun. 4 April 2013 bertolak ke Haneda Airport Tokyo.

Nanti kalau rajin saya update la travellog ke jepun nie ya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, March 08, 2013

Perjalanan Menjadi Tetamu Allah Bersama Adam Bin Khir

Syukur Alhamdulillah. Hari ini pada tanggal 8 Mac 2013 saya dijemput lagi menunaikan umrah dan menjadi tetamu Allah seperti yg diidam-idamkan oleh semua orang islam.

Kali pertama saya menunaikan umrah ialah pada Mac 2011 yang lalu. Alhamdulillah pada umrah yang lepas saya berpeluang menunaikan umrah bersama isteri, mak saya, abah mertua dan bonda mertua.

Syukur Alhamdulillah kerana doa untuk dikurniakan cahaya mata dimakbulkan Allah.

Pada hari ini genap umur Adam 9 bulan. Alhamdulillah Adam dijemput menjadi tetamu Allah bersama saya, isteri dan 10 orang ahli keluarga.

Moga ibadat umrah kami diberkati Allah dan dipermudahkan urusan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, January 31, 2013

Sesungguhnya Allah Bersama Orang Yang Sabar

Semalam saya dan beberapa orang lagi Ahli Lembaga Pengarah(ALP) Koperasi XSIS87 Berhad pergi meninjau tapak Teambuilding yang bakal di komersialkan oleh koperasi.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan ALP yang hadir sangat berminat dengan lokasi yang berdaya maju. Tarikan utamanya ialah hutan dara yang menyimpan seribu rahsia dan sungainya yang belum tercemar dan sejuk airnya.

Namun apa yang saya nak kongsikan disini ialah saya sedang bersabar dengan kerenah pihak pengurusan tempat kediaman saya nie. Pelik sungguh kenapa tiba-tiba access card saya tidak boleh digunakan dan berstatus "inactive". Kenalah saya menapak dari parking tingkat 5 ke ground.

Ya! Jika kita faham benar dengan maksud "sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar" ialah saat ini kita ambil peluang untuk besabar dan berdoa dan meminta daripada Allah segala apa yang kita hajati. Kita jangan terus melenting jika kita dizalimi atau dimarahi atau atau ditimpa musibah. Sebaliknya kita ambil kesempat utk berdoa dengan penuh yakin.

InsyaAllah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, January 29, 2013

Teknik Pemasaran, Jualan dan Khidmat Pelanggan Mengikut Teknik 4S

Ini adalah sebahagian buku yang saya laburkan sebagai rujukan utk Kursus 2 hari melatih pekerja kilang dibahagian Pemasaran dan Jualan.

Sebenarnya teknik yang paling mudah dan berkesan didalam bidang Pemasaran, Jualan dan Khimat Pelanggan ialah teknik yang dianjurkan islam yakni mengikut sunnah. Ianya diringkaskan dalam teknik 4S.

Apa itu teknik 4S?

1. Senyum
2. Salam
3. Sapa
4. Sopan santun.

Ianya teknik yg sangat mudah dan berkesan. Teknik ini elok diamalkan dengan niat mengikut sunnah. Bukankah senyum itu satu sedekah? Dan org yg bersedekah itu Allah gandakan rezekinya.

Masa paling cepat saya pernah close deal guna teknik ini ialah 3 minit. InsyaAllah. Cubalah amalkan kerana Allah dan mengikut sunnah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, January 28, 2013

Alhamdulillah. Mudahnya Menjemput Rezeki.

Syukur alhamdulillah. Seperti yang saya selalu kongsikan di FB dan Blog bahawa sangat mudah menjemput rezeki berbanding mencari rezeki. Anda juga boleh baca posting saya yang terdahulu berkenaan Teknik atau Amalan Menjemput rezeki.

Kita juga kena sentiasa menzahirkan dan menyebut-nyebut kurniaan rezeki yg Allah beri pada kita agar kita sentiasa ingat bahawa segala nikmat yang kita dapat itu adalah dari Allah dan bukannya dari makhluk yang lain. Minta hanya daripada Allah.

