Wednesday, December 29, 2010

Kemenangan Pasukan Bolasepak Malaysia Menghidupkan Kembali Auman Harimau Malaya

Syabas dan tahniah kepada pasukan bolasepak negara yang baru sahaja menumpaskan Indonesia dengan Agrigat 4 - 2.

Piala AFF Suzuki 2010 bejaya ditawan anak muda Malaysia yang begitu berdisiplin dan gigih dengan bimbingan Raja Gopal selaku jurulatih yang kian menyinar.

Malaysia Boleh! Malaysia Boleh! Laungan keramat yang memenuhi ruang cyber dan alam nyata. Ini merpakan satu impak positif sebagai bekal untuk memasuki tahun 2011.

Ya! Seudah tentunya rakyat Malaysia teruja dan bangga. Lebih membanggakan lagi nama Khairul Fahmi menggungguli Top 10 topik perbualan di twitter seluruh dunia. Ternyata corak menonton sudah jauh berubah meliputi alam maya. Ini sesuatu pengkembangan positif yg perlu diambil perhatian.

Esok Cuti? Hehehe seperti biasa Rakyat Malaysia menunggukan pengumuman peristiwa dari kerajaan. Namun cuti atau tidak ternyata kita sudah berjaya. Terbukti benar, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Akhir kata dari saya, jadikanlah sukan sebagai satu pemangkin untuk menyatukan umat manusia. Kepada pasukan Indonesia yang tewas, anda tetap Juara dan terbaik.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: