Saturday, November 05, 2011

Day 4: Pattaya -> Had Lek -> Kampot

Perjalanan yang mengambil masa hampir 9 jam cukup mengujakan dengan sajian pengalaman dan pemandangan serta rintangan yang pelbagai merentasi dari Pattaya(Thailand) melalui Hat Lek (Sempadan) hingga ke Kampot (Cambodia).

Kami memulakan perjalanan di hari ke empat kembara seawal pukul 9 pagi dengan berbekalkan alas perut kepingan roti berintikan sardin serta air kopi bancuh dalam periuk buat pembasah tekak.

Seperti hari yang sebelumnya Ustaz Sharani memulakan perjalanan kami dengan doa musafir dan memohon keberkataan dari yang Maha Esa. Pattaya ke Had Lek yang berjarak 300km mengambil masa hampir 4 jam berjalan lancar. Kami disambut dengan senyuman oleh Zikri Fuad, Ustaz Sulaiman dan adik ahli Parlimen Kemboja.

Kami berhenti seketika di Koh Kong untuk solat berjemaah dan juga makan tengahari di rumah ketua kampung. Alhamdulillah.... sajian ketam dan ikan fresh memang menggamit utk singgah lagi disini dalam perjalanan balik nanti.
Cabaran bermula apabila jalan yang kami lalui merentasi  Had Lek ke Kampot disajikan dengan Lopak, Lobang serta jalan tanah merah yang bersulam dengan jalan tar yang bisa menggugurkan lampu sport light sharani.

Sebelum checkin di hotel kampot, kami dijamu makan malam di rumah Ustaz sulaiman. seperti selalu makanannya amat tidak mengecewakan. cuma yang kecewa ialah berat badan yang mungkin bertambah. hehehe.

diringkaskan cerita.... kami dapat melelapkan mata apabila joget lambak dan kugiran yang kebetulan kat depan hotel nie berhenti tepat jam 12 tengah malam.


Sarapan yang ringkas dan padat. hehehe sardin , roti dan kopi segera tajaan Jasmi. TQ bro :)

Cantik tak Chevrolet tu? kelihatan sharani sedang memotong atau dipotong? hehehe. Roddy dah memecut dihadapan dengan land cruiser hitamnya.

Konvoi berhenti seketika utk bergambar.... hehehe

Di sempadan Cambodia - Thailand @ Had Lek
Bergambar sebelum nyum nyum
Wow! ramainya anak kau sharani. hehehe




Apa la yg diborakkan tu...

Inilah rumah ketua kampung kat Koh Kong
Contoh sajian yang bisa menambahkan berat badan. sedap oooooo. makan tak ingat nak berhenti :)


Acara wajib....
Seperti biasa.... Jasmi akan merasmikannya dulu.... sebab bertanggung jawab akan hal ehwal makanan :)
Kelapa nie memang terbaik..... tapi kena minum time sejuk la....

Saat paling ceria bila dah checkin.... badan dah melekit oooo....
Inilah hotel persinggahan utk malam nie sebelum menyambung perjuangan keesokan harinya.
Kena tunggu kugiran selesai dulu baru boleh tido. huhuhu. Eh! lori boleh jadi pentas. kreatif betul la....

Friday, November 04, 2011

Day 3: Cha-am -> Pattaya

Perjalanan di hari ke 3 lebih santai sebab jarak dari Cha-am ke Pattaya cuma 310KM. kitorang bertolak lebih kurang pukul 11.45 pagi selepas bersarapan dan tiba di pattaya pukul 5 petang. Alhamdulillah... perjalanan lancar dan cuaca pun baik. Ingatkan nak memancing kat tepi laut lepas dinner. sekali cari port tak jumpa pulak.... emm.... balik tido lagi bagus.....

Sabar menanti sarapan di Ameenah Restorant di Cha-am

Sempat bergambar dengan pemilik Restoran, Puan Ameenah bersama abangnya dan anak perempuannya.

