Monday, January 28, 2013

Alhamdulillah. Mudahnya Menjemput Rezeki.

Syukur alhamdulillah. Seperti yang saya selalu kongsikan di FB dan Blog bahawa sangat mudah menjemput rezeki berbanding mencari rezeki. Anda juga boleh baca posting saya yang terdahulu berkenaan Teknik atau Amalan Menjemput rezeki.

Kita juga kena sentiasa menzahirkan dan menyebut-nyebut kurniaan rezeki yg Allah beri pada kita agar kita sentiasa ingat bahawa segala nikmat yang kita dapat itu adalah dari Allah dan bukannya dari makhluk yang lain. Minta hanya daripada Allah.

Berikut saya kongsikan Rezeki yang Allah telah beri pada saya hari ini kesan dari amalan menjemput rezeki:-

1. Rezeki sihat
2. Rezeki makanan terhidang sebaik keluar dari bilik (biasanya saya kena keluar dulu beli makanan)
3. Mudah dapat parking di tempat sesak
4. Perbincangan dgn client lancar
5. Client belanja minum
6. Dapat solat berjemaah disurau
7. Dapat makan free di surau
8. Dapat idea perniagaan
9. Dapat jemputan makan malam

Sebenarnya segala apa yg Allah kurniakan adalah rezeki. Baik dan buruk bagi kita pun adalah rezeki. Jadi fokus pada amal soleh agar rezeki yg baik yg kita jemput. InsyaAllah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

gadisBunga™ said...

sentiasa bersangka baik dengan rezeki kurniaan Allah, barulah rezeki makin murah kan? :D

*ada words verification di sini untuk mengomen. Kalau awak turn off maka lebih mudah la kite kite nak mengomen. terima kasih.. :)

akuzle ayu said...

Tuan Khir, sila ambil nasihat otai ini..eheheh