Thursday, December 31, 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010.

Selamat tinggal 2009, segala kenangan pahit dan manis akan disematkan menjadi pedoman dan dorongan untuk mengharungi 2010.

Dalam blog ini telah terakam sebahagian pahit manis kehidupanku yang dapat dikongsi buat tatapan para pengujung sekalian.

Moga 2010 menjadi sinar dan harapan baik dari segi perniagaan, peribadi dan kesihatan.

Tidak banyak untukku coretkan disini, dek kekenyangan santapan yang lazat dan berzat.

Moga berjumpa lagi tahun hadapan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, December 28, 2009

Maafkan Kami Ustaz.

Sebak dan terharu kami apabila disambut oleh wajah seorang yang pernah berjasa mendidik anak bangsa.

Ustaz Zambry adalah salah seorang pengetua yang amat disegani. Tegas didalam membuat keputusan. Kini didalam usia menjangkau 70tahun, ustaz masih mengingati kami yang terkenal dengan kenakalannyan.

Ada yang lega setelah 20 tahun menyimpan hasrat untuk membuat pengakuan kepada Ustaz, "Saya minta maaf ustaz, sayalah yang calarkan kerta ustaz dulu" kata salah seorang bekas murid yg kelihatan terpancar cahaya kelegaan dan terhapuslah beban yang ditanggung.

Rata2 yang hadir menziarahi ustaz pada 27 disember 2009 yg lalu pernah dirotan oleh ustaz termasuklah saya. Hehehe. Terima kasih ustaz sebab rotan saya dulu. Berkat ustaz rotan saya jadi orang. Kalau tak mungkin jadi apa tah.

Mungkin berkat keikhlasan didalam mendidik maka semua sahabatku menjadi insan yang berguna. Ada yang diberi tanggung jawab untuk bebakti kepada adik2 di SIS seperti Ustaz Munawir.

Ekoran dari ziarah tempohari, saya selaku pengerusi Perikatan XSIS87 ingin mencadangkan aktiviti "Jejak Ziarah". Kita akan mencari dan menziarahi guru2 dan ustaz2 yang berjasa mendidik kita.

Amacam setuju tak?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, December 27, 2009

Reunion XSIS87 (26 - 27 Disember 2009

Selamat berjumpa lagi tahun depan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Penubuhan XSIS87

Alhamdulillah, tanggal 26 Disember 2009 bekas pelajar Sekolah Izzuddin Shah kemasukan 1987 berjaya membuat perjumpaan sulungnya.

Yang paling membanggakan kami berjaya mengumpulkan seramai lebih kurang 40 orang XSIS87.

Bermula dengan pendaftaran di Blok Bukhari pada pukul 2petang, seorang demi seorang muncul mengamatkan suasana. Mana tidaknya, dah 20 tahun tidak berjumpa. Pelbagai cerita nak dikongsi bersama.

Petangnya pulak, macam biasa la. Aktiviti sukan, bolasepak. Badan masing2 macam dah berbadan dua. Lari sikit dah termