Sunday, July 18, 2010

Sanggar Kerja Perdana ALKIS Perancangan Halatuju & Strategi

Alhamdulillah... Syukur kepada Allah kerana saya diberikan kesihatan dan kesempatan untuk turut terlibat didalam sumbangsaran didalam merangka perancangan halatuju & strategi ALKIS.

Jutaan terima kasih kepada saudara Megat Iskandar kerana menjemput saya untuk turut serta didalam Sanggar ini.

"Peneraju Kecemerlangan Insan & Persaudaraan Sejagat" ini Visi ALKIS yang berjaya dicapai didalam Sanggar yang cukup dinamik dan bertenaga.

Seronok rasanya dapat berkumpul dan berkenalan dengan para Alumni yang terdiri dari pelbagai bidang dan kepakaran masing-masing.

Moga sumbangsaran kita dapat memantapkan lagi ALKIS.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: