Wednesday, January 23, 2013

Sebahagian Dari Teknik Berdoa Dari Al -Quran


Alhamdulillah.... dalam saya duduk diam sambil berfikir saya teringat tentang keyword "doa". saya pun membuat sedikit kajian dengan menyelongkar isi kandungan Kitab Suci Al-Quran yang dianugerahkan oleh Allah kepada semua umat manusia sebagai pedoman untuk hidup didunia menuju alam Akhirat yang kekal Abadi.

Berikut adalah sebahagian penemuan saya berkenaan Teknik berdoa Dari Al-Quran:-

1. Doa jangan laju2. slow and steady... ok:)

Sura 19 - Maryam (MAKKA) : Verse 3
(Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan.

2. Tak perlu doa kuat2 kerana Allah Maha Mendengar mahu pun yg tersembunyi.

Sura 20 - Ta-Ha (MAKKA) : Verse 7
Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi.

3. Hendaklah merayu kepada Allah dengan sepenuh hati dan keikhlasan.

Sura 37 - As-Saaffat (MAKKA) : Verse 75
Dan demi sesungguhnya, Nabi Nuh telah berdoa merayu kepada Kami (memohon pertolongan), maka Kami adalah sebaik-baik yang kabulkan doa permohonan.

4. Mulakan doa dengan memuji2 Allah dan diakhiri juga dengan memuji2 Allah.

Sura 10 - Yunus (MAKKA) : Verse 10
Doa ucapan mereka di dalam Syurga itu ialah Maha Suci Engkau dari segala kekurangan wahai Tuhan! Dan ucapan penghormatan mereka padanya ialah: Selamat sejahtera! Dan akhir doa mereka ialah segala puji dipersembahkan kepada Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam!

5. Mulakan setiap perbuatan dengan doa agar ianya menjadi ibadat yg diterima Allah.

Sura 25 - Al-Furqan (MAKKA) : Verse 77
Katakanlah (wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar): Tuhanku tidak akan menghargai kamu kalau tidak adanya doa ibadat kamu kepadaNya; (apabila kamu telah mengetahui bahawa Tuhanku telah menetapkan tidak menghargai seseorang pun melainkan kerana doa ibadatnya) maka sesungguhnya kamu telahpun menyalahi (ketetapan Tuhanku itu); dengan yang demikian, sudah tentu balasan azab (disebabkan kamu menyalahi itu) akan menimpa kamu.

6. Jangan lupa diri dan tidak bersyukur bila doa dimakbulkan.

Sura 10 - Yunus (MAKKA) : Verse 89
Allah berfirman: Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua; oleh itu hendaklah kamu tetap (menjalankan perintahKu seterusnya) dan janganlah kamu menurut jalan orang-orang yang tidak mengetahui (peraturan janjiKu).

7. Perbanyakkan doa kerana ianya adalah senjata utk berjaya.

Sura 8 - Al-Anfal (MADINA) : Verse 45
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).

8. Berdoalah dan jangan sombong takbur.

Sura 40 - Ghafir (MAKKA) : Verse 60
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina.

1 comment:

akuzle ayu said...

Tqvm 4 sharing. Kena praktikkan neh. Baru rasa tenang. Nak terapkan dalam diri pelajar2 juga..