Salam sahabat FB sekali. Seperti yang dijanjikan, soalan teka-teki saya yang kedua yg menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM30 akan bermula pada 4pm -5pm 16/12/2010.
Soalan : Azwan Ali mempunyai seorang rakan bernama Ummi Hafilda. Mereka telah lama kenal dah tiap-tiap hari berjumpa. Tiba2 pada suatu hari Azwan Ali ingin mencari Ummi Hafilda tetapi tidak berjumpa. Kenapa tidak jumpa dan berikan sebabnya. (Ummi Hafilda masih wujud dan hidup seperti biasa)
Syarat: Hanya mereka yg menjadi sahabat FB saya yang layak untuk sertai teka-teki ini dan dikehendaki menjawabnya diwall ruang FB Status saya http://www.facebook.com/khirariffin
Pemenang: pemenang akan dipilih secara rawak dari mereka yg menjawab dgn tepat dan saya akan maklumkan selepas tamat waktu menjawab.
Jawapan: hanya jawapan yg ada pada saya sahaja yg dikira betul dan tepat sebarang demonstrasi dan surat layang tidak akan dilayan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Em...... sekarang jam menunjukkan pukul 4.26 pagi waktu Malaysia dan bertarikh 17 Disember 2010. Nampak gayanya.... tidak seorang pun berjaya meneka dengan tepat walaupun tempoh menjawab telah dilanjutkan ke pukul 12 malam tadi dan hadiah telah dinaikkan hingga mencecah RM100.00
Mesti you all nak tahu jawapannya kan..... hehehe... ok la.... ok la..... nie nak bagi tau la...
Jawapannya ialah.... Azwan Ali tak jumpa cari Ummi Hafilda sebab.... Ummi Hafilda dah block dia.... sebab tu la... tiap2 kali Azwan Ali cari/search kat FB tak jumpa. Sebabnya diorang nie cuma berkawan kat FB je.... jumpa hari-hari pun kat FB je.... so pada suatu hari tu... entah apa yang berlaku antara mereka berdua.... si Ummi Hafilda tu memblock la si Azwan tu..... kenapa tak percaya? maka itu lah jawapannya......
So.... moral of the story.... kalau kita tak nak musuh kita atau orang yang tidak disenangi berjumpa kita di FB maka kita boleh la... block dia..... jangan block saya sudah la..... hehehe.
Amacam mencabar tak soalan nie? disebabkan tiada pemenang maka hadiah untuk minggu ini dibawa ke minggu depan..... so tungggu...... soalan berikutnya di minggu depan.... selamat berfikir.... wassalam.....
No comments:
Post a Comment