Berikut saya kongsikan Rezeki yang Allah telah beri pada saya hari ini kesan dari amalan menjemput rezeki:-

1. Rezeki sihat
2. Rezeki makanan terhidang sebaik keluar dari bilik (biasanya saya kena keluar dulu beli makanan)
3. Mudah dapat parking di tempat sesak
4. Perbincangan dgn client lancar
5. Client belanja minum
6. Dapat solat berjemaah disurau
7. Dapat makan free di surau
8. Dapat idea perniagaan
9. Dapat jemputan makan malam

Sebenarnya segala apa yg Allah kurniakan adalah rezeki. Baik dan buruk bagi kita pun adalah rezeki. Jadi fokus pada amal soleh agar rezeki yg baik yg kita jemput. InsyaAllah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, January 26, 2013

Sepetang Bersama Blogger 2013

Alhamdulillah. Terima kasih Denaihati dan AbangEnsem kerana menjemput saya sebagai tetamu VIP untuk memeriahkan lagi majlis yang gilang gemilang ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, January 25, 2013

Coaching bersemuka kepada Blogger Baru.

Saya sedang memberi coaching kepada bakal blogger yg akan mewarnai dunia blogging.

Lokasi di vanggey Ipoh.

Beliau bakal menjadi blogger dalam bidang insurance dan pengurusan kewangan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, January 24, 2013

Perbincangan Program Realiti "Rebuild Gaza For A Nation" Bersama DenaiHati

L-R: Denaihati, Ariff Budiman, Cikgu Azmi, Sani Araby
Khir Ariffin, Abangensem
Alhamdulillah. Perbincangan bersama Blogger berjalan lancar di Hotel Singgahsana Petaling Jaya. Blogger Denaihati dan AbangEnsem.mereka berdua dipilih kerana popularity dan pengalaman dalam dunia blogging.

InsyaAllah sabtu ini lebih 100 orang akan dilantik menjadi blogger rasmi Rancangan Rialiti Sosial Media "ReBuild Gaza For a Nation". Konsep rancangan rialiti ini bertujuan untuk mengupas dan mendedahkan perkara sebenar tetang apa yang berlaku di Gaza serta rutin harian mereka. Rancangan ini akan ditayangkan secara lansung melalui youtube, blog, twitter dan FaceBook.

Saudara Nizal Muhammad juga turut dijemput
Rancangan eksklusif ini juga bertujuan untuk mengumpul sebanyak mana dana untuk memulihkan semula Gaza melalui 6 projects di bawah Grand Campaign ini:
◇ ReBuild My Gazzan home
◇ ReBuild Hospital for Gaza
◇ ReBuild Masjid for a Nation
◇ Gaza Educational Scholarship Program
◇ Qudd Economy Breathing Empowerment Program

Rancangan ini akan dihostkan oleh Dato Sheikh Muzaffar, Afdlin Shauki dan 2 orang lagi celebriti yang sedang dilamar.

Biodata dan Sejarah Ringkas Nabi Muhammad S.A.W

Bersempena dengan hari kelahiran(Maulidulrasul) ini saya mengambil kesempatan untuk berkongsi di blog ini berkenaan  Biodata dan Sejarah Ringkas Nabi Muhammad S.A.W.

Marilah kita semua perbanyakkan selawat dan salam kepada Nabi junjungan
Muhammad S.A.W. yang sangat kita kasihi dan sayangi. 

Firman Allah :
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memberi rahmat) kepada Nabi s.a.w. (oleh kerana itu) wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu (meminta rahmat) untuk Nabi s.a.w dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan terhadapnya.”  Surah: Al-Ahzab ayat: 56.

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ( نبي محمد صلى الله عليه وسلم ) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia.  Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. 

Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.

Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin (الأمين) yang bermaksud 'yang terpuji'.



BIODATA RASULULLAH S.A.W:

1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)
3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)


SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W:

USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’

Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti "bapak Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa.

Wednesday, January 23, 2013

Teknik atau Amalan Menjemput Rezeki Berdasarkan Al-quran dan Sunnah

Alhamdulillah.... Semejak mengamalakan teknik menjemput rezeki ini urusan harian saya menjadi mudah. Perniagaan saya pun makin berkembang. Jika sebelum ini saya sibuk mencari rezeki dan tercari-cari rezeki siang dan malam hingga hilang fokus terhadap ibadat wajib dan sunat. Tetapi semenjak mengamalkan teknik menjemput rezeki ini saya dilimpahi rezeki dari arah yg tidak disangka-sangka. Hari ini sahaja saya mendapat 4 berita gembira.

Kajian saya yang pertama bermula dengan keyword "Bersyukur" didalam Al-Quran sekembalinya saya dari menyertai misi kemanusiaan di Kemboja bersama sahabat saya Zikri Fuad pada tahun 2010 yang lalu (klik hari 1, hari 2, hari 3) . Apa yang menyebabkan saya mengkaji keyword ini adalah ekoran dari tersentuhnya hati saya apabila melihat begitu bersyukurnya seorang makcik yang saya hulurkan sedikit wang tunai berjumlah lebih kurang RM5. Walhal dengan jumlah yang sama jika diberi kepada kanak2 diMalaysia mungkin mereka kurang gembira. Ini ditambah lagi keinginan saya mengkajinya apabila saya terdengar seorang ustaz di TV9 berkongsi perkara yang sama iaitu "bersyukur".

Bermula dengan ayat berikut:

Sura 14 - Ibrahim (MAKKA) : Verse 7
"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras."

Selain dari menyelongkar isi Kitab Suci Al-Quran saya juga merujuk pada blog tertentu dan buku tulisan seorang ustaz. Berikut adalah sebahagian daripadanya amalan-amalan menjemput rezeki seperti yang dianjurkan Al-Quran dan Sunnah:-

1. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

2. Utamakan beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

3. Memperbanyakkan istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

4.Meninggalkan perbuatan atau amalan yang berdosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

5. Sentiasa mengingati Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

6. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

7. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

8. Menunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

9. Memperbanyakkan Selawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

10. Buat kebajikan sebanyak mungkin
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

11. Memulakan aktiviti harian seawal pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

12. Menjalin dan menghubungkan silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

13. Sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

14. Bersedekah dan infaq ke jalan Allah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

15. Mengamalkan solat tahajud
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

16. Mengamalkan solat sunat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal kepada Allah
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Secara ringkasnya untuk menjemput rezeki ialah dengan bertaqwa kepada Allah. Yakni melakukan apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang Allah larang.

Sebahagian Dari Teknik Berdoa Dari Al -Quran


Alhamdulillah.... dalam saya duduk diam sambil berfikir saya teringat tentang keyword "doa". saya pun membuat sedikit kajian dengan menyelongkar isi kandungan Kitab Suci Al-Quran yang dianugerahkan oleh Allah kepada semua umat manusia sebagai pedoman untuk hidup didunia menuju alam Akhirat yang kekal Abadi.

Berikut adalah sebahagian penemuan saya berkenaan Teknik berdoa Dari Al-Quran:-

1. Doa jangan laju2. slow and steady... ok:)

Sura 19 - Maryam (MAKKA) : Verse 3
(Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan.

2. Tak perlu doa kuat2 kerana Allah Maha Mendengar mahu pun yg tersembunyi.

Sura 20 - Ta-Ha (MAKKA) : Verse 7
Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi.

3. Hendaklah merayu kepada Allah dengan sepenuh hati dan keikhlasan.

Sura 37 - As-Saaffat (MAKKA) : Verse 75
Dan demi sesungguhnya, Nabi Nuh telah berdoa merayu kepada Kami (memohon pertolongan), maka Kami adalah sebaik-baik yang kabulkan doa permohonan.

4. Mulakan doa dengan memuji2 Allah dan diakhiri juga dengan memuji2 Allah.

Sura 10 - Yunus (MAKKA) : Verse 10
Doa ucapan mereka di dalam Syurga itu ialah Maha Suci Engkau dari segala kekurangan wahai Tuhan! Dan ucapan penghormatan mereka padanya ialah: Selamat sejahtera! Dan akhir doa mereka ialah segala puji dipersembahkan kepada Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam!

