Thursday, November 29, 2012

Gaza Aku Datang

Semalam selama 4 jam lebih saya berbincang dengan Sani Araby berkenaan bentuk bantuan dan perancangan yg kita semua boleh bantu dan terlibat untuk bangunkan semula Gaza.

Semua orang boleh memainkan peranan dalam pelbagai bentuk. Dalam masa terdekat ini saya ingin menawarkan kepada sahabat sekalian yang berminat utk berjihad bagi menyalurkan maklumat. Kepada semua rakan Blogger dan mereka yg aktif berFB dan Twitter boleh inbox saya jika anda sudi menjadi Sukarelawan.

Satu lagi misi yang mungkin akan dicadangkan utk berkempen menaikkan tabung Gaza dan memberi peluang lebih ramai yg terlibat secara lansung ialah misi "Gaza Aku Datang". Kita akan ke Gaza mengikut jalan darat. Sepanjang perjalanan kita akan buat pelbagai aktiviti pengumpulan dana di setiap hentian yg dirancang di seluruh negara di sepanjang perjalanan. Jika ada yg berminat utk terlibat sila inbox. TQ
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
hargailah hari kemaren,
mimpikanlah hari esok,
tetapi hiduplah untuk hari ini.
bagi-bagi motivasinya yaah...