Monday, October 18, 2010

Hari ke Tiga dan Terakhir di Kemboja

Em.... selasai je mandi di pagi terakhir di kemboja saya menjenguk ke luar jendela. Eh! lembu pun sedang bersarapan sedangkan saya belum hehehe..... sedang mengelamun memerhatikan keindahan panaroma terdengar deringan HP. "Saya dah samapai di bawah". wah betul2 menepati waktu Ustaz Sulaiman nie. ini sifat Ustaz sulaiman yang saya perlu ambil contoh.


Hari nie bersarapan dirumah Ustaz Sulaiman. Nampaknya menu Mee sup ala kemboja nie dah menjadi kegemaran saya. rasa yang cukup segar dan ada kelainannya yang tersendiri. Nie kalau buka kedai makan jual makanan kemboja bagus nie.... fikir ku.


Selepas sarapan zikri sempat menemubual seorang lagi pembantu rumah untuk majikan yang telah dijanjikan. Fasih juga dia nie cakap melayu ye. Setelah diamati sebenarnya maid kemboja nie lebih bagus walaupun kurang kemahiran bahasa, sebab bahasa boleh diajar tetapi sikap dan perangai tidak mudah dibentuk.

Kami singgah sebentar di pekan terdekat untuk menukar wang sebelum meneruskan perjalanan ke lagi satu perkampungan masyarakat islam yang perlukan bantuan. Duit kat sini di panggil Riel . 500 Riel lebih kurang 50 sen duit kita.


Saya terkedu seketika melihat keadaan bilik darjah yang berlantaikan bumi dan serba kekurangan itu. papan dinding yg sudah usang dijadikan papan hitam. namun yang menjadi penyuntik semangat saya ialah, walau serba daif namun keutamaan ilmu dan pelajaran amat dititik beratkan.


sekali imbas setuasi didalam kelas tersebut hampir sama macam dalam cerita P Ramlee "Pendekar Bujang Lapok".




Seperti yang telah diamanahkan oleh rakan2 FaceBook saya diberi kesempatan oleh Ustaz Sulaiman untuk memberi sendiri sumbangan wang saku kepada orang kampung tersebut. Bukan niat untuk bermegah atau menunjuk-nunjuk dengan memaparkan gambar ini. Hanya sekadar untuk mahasabah diri saya sendiri dan juga mengajak rakan2 sekalian agar turut menderma. Berikut adalah beberapa potongan ayat Al-Quran untuk rujukan berkaitan derma/sedekah dan zakat.


Sura 2 - Al-Baqara (MADINA) : Verse 271
Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik) dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Sura 2 - Al-Baqara (MADINA) : Verse 263
(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar.
Sura 9 - Al-Tawba (MADINA) : Verse 60
Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin dan amil-amil yang mengurusnya dan orang-orang mualaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Sura 9 - Al-Tawba (MADINA) : Verse 79
Orang-orang (munafik) yang mencela sebahagian dari orang-orang yang beriman mengenai sedekah-sedekah yang mereka berikan dengan sukarela dan (mencela) orang-orang yang tidak dapat (mengadakan apa-apa untuk disedekahkan) kecuali sedikit sekadar kemampuannya, serta mereka mengejek-ejeknya, Allah akan membalas ejek-ejekan mereka dan bagi mereka (disediakan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.




Perjalanan pulang ke Phnom Penh dari kampot menyaksikan pelbagai pemandangan dan mencetuskan pelbagai memori yang akan terpahat menjadi satu kenagan yang perlu dikongsikan sebagai mahasabah diri dan menyaksikan kebesaran Ilahi yang menjadikan bumi, manusia dan makhluk lain yang pelbagai. Kemudahan jalan raya dan keratapi yang kian rancak dibangunkan bakal memberi kemudahan rakyat kemboja serta merancakkan ekonomi. Namun sebagai minoriti masyarakat islam dikemboja mungkin akan ketinggalan dari arus kemajuan jika tiada langkah awal untuk membatu dari segi rohani, jasmani, pendidikan, ekonomi dan pengtahuan yang perlu untuk bersaing secara sihat didalam mengharungi kehidupan seharian.


Saya amat tertarik dengan nilai seni dan kreativiti orang2 kemboja nie tengok je lah gambar buah mangga yang dijual diatas tu. ianya dipotong dan disendalkan dgn cebisan potongan buah mangga tu juga dan dimasukkan didalam plastik dan dijual ditepi2 jalan. sekali imbas macam bunga pulak. hehehe...


Nampak gayanya sup kemboja nie dah memikat citarasa saya. sebelum bertolak ke Airport kami makan tengahari di Cafe Bubble Tea sekali lagi sebab kat sini halal dan sedap. saya makan sup kaki lembu. huh! sodap sesangat....


Alhamdulillah Misi Ziarah dan Bantuan di kemboja dah selesai. Kami balik naik airasia sambil disajikan makanan oleh aweks kemboja.

Sampai je di LCCT kami disambut oleh Sdr Hj Zamerey (pengerusi AIS - Akademi Imam Syafi'e). Beliau adalah merupakan salah seorang founder AIS. Alhamdulillah, saya rasa amat bertuah berjumpa dgn beliau yang mempunyai visi yang cukup tinggi didalam projek membantu membangunkan Umat Islam kemboja yang miskin dari banyak segi serta terpinggir. terima kasih juga kepada saudara Zikri kerana membantu membuka mata saya serta mengejutkan saya dari lena.

Sebelum saya mengakhiri catatan Misi Ziarah dan Bantuan Kemboja ini saya ingin memohon jasa baik para pembaca sekalin untuk berkongsi sedikit pengalaman saya ini dengan rakan2 yang lain. Jika anda terbuka hati dan diberi hidayah marilah kita sama2 membantu Visi dan Misi AIS. lebih lanjut berkenaan AIS saya akan tuliskan didalam catatan blog saya yang berikutnya.






No comments: