Thursday, August 11, 2011

Misi Bantuan Ramadhan Kemboja 2011

Alhamdulillah.... seperti yang telah dirancang, saya bersama Haji Zikri Fuad dan Jasmi selamat tiba di Phnom Penh, Cambodia pada pukul 8 pagi 10 Ogos 2011. Misi kami pada kali ini ialah untuk menyampaikan sumbangan atau amanah dari sabahat-sahabat FaceBook dan sebahagian masyarakat islam dari Malaysia kepada suadara muslim di Cambodia atau Kemboja yang memerlukan.


Suasana didalam flight AirAsia yang agak lengang.... maklumla bulan puasa kut... best gak x penuh :)

Memulakan perjalanan kedestinasi iaitu Kampot, wilayah selatan Cambodia

Yes! durian.... nanti nak try la... dengar cerita durian kampot sedap...

Sempat juga singgah kat Central Market Phnom Penh. saja... window shopping....

Ibadah akikah sedang dijalankan.... yang nie.... akikah untuk Nora Wahab.... sahabat FB saya...

Sebahagian Telekung yang telah siap dijahit oleh warga kemboja yang miskin untuk diagihkan kepada fakir miskin dan juga masjid-masjid di wilayah kampot. hasil sumbangan Rakan FB dan sebahagian rakyat Malaysia yang prihatin dan dermawan

Saya sedang memerhatikan kerja tangan yang halus dari beliawanis kemboja.

Seronoknya kanak2 ini main air dihalaman rumah diorang....

Penyerahan sumbangan Dana Berbuka puasa untuk salah sebuah kampung dari 33 kampung yang bakal mendapat tajaan berbuka puasa di wilayah kampot

he he he inilah pengakutan utama disini. tapi ramai yang berjalan kaki je....

Muslimah sedang sabar menunggu waktu berbuka. 30 lagi nak berbuka dah penuh dah.... sungguh meriah dan best

Pakcik... pakcik yang sempoi.... serta peramah

Bergambar kenangan bersama ustaz sulaiman dan anak didik beliau yang juga para pendakwah.
Kami telah diamanahkan untuk menyampaikan Dana Telekung, Derma, Zakat, Akikah, Dana berbuka puasa serta meninjau beberapa projek bantuan yang telah dan sedang dijalankan disana.

Alhamdulillah.... segala program yang telah dirancangkan untuk hari pertama kami dikemboja berjalan lancar dengan dibantu oleh Ustaz Sulaiman yang itu pendakwah sukarelawan kemboja.

Hari ini iaitu hari kedua kami disini akan meneruskan untuk menyerahkan dana berbuka puasa dan juga akikah. InsyaAllah sebanyak 33 buah kampung terpilih di seluruh wilayah kampot ini akan menerima sumbangan tersebut.

Saya menucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat2 yang dermawan kerana diatas kesudian dan kerjasama serta doa kalian maka projek ini dapat dilaksanakan dengan lancar.

4 comments:

nora wahab said...

hati terasa tenang dan lapang apabila melihat aktiviti-aktiviti seumpama ini. Moga usaha-usaha murni diteruskan .

Anonymous said...

tersentuh jiwa n hati saya dan mak saya tonton MHI tadi.timbul keinsafan dalam diri. saya nak tahu macam mana cara untuk kami menyalurkan sumbangan derma?

Anonymous said...

Saya berminat nk join your next trip/programme. Pls call me 0122971849. Tq

Anonymous said...

Minta maaf. Silap no. 0122971949 peja