Friday, March 16, 2012

Rahsia Solat Khusyuk

Jika iman telah tersimpan rapi didalam kalbu seseorang, maka keinginan utk sentiasa dekat kepada Allah SWT sebagai suatu hasrat yang tidak dapat dihalang-halang. Kerana melalui keimanannya itu akan melahirkan cinta dan rindu kepada Ilahi. Kenikmatan cinta dan rindu itulah yg menjadi pendorong dlm melakukan amal ibadat yg sebanyak-banyaknya kepada Allah SWT.

Apabila amal ibadah seseorang itu dilakukan secara terus menerus, maka akan menjadi kebiasaan yang sukar untuk ditinggalkan. Begitu juga kebiasaan ahli ibadah dengan penuh khusyuk bersolat, manakala bagi orang lain mengerjakannya merupakan sesuatu beban yg berat. Namun bagi mereka yg penuh rasa rindu dan cinta kepada Allah SWT, pekerjaan tersebut sama sekali tidak memberatkan dirinya.

1 comment:

akuzle ayu said...

Yg berat jadi ringan; kecintaan kepada ILAHI sudah datang. Subhanallah!!