5. Mulakan setiap perbuatan dengan doa agar ianya menjadi ibadat yg diterima Allah.

Sura 25 - Al-Furqan (MAKKA) : Verse 77
Katakanlah (wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar): Tuhanku tidak akan menghargai kamu kalau tidak adanya doa ibadat kamu kepadaNya; (apabila kamu telah mengetahui bahawa Tuhanku telah menetapkan tidak menghargai seseorang pun melainkan kerana doa ibadatnya) maka sesungguhnya kamu telahpun menyalahi (ketetapan Tuhanku itu); dengan yang demikian, sudah tentu balasan azab (disebabkan kamu menyalahi itu) akan menimpa kamu.

6. Jangan lupa diri dan tidak bersyukur bila doa dimakbulkan.

Sura 10 - Yunus (MAKKA) : Verse 89
Allah berfirman: Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua; oleh itu hendaklah kamu tetap (menjalankan perintahKu seterusnya) dan janganlah kamu menurut jalan orang-orang yang tidak mengetahui (peraturan janjiKu).

7. Perbanyakkan doa kerana ianya adalah senjata utk berjaya.

Sura 8 - Al-Anfal (MADINA) : Verse 45
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).

8. Berdoalah dan jangan sombong takbur.

Sura 40 - Ghafir (MAKKA) : Verse 60
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina.

Tuesday, January 22, 2013

Crepe Mangga, Crepe Durian, Crepe Orio dan Crepe Blueberry

Tiba2 pulak Crepe nie jadi fenomena. Jika sebelum nie kita dikejutkan dengan Crepe Durian tetapi kini para pengusaha SOHO pandai mengambil kesempatan atas fenomena Viral ini.

Mereka dengan Kreatif telah mempelbagaikan Resepi Crepe ini menjadi Crepe Mangga, Crepe Durian, Crepe Orio dan Crepe Blueberry.

Saya pun secara tak lansung terjebak menggemari Crepe ini.

Alhamdulillah sahabat saya Azman Abd Latiff memang pengusaha Bakery yg telah lama bertapak dalam industri makanan halal ini.

Semalam beliau menghantarnya sendiri hidangan istimewa ini yg saya order melalui FBnya.

Kepada semua sahabat blogger yang berminat boleh call dia di talian 0133488172. Jangan lupa mention dapat info nie dari blog nie ya. Manalah tau next order saya dapat discount. Hehehe
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Fenomena Alam dan Al-Quran

SubhanAllah. Fenomena ini ada saya terbaca dalam Al-quran petang semalam. Saya juga berhajat utk tahu lebih lanjut macam mana rupa fenomena yg dinyatakan. Tak sangka ada yg posting gambar ini di fb. Alhamdulillah.

Sila rujuk surah Faatir ayat 27 "tidakkah kau melihat bahawa Allah menurunkan air dari langit, lalu dgn air itu kami hasilkan buah-buahan yg beraneka macam jenisnya. Dan diantara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yg beraneka macam warnanya dan ada (pula) yg hitam pekat."
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, January 21, 2013

ReBuild Gaza for a Nation Project

Berikut saya kongsikan tulisan sahabat FB saya saudara Sani Araby.

Alhamdulillah selesai bersyura bersama sahabat-sahabat peneraju program penting, ReBuild Gaza for a Nation.

Moga Allah anugerahkan kefahaman, kekuatan hati dan permudahkan segala urusan untuk sama-sama kita bantu menjayakan 6 projects di bawah Grand Campaign ini:
◇ ReBuild My Gazzan home
◇ ReBuild Hospital for Gaza
◇ ReBuild Masjid for a Nation
◇ Gaza Educational Scholarship Program
◇ Qudd Economy Breathing Empowerment Program

Insyallah program akan bersiaran di Malaysia,Thailand dan Brunei.

Million Thanks to Ariff Budiman, Khir Ariffin, Akhi Rodi & Bro. Rosli Mohamed (CST PRODUCTION )

Ucapan Khas, TAHNIAH teristimewa dari seluruh warga kerja kami untuk Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor & Isteri yang baru dianugerahkan cahaya mata. Kami doakan cahaya mata ini akan menjadi anak solehah,penyejuk hati ibu dan ayah serta mewarisi ketokohan ayahnya serta sifat baik ibunya..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.