Thursday, August 11, 2011

Hari ke dua Misi Bantuan Ramadhan Kemboja 2011

Untuk hari kedua dikemboja, kami keluar seawal 8 pagi untuk menguruskan amanah akikah kambing dan lembu. best dan meriah.

Inilah tandas yang dananya dikutip melalui rakan2 FB saya dan saya pernah post kan di blog ini mengenainya. Terima kasih kepada para penderma. Dapatlah anak-anak yatim disini mandi dan bersuci secara sempurna.

Kambing yg telah siap disembelih diagihkan di beberapa buah kampung untuk juadah berbuka nanti

Tempayan besar nie banyak jasa dan manfaatnya. selain dari menakung air untuk berwudhuk ianya juga utk keperluan lain. diorang pun guna air hujan nie untuk minum tau! sebab tak de air paip kat kampung2 nie.

Nenek yang masih gagah bersawah. teringat kat arwah opah saya.

Sekolah yang telah siap dibina hasil kelolaan AIS (Akademi Imam Syafie) ianya akan beroperasi bulan depan.

Yes! Yes! ketam fresh ooooo.... baru je dibawa naik dari laut.... masih hidup lagi...

Ketam tu akan dikukus terlebih dahulu sebelum bawa pulang utk kekalkan kesegaran dan kemanisannya. inilah juadah berbuka tadi. sedap ooooo

Teksi! Teksi! hahaha saya pun tak tau nama pengangkutan nie. tapi fungsi sama macam bas mini la kut. hehehe


Aik! bila pulak PAS buka cawangan kat sini? hehehe

Telaga pam sumbangan projek kelolaan Akademi Imam Syafie

Akikah lembu sedang berjalan....

Kanak2 adalah penonton setia disini.... memang best...

Teringat masa zaman saya sekolah rendah dulu.... inilah keja saya membantu arwah ayah bersawah.

Tu dia..... Jasmi sedang memperagakan wang Riel yg telah ditukar utk disedekahkan kepada yg memerlukan

Tumbuk makcik..... jangan tak tumbuk. kaum ibu sedang sibuk buat persiapan untuk juadah berbuka nanti

Para remaja sedang sibuk melapah kambing

Acara yang dinantikan oleh adik-adik. seronok tengok diorang tersenyum gembira. Inilah sebahagian dari derma yang diamanahkan kepada saya untuk disampaikan kepada mereka yg memerlukan.

Cantik kan?

Itik gembo gembo

Ayam kedek-kedek

Kelapa laut

Masjid ditengah sawah. kolam tu untuk berwhuduk

Nie tengah frust ke apa nie..... tapi senyum lebar je si Jasmi nie.

Mengintai juadah berbuka nanti. Inilah hidangan paling istimewa buat mereka. Roti cicah kari daging.

Jasmi sedang beramah mesra dengan ibu tunggal dan kaum ibu sambil menyampaikan derma

Meriahkan? satu kampung datang berbuka puasa. best sangat. Inilah berkat hasil sumbangan dermawan sekalian.

Berbuka teguk air kelapa muda memang terbaik... sabo zikri.... sabo...

My special request to Ustaz Sulaiman.... durian ooooo durian.... sodap....

Gula dan susu, hidangan terhebat yang bakal diagihkan kepada asnaf esok .

Jemaah sedang ambil wudhuk kat kolam sebab takde air paip kat sana.

Singgah pasar jap beli udang untuk buat tomyam semut


sambung lagi nanti utk aktiviti hari ke 3 ya..... TQ

1 comment:

gadisBunga™ said...

Salam singgah...

menarik sungguh perjalanan di sana. kampung, sawah dan jalan keretapi - padanan yang hebat untuk travellers yang sukakan kawasan luar bandar.