Huh! amacam..... sedapkan... hehehe

Hahaha.... nie semua Sharani yang habiskan. keh keh keh

Inilah dia brother Zakir, yang sungguh berhemah ketika memandu.

Minyak wajib diisi.... harga lebih kurang 28 bath seliter kira RM2.80 la...

Tertanya-tanya juga sepanjang jalan tu apa la yg diorang jual. Mula2 ingatkan gula... lepas tu rasa macam beras... sekali garam da.....

Welcome to Bangkok

Tu dia..... double layer highway beb.... lebih 60km dasyat sungguh Thailand nie... takkan la Malaysia tak mampu buat macam nie.

Cantik tak kepala paip dia tu.... hehehe. Solat wajib diutamakan.

Sempat bergambar bersama adik-adik taska di Masjid Darul Ibadah

Mana punya mamat Siam da.... hehehe Shah tengah take over tugas memasak dari mek siam tu...

Hehehe.... cuba nak memasak la.... pulak...


Team kembara 4x4 selesai solat. Alhamdulillah...

Thursday, November 03, 2011

Day 2 : Changlun - Cha-am (Kembara 4 X 4 DMK Kemboja)

Alhamdulillah.... hari kedua perjalanan berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Perjalanan hari ini mengambil masa lebih kurang 15 jam dari Changlun ke Cha-am.

Seawal jam 5.30 pagi sudah kedengaran mesej dari blackberry ku "aku dah sampai". oh rupanya... Sharani dah sampai... masa tu saya tengah mamai lagi... lepas solat subuh di masjid kami buat persediaan dan saringan barang yg dibawa.

Kitorang bergerak lebih kurang 7 pagi ke border lepas isi minyak kat BHP Changlun. Lepas berjaya lepasi sempadan dengan selamat kitorang sarapan jap kat Danok lebih kurang pukul 8 pagi. Puas gak mencari prepaid kad Thailand pepagi buta tu.... akhirnya kecewa.... so lebih kurang kul 9pm gerak terus.

Sempat la tukar tayar... makan nenas.... berhenti rehat..... dan macam-macam lagi la. Tapi yang tak boleh lupa ialah pengalaman makan tengahari kat Chaiya lepas solat zohor berjemaah kat masjid di sana. diringkaskan cerita kitorang dipandu arah oleh ustaz rashid yang boleh cakap melayu utk cari makanan halal. baik dan peramah ustaz tu. InsyaAllah kalau ada rezeki kita agihkan sedikit lembu korban kat kampung tu tahun depan.

Sepekara yang saya tak boleh lupa ialah Allah telah jumpakan kami dengan seorang pakcik yg asalnya org melayu tetapi dah lama di Thailand dia cuma boleh bertutur sikit2 bahasa melayu. Apa yg mengujakan kami, dia dapat ilham ilmu pertukangan dari amalannnya serta ilham dari bacaan kitab suci Al-Quran. Nasihat beliau yg terkesan ialah "Jangan sesekali tinggal solat dan bacalah Al-Quran".

Sampai je Cha-am kitorang terus checkin kat Cha-am Villa Hotel. ok gak hotelnya.... RM40 je sebilik dek kepakaran si Jasmi tawar menawar.

Lebih kurang pukul 12 malam saya, Jasmi dan Roddy kononnya nak cari masjid untuk solat jamak. tapi sayangnnya tak jumpa sebab jauh sangat la pulak.... last-last lepak makan maggi sampai kul 2 pagi sambil berborak. gayanya kul 3.30 pagi la baru tidur lepas habis mengarang blog nie... ok la.... jumpa esok di entry hari ke 3 misi kemboja.


Sempat bergambar kat depan T Hotel sebelum cross border. gelap lagi.... sebab masih subuh

Tu dia Hafiz.... siap panjat bumbung kau ye.... sebab nak penuhkan tangki minyak spare

Hahahaha.... habis kecoh kat pejabat insuran tu dek penangan jejaka-jejaka Malaya.... (Nie tengah buat insuran kereta utk masuk thailand dan isi border pass) insuran 2 minggu RM25 dan upah isi border pas RM1

Amacam! best tak sarapan kitorang....

Atas nasihat pakar tayar hilux perlu ditukar posisinya utk perjalanan yg lebih lancar.

Hehehe.... itu bukan lalat ye.... atas nenas tu, tapi lebah.... so confirm la nenas tu semanis madu.

Solha macam baru first time jumpa nenas. hahaha

Ye ye je.... macam nak beli.... halal ke tu..... hahaha.... nasib ada si duan nie.... boleh la jadi juru tangkap gambo. hehehe

Alhamdulillah... jumpa juga masjid kat Chaiya

Kelihatan Solha dan Sharani tengah tunggu giliran nak cari kutu. hahaha

Dua dari kiri tu ialah Ustaz Rashid

Buat apa tu bang.... tengah belajar memasak ke..... zakir tu macam dah lapar sangat dah tu.

Sabar menanti juadah lunch disediakan. patut la kau bedal pow tu tadi.... rupanya bekas tu depan mata....

Inilah pakcik yang berkemahiran dan kreatif yg dapat banyak ilham dan idea dari Al-Quran yang sering menjadi amalan dan rujukan beliau. nasihat dari pakcik tu "Jangan tinggal solat"

Ha..... nie lah dia hidangan lunch kitorang.... RM65 ringgit je.... utk 10 orang makan. murah beb..... Alhamdulillallah

Menginap di Cha-am Villa Hotel, RM40 sebilik.

Roti canai burma

Hahaha sempat bergambar dengan dua adik beradik muslim dari burma nie, Rashid dan Yassin. Si rashid tu pernah kerja 8 tahun kat Malaysia dan fasih cakap melayu
Ngap maggi dulu sebelum titon. lapaq oooo...

Wednesday, November 02, 2011

Day 1 : Kuala Lumpur - Changlun (Kembara 4 X 4 DMK Kemboja)


Alhamdulillah..... seperti yang telah dirancang maka hari yang dinantikan telah tiba. Tak sabar rasanya menanti detik jam 3 petang 1/1/11. Mengikut perancangan detik tersebutlah kami akan bertolak memulakan perjalanan untuk memenuhi misi 4X4 DMK Kemboja 2011.

Benarlah kata ustaz.... kita hanya mampu merancang, namun perancangan Allah amatlah sempurna. Pukul 4 petang baru saya, Jasmi dan Zakir bertolak dari pejabat saya di Cheras. Trafik berjalan lancar menuju ke Restoran Jejantas Sungai Buluh untuk bertemu sebuah lagi Pacuan 4 roda yang dianggotai 3 jejaka tampan Roddy, Solha dan Redzuan.

Haiya..... awat lambat sangat si Roddy nie... pukul 5.30 baru kitorang gerak dari RnR tu. Suasana mendung dan hujan mengiringi hampir sepanjang jalan ke check point pertama kami iaitu di Changlun.

Alhamdulillah.... berkat doa dan sokongan rakan2 kami selamat sampai di T Hotel, Changlun untuk bermalam. setelah selesai berbincang untuk perjalanan esok 6 pagi. Pukul 5 pagi nanti sebuah lagi pacuan 4 roda akan bergabung untuk melengkapkan 3 buah pacuan yang bakal melengkapkan misi ini.

Awal pagi tadi sempat juga tengok berita perkembangan banjir di Thailand

Awan mendung menyelubungi perjalanan.

Berehat alas perut di RnR Gunung Semanggul
Sempat juga si Jasmi Jantan ni posing... hahaha

Team Kembara selamat tiba di check point pertama, T Hotel Changlun

Tekun berbincang untuk perjalanan esok pagi.