Sunday, November 02, 2014

DIMANA ADA KEMAHUAN DISITU ADA JALAN

Benarlah bak kata pepatah "Dimana ada kemahuan disitu ada jalan".

Memang sudah lama saya dan teman2 berhajat utk konvoi jalan darat hingga ke China.

Ya jika kita setakat bercita2 dan berangan2 sahaja maka tinggallah angan2. Bak kata pepatah jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Cita2 dan keinginan yg disusuli dgn usaha yang bersungguh dengan sabar insyaAllah akan diganjari dgn kejayaan.

Alhamdulillah. Saya dan teman2 #JelajahNiaga telah berjaya memenuhi impian tersebut pada 1 Oktober hingga 20 Oktober yang lalu.

Ianya bukanlah sesuatu yang mudah kerana perancangan awal sudah bermula semenjak tahun lepas lagi.

Apa yang lebih menyeronokkan lagi, konvoi ini bukan sekadar perjalanan yang biasa kerana ianya merangkumi 3 misi atau amanah yang perlu di laksanakan iaitu:-
1. Misi Kemanusiaan
2. Misi Amal
3. Misi Silaturahim Perniagaan

Alhamdulillah. Misi musim pertama #JelajahNiaga tidak berakhir disini sahaja. #PeKA merancang utk anjurkan sekali lagi di tahun hadapan dengan penyertaan yg lebih ramai dan objektif yg lebih mantap.

Mahukah anda mencapai impian bersama2 dan bersungguh2 melaksanakannnya?

Jika ya sila pm atau komen "saya sangat teruja"

Saya akan beri info lanjut utk satu pertemuan bagi menjayakan misi #JelajahNiaga Musim ke 2 tahun depan.

Moga Allah berkati usaha dan perancangan kita ini.

Saturday, March 01, 2014

Misi Bantuan Kecemasan Rohingya di Arakan Myanmar

Selasa minggu lepas tanggal 18 Febuari 2014 saya diberi kesempatan utk mengikuti satu Misi Bantuan Kecemasan Rohingya di Arakan, Mynmar.

Misi selama 5 hari ini sangat mencabar kerana pada waktu ini di Arakan keadaan masih lagi tegang. Namun keadaan yang mendesak disana memaksa kami utk mengabaikan resiko keselamatan demi utk menyampaikan bantuan kepada mangsa kekejaman disana.

Saya akan berkongsi sambungan pengalaman saya di entry esok.

Thursday, February 27, 2014

Bengkel BMC For Blogging - (Business Model Canvas)

Allahmdulillah. Bengkel Business Model Canvas For Blogging (BMC For Blogging) berjalan lancar.
Moga setiap peserta berpuas hati dan dapat mempraktikkan apa yang dipelajari.
Bengkel sehari ini mendedahkan teknik membangunkan laman blog mengikut kaedah BMC.
Ini merupakan kaedah terbaik utk memastikan halatuju dan keberkesanan sesebuah blog yang ingin dibena.
Jika ada yang berminat utk pelajari teknik ini boleh email saya ke khirariffin[at]gmail.com

Friday, January 24, 2014

Kisah kesempitan hidup adik Nursyafiqah Bt. Abdul Rahim

Artikel Oleh: Abu Bakar Az-Zubaidy (Sukarelawan PeKA)

Nursyafiqah Bt. Abdul Rahim yang tahun ini baru memasuki darjah tiga beliaulah yang sebenarnya yang telah kongsikan cerita kesempitan hidup adik Nurkhatijah yang merupakan teman sekolahnya. Ayah Nursyafiqah meninggal dunia ketika dia berumur 6 bulan. Sejak itu, kehidupan Nursyafiqah yang merupakan anak tunggal disara oleh ibunya. Ibunya yang mengidap darah tinggi, kencing manis, kurang garam dan pernah di serang stroke bekerja sebagai cleaner dengan gaji hanya 650 sebulan.


Nursyafiqah dan ibunya

Dengan pendapatan bulanan sebanyak itulah mereka membiayai sewa rumah RM500 sebulan dan baki RM150 lagi untuk perbelanjaan harian dan persekolahan. Seperti adik Nurkhatijah, adik Nursyafiqah juga hanya memperolehi bantuan zakat hari raya setahun sekali, itu pun jika nama tersenarai. Status ibunya yang berkerakyatan Indonesia juga menyulitkan urusan untuk permohonan dan kelulusan bantuan-bantuan seperti zakat, JKM dan lain-lain.

Walaupun arwah ayahnya pernah bekerja sebagai anggota polis dengan pangkat Sarjan, namun setelah pemergian ayahnya, wang pencen kematian tersebut dapat kepada isteri pertama arwah ayahnya. Setelah pemergian ayahnya, isteri pertama ayahnya tidak dapat dihubungi atau di kesan di mana berada.

Abangnya yang kini berumur 16 tahun pula hanya bersekolah setakat PMR dan sudah tidak bersekolah kerana ibunya tidak dapat menampung perbelanjaan persekolahan.

Murid pintar dan aktif ini yang pernah mendapat no.1 ketika di darjah dua tahun lepas, hampir mahu diberhentikan persekolahannya kerana ibunya tidak mampu menanggung perbelanjaan persekolahannya.

Nursyafiqah Bt. Abdul Rahim
Akaun : 220621244780 (Bank Rakyat)
Alamat : Blok I, 3-8, Taman Dagang Fasa 2A, 68000 Ampang, Selangor.

Sekolah Agama Rakyat
KAFA Integrasi
Ar-Rahmaniah Taman Dagang Fasa 2A,
68000 Ampang, Selangor.

Guru : Ustazah Khadijah Bt. Alang Abu Shuker (017-3078400)

Kisah Murid Bayar Yuran Sekolah Dengan Wang Syiling

Artikel Oleh: Abu Bakar Az-Zubaidy (Sukarelawan PeKA)

Adik Nurkhatijah Bt. Abdullah tahun ini baru memasuki darjah satu. Ibunya meninggal sedari dia berumur 2 tahun 3 bulan. Sejak itu ayahnya mengalami tekanan mental dan tidak bekerja sehingga kini. Ayahnya sering meninggalkan rumah dalam beberapa tanpa apa-apa berita, dan akan pulang ke rumah mengikut sesuka hatinya pada bila-bila masa yang dimahukan. Semua urusan hidupnya diuruskan oleh nenek dan datuknya.

Abu Bakar bersama adik Nurkhatijah dan neneknya.


Datuknya Rozie B. Arifin, 61 yang berasal dari Yan, Kedah, sebelum ini pernah bekerja sebagai pemandu lori, kini sudah tidak mampu bekerja kuat kerana masalah kaki yang tidak kuat untuk berjalan-jalan dan hanya mengambil upah mencuci pinggan mangkuk di warung-warung yang berdekatan dengan rumahnya.

Neneknya Shamsiah Bt. Yusoff, 55 berasal dari Kluang, Johor yang mengidap penyakit darah tinggi dan asma bekerja sebagai tukang cuci (cleaner) dengan gaji hanya RM900 sebulan. Dengan pendapatan bulanan sebanyak itu tanpa ada bantuan-bantuan lain dan hanya sekadar menerima bantuan zakat hari raya setahun sekali, itu pun jika nama tersenarai dalam senarai penerima, mereka membiayai sewa rumah RM600 sebulan yang sudah didiami selama 14 tahun dan baki RM300 lagi untuk perbelanjaan harian dan persekolahan. RM300 untuk perbelanjaan harian dan persekolahan adalah sangat tidak mencukupi.

Ketika saya menziarahi rumah keluarga dhaif ini, fikiran saya menyangkakan ia tidak ubah seperti sebuah store penyimpanan barang-barang terpakai kerana rumah flat yang kecil itu dipenuhi dengan berbagai barang yang menyempitkan lagi ruang rumah tersebut.

Murid pintar dan cergas yang bercita-cita menjadi doktor ini meminati hobi menabung. Dengan wang syiling tabungannya sedari kecil itulah datuknya membayar yuran pendaftaran pada hari pendaftaran sekolah awal tahun ini. Namun wang syiling tersebut tidak mencukupi dan mendapat ehsan daripada guru-guru lain yang membantu menjelaskan yuran tersebut.

Nurkhatijah Bt. Abdullah
Akaun : 220141565286 (Bank Rakyat)
Alamat : E1-10, Taman Dagang Fasa 2A/3, 68000 Ampang, Selangor.

Sekolah Agama Rakyat
KAFA Integrasi
Ar-Rahmaniah
Taman Dagang Fasa 2A,
68000 Ampang, Selangor.

Guru : Ustazah Khadijah Bt. Alang Abu Shuker (017-3078400)