Friday, January 24, 2014

Kisah Murid Bayar Yuran Sekolah Dengan Wang Syiling

Artikel Oleh: Abu Bakar Az-Zubaidy (Sukarelawan PeKA)

Adik Nurkhatijah Bt. Abdullah tahun ini baru memasuki darjah satu. Ibunya meninggal sedari dia berumur 2 tahun 3 bulan. Sejak itu ayahnya mengalami tekanan mental dan tidak bekerja sehingga kini. Ayahnya sering meninggalkan rumah dalam beberapa tanpa apa-apa berita, dan akan pulang ke rumah mengikut sesuka hatinya pada bila-bila masa yang dimahukan. Semua urusan hidupnya diuruskan oleh nenek dan datuknya.

Abu Bakar bersama adik Nurkhatijah dan neneknya.


Datuknya Rozie B. Arifin, 61 yang berasal dari Yan, Kedah, sebelum ini pernah bekerja sebagai pemandu lori, kini sudah tidak mampu bekerja kuat kerana masalah kaki yang tidak kuat untuk berjalan-jalan dan hanya mengambil upah mencuci pinggan mangkuk di warung-warung yang berdekatan dengan rumahnya.

Neneknya Shamsiah Bt. Yusoff, 55 berasal dari Kluang, Johor yang mengidap penyakit darah tinggi dan asma bekerja sebagai tukang cuci (cleaner) dengan gaji hanya RM900 sebulan. Dengan pendapatan bulanan sebanyak itu tanpa ada bantuan-bantuan lain dan hanya sekadar menerima bantuan zakat hari raya setahun sekali, itu pun jika nama tersenarai dalam senarai penerima, mereka membiayai sewa rumah RM600 sebulan yang sudah didiami selama 14 tahun dan baki RM300 lagi untuk perbelanjaan harian dan persekolahan. RM300 untuk perbelanjaan harian dan persekolahan adalah sangat tidak mencukupi.

Ketika saya menziarahi rumah keluarga dhaif ini, fikiran saya menyangkakan ia tidak ubah seperti sebuah store penyimpanan barang-barang terpakai kerana rumah flat yang kecil itu dipenuhi dengan berbagai barang yang menyempitkan lagi ruang rumah tersebut.

Murid pintar dan cergas yang bercita-cita menjadi doktor ini meminati hobi menabung. Dengan wang syiling tabungannya sedari kecil itulah datuknya membayar yuran pendaftaran pada hari pendaftaran sekolah awal tahun ini. Namun wang syiling tersebut tidak mencukupi dan mendapat ehsan daripada guru-guru lain yang membantu menjelaskan yuran tersebut.

Nurkhatijah Bt. Abdullah
Akaun : 220141565286 (Bank Rakyat)
Alamat : E1-10, Taman Dagang Fasa 2A/3, 68000 Ampang, Selangor.

Sekolah Agama Rakyat
KAFA Integrasi
Ar-Rahmaniah
Taman Dagang Fasa 2A,
68000 Ampang, Selangor.

Guru : Ustazah Khadijah Bt. Alang Abu Shuker (017-3078400)

No comments: