Tuesday, August 30, 2011

Melawat Perkampungan Syaitan di Hari Raya pertama

Dek kerana kepenatan makan lemang dan rendang di hari raya pertama pagi tadi saya terpaksa merebahkan diri kira-kira jam 12 tengahari.

Saya mengambil keputusan untuk berkongsi mimpi saya ini kerana ada beberapa mesej dan pengalaman saya sepanjang mimpi tersebut yang kita boleh ambil iktibar.

Aneh memang aneh sebab dah lama juga tidak dapat permainan tidur ini yakni bermimpi.

Dalam mimpi tersebut saya diuji dengan didatangi orang yang saya sayang iaitu arwah bapa saya. Arwah bapa datang menghampiri saya dan memeluk saya tanda kasih sayang seorang bapa kepada anak. Sambil dipelukan bapa saya yang erat bapa saya berbisik untuk membawa saya berjalan melawat kampung. Saya tanpa lengah bersetuju.

Tiba-tiba saya ternampak orang yg saya sangka arwah bapa saya itu rupa-rupanya iblis yang sengaja menggunakan muslihatnya untuk memujuk saya. Namun iblis tersebut tidak tahu yang saya menyedari identitinya.

Dalam lawatan tersebut iblis menawarkan saya untuk memperlihatkan seorang wanita yg sedang mandi. Saya anggukkan sahaja. Iblis tersebut pun menunjukkan kuasanya agar saya boleh lihat menembusi dinding. Cuma kebetulan wanita tersebut masih ada beberapa urat benang. Saya berkata kepada iblis tersebut "tak boleh bagi nampak semua ke". Dia kata tak boleh. Didalam mimpi membuat saya terfikir, agaknya inilah hikmah kenapa kita tutup aurat.

Iblis pun membawa saya ke satu kelompok syaitan. Saya merasa hairan sebab semua syaitan tersebut menyerupai manusia biasa cuma gelagat mereka agak pelik seolah perbuatannya dikongkong oleh sesuatu.

Saya dibawa melalui satu jalan yang seolah diraikan oleh semua syaitan tersebut. Macam suasana YB diarak mengelilingi kampung.

Tiba disatu pondok saya dijemput makan. Sepanjang perjalanan saya sentiasa tetapkan pendirian dihati agar tidak terpesong dan sentiasa berzikir. Mereka sedang makan hidangan yang cukup banyak. Cuma yang pelik ketika ingin makan mereka tumpahkan makanan ke meja dan kelantai. Dalam mimpi membuatkan saya terfikir akan amalan membazir manusia.

Tiba-tiba saya rasa iblis sudah mengsyakki bahwa saya sudah tahu yang dia tu iblis, jadi saya tidak sedap hati lalu cuba untuk tamatkan lawatan tersebut dan cuba ingin kembali alam nyata.

Puas saya membaca pelbagai surah, zikir dan bertasbih tapi masih tidak berjaya. Malah Iblis itu cuba mengajuk apa yang saya baca.

Alhamdulillah saya sampai di sebuah surau dan para jemaah baru selesai solat berjemaah dan sedang bertasbih. Lalu saya pergi kearah mereka dan dengan tidak semena-mena pengaruh iblis itu berkurangan dan lenyap. Yang lebih mengejutkan saya ibis tersebut terpaksa menyamar sebagai manusia dan menyelinap dikalangan jemaah tersebut.

Sampai sahaja saya dikalangan jemaah tersebut saya pun terjaga dari mimpi.

Terjaga sahaja dari mimpi saya pun terfikir bahwa yang menyelamat dan menarik saya keluar ialah jemaah yang solat berjemaah disurau dan bertasbih mengagungkan Allah. Sehinggakan iblis pun terpaksa tunduk. Apa yang membuatkan saya rasa tenang dan yakin sepanjang lawatan tersebut ialah ilmu, zikir dan keyakinan pada Allah.

Ringkasnya ada 5 perkara yang saya boleh ambil iktibar untuk dikongsi dari mimpi saya ini:-
1. Hikmah menutup aurat
2. Jangan membazir
3. Menuntut ilmu, berzikir dan yakin pada Allah
4. Solat berjemaah disurau atau masjid mampu mematahkan pengaruh iblis dan syaitan
5. Manusia adalah syaitan jika menurut kata dan godaan iblis

Sekadar berkongsi pengalaman agar kita boleh ambil iktibar dari mimpi saya ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: