Friday, January 24, 2014

Kisah kesempitan hidup adik Nursyafiqah Bt. Abdul Rahim

Artikel Oleh: Abu Bakar Az-Zubaidy (Sukarelawan PeKA)

Nursyafiqah Bt. Abdul Rahim yang tahun ini baru memasuki darjah tiga beliaulah yang sebenarnya yang telah kongsikan cerita kesempitan hidup adik Nurkhatijah yang merupakan teman sekolahnya. Ayah Nursyafiqah meninggal dunia ketika dia berumur 6 bulan. Sejak itu, kehidupan Nursyafiqah yang merupakan anak tunggal disara oleh ibunya. Ibunya yang mengidap darah tinggi, kencing manis, kurang garam dan pernah di serang stroke bekerja sebagai cleaner dengan gaji hanya 650 sebulan.


Nursyafiqah dan ibunya

Dengan pendapatan bulanan sebanyak itulah mereka membiayai sewa rumah RM500 sebulan dan baki RM150 lagi untuk perbelanjaan harian dan persekolahan. Seperti adik Nurkhatijah, adik Nursyafiqah juga hanya memperolehi bantuan zakat hari raya setahun sekali, itu pun jika nama tersenarai. Status ibunya yang berkerakyatan Indonesia juga menyulitkan urusan untuk permohonan dan kelulusan bantuan-bantuan seperti zakat, JKM dan lain-lain.

Walaupun arwah ayahnya pernah bekerja sebagai anggota polis dengan pangkat Sarjan, namun setelah pemergian ayahnya, wang pencen kematian tersebut dapat kepada isteri pertama arwah ayahnya. Setelah pemergian ayahnya, isteri pertama ayahnya tidak dapat dihubungi atau di kesan di mana berada.

Abangnya yang kini berumur 16 tahun pula hanya bersekolah setakat PMR dan sudah tidak bersekolah kerana ibunya tidak dapat menampung perbelanjaan persekolahan.

Murid pintar dan aktif ini yang pernah mendapat no.1 ketika di darjah dua tahun lepas, hampir mahu diberhentikan persekolahannya kerana ibunya tidak mampu menanggung perbelanjaan persekolahannya.

Nursyafiqah Bt. Abdul Rahim
Akaun : 220621244780 (Bank Rakyat)
Alamat : Blok I, 3-8, Taman Dagang Fasa 2A, 68000 Ampang, Selangor.

Sekolah Agama Rakyat
KAFA Integrasi
Ar-Rahmaniah Taman Dagang Fasa 2A,
68000 Ampang, Selangor.

Guru : Ustazah Khadijah Bt. Alang Abu Shuker (017-3078400)

Kisah Murid Bayar Yuran Sekolah Dengan Wang Syiling

Artikel Oleh: Abu Bakar Az-Zubaidy (Sukarelawan PeKA)

Adik Nurkhatijah Bt. Abdullah tahun ini baru memasuki darjah satu. Ibunya meninggal sedari dia berumur 2 tahun 3 bulan. Sejak itu ayahnya mengalami tekanan mental dan tidak bekerja sehingga kini. Ayahnya sering meninggalkan rumah dalam beberapa tanpa apa-apa berita, dan akan pulang ke rumah mengikut sesuka hatinya pada bila-bila masa yang dimahukan. Semua urusan hidupnya diuruskan oleh nenek dan datuknya.

Abu Bakar bersama adik Nurkhatijah dan neneknya.


Datuknya Rozie B. Arifin, 61 yang berasal dari Yan, Kedah, sebelum ini pernah bekerja sebagai pemandu lori, kini sudah tidak mampu bekerja kuat kerana masalah kaki yang tidak kuat untuk berjalan-jalan dan hanya mengambil upah mencuci pinggan mangkuk di warung-warung yang berdekatan dengan rumahnya.

Neneknya Shamsiah Bt. Yusoff, 55 berasal dari Kluang, Johor yang mengidap penyakit darah tinggi dan asma bekerja sebagai tukang cuci (cleaner) dengan gaji hanya RM900 sebulan. Dengan pendapatan bulanan sebanyak itu tanpa ada bantuan-bantuan lain dan hanya sekadar menerima bantuan zakat hari raya setahun sekali, itu pun jika nama tersenarai dalam senarai penerima, mereka membiayai sewa rumah RM600 sebulan yang sudah didiami selama 14 tahun dan baki RM300 lagi untuk perbelanjaan harian dan persekolahan. RM300 untuk perbelanjaan harian dan persekolahan adalah sangat tidak mencukupi.

Ketika saya menziarahi rumah keluarga dhaif ini, fikiran saya menyangkakan ia tidak ubah seperti sebuah store penyimpanan barang-barang terpakai kerana rumah flat yang kecil itu dipenuhi dengan berbagai barang yang menyempitkan lagi ruang rumah tersebut.

Murid pintar dan cergas yang bercita-cita menjadi doktor ini meminati hobi menabung. Dengan wang syiling tabungannya sedari kecil itulah datuknya membayar yuran pendaftaran pada hari pendaftaran sekolah awal tahun ini. Namun wang syiling tersebut tidak mencukupi dan mendapat ehsan daripada guru-guru lain yang membantu menjelaskan yuran tersebut.

Nurkhatijah Bt. Abdullah
Akaun : 220141565286 (Bank Rakyat)
Alamat : E1-10, Taman Dagang Fasa 2A/3, 68000 Ampang, Selangor.

Sekolah Agama Rakyat
KAFA Integrasi
Ar-Rahmaniah
Taman Dagang Fasa 2A,
68000 Ampang, Selangor.

Guru : Ustazah Khadijah Bt. Alang Abu Shuker (017-3078400)