Monday, January 11, 2010

Kursus 'Blogging Untuk Wanita Yang Ingin Bekerja Dari Rumah''

Host:
Type:
Network:
Global
Date:
Sunday, January 24, 2010
Time:
9:00am - 1:30pm
Location:
2-2, Vila Shoplex, Pudu Imipian III
Street:
Jalan 1/92B, Off Jalan Pudu Hulu, Cheras
City/Town:
Kuala Lumpur, Malaysia

Description 

Negara kita banyak kehilangan idea bernas, tenaga produktiviti, kreativiti dan kepakaran dari kaum wanita yang membuat keputusan untuk menjadi surirumah, demi masa depan keluarga mereka. Bukan sahaja ini merugikan sumber kemanusiaan yang ada di negara kita, malahan ia tidak banyak membantu kaum wanita membangun ekonomi keluarga mereka sendiri.

Oleh yang demikian, kami dari New Media Consulting Sdn Bhd, ingin mengubah trend ini dan membantu kaum wanita agar dapat menghasilkan sumber pendapatan hanya dengan bekerja dari rumah sahaja, dengan menggunakan teknologi internet dan beberapa applikasi tertentu yang sudah dikenal-pasti dapat membantu mereka dengan berkesan

Sasaran utama kami adalah :-
1) Surirumah yang ingin membina sumber pendapatan
2) Wanita bekerja yang ingin memulakan kerjaya baru dari rumah

Kesesuaian Peserta :-
1) Kaum wanita peringkat BEGINNERS yang memiliki pengetahuan asas tentang penggunaan komputer, internet & email.

Objektif utama kami : -
1) Mendidik kaum wanita tentang konsep bekerja dari rumah melalui penggunaan internet
2) Membantu kaum wanita mewujudkan kerjaya baru dan menjana pendapatan dari rumah

Kursus permulaan ini banyak menyentuh tentang pembinaan blog sebagai alat untuk membuka kerjaya baru di internet. Anda akan diajar pelbagai tips dan panduan untuk pembinaan blog yang berkesan, oleh konsultan kami yang mempunyai pengetahuan tinggi & pengalaman luas di dalam teknologi IT dan internet.

Butiran topik yang akan disentuh dalam workshop, akan diumumkan kemudian kepada peserta yang berminat sahaja.

Harga Biasa Kursus ini adalah RM150 seorang. Walaubagaimana pun, sekiranya anda menjadi fan kepada 3 fanpage di bawah, anda hanya perlu membayar RM20 sahaja (kos lain ditaja oleh Seven Figure Sdn Bhd & SimpanDuit Consulting).

New Media Consulting Sdn Bhd - http://www.facebook.com/pages/New-Media-Consulting-Sdn-Bhd/193773472938?ref=ts
Seven Figure Sdn Bhd - http://www.facebook.com/7figure
SimpanDuit Consulting - http://www.facebook.com/pages/SimpanDuitcom/121397274095?ref=ts

TEMPAT TERHAD KEPADA 20 ORANG SAHAJA UNTUK KURSUS PERTAMA INI. Sila SMS nama penuh dan alamat email anda ke 012-2011-555 untuk pendaftaran. Maklumat bayaran akan disertakan di dalam SMS nanti.

Syarat Kehadiran :-
1) Setiap peserta digalakkan membawa komputer riba & broadband sendiri. Kemudahan wifi akan disediakan untuk memudahkan mereka yang tidak mempunyai broadband mobile.

2) Jika anda tidak mempunyai komputer tetapi sangat berminat untuk menyertai kursus ini, kami akan cuba menyediakan komputer untuk anda. Sila beritahu pihak kami dari awal supaya komputer dapat disediakan.

No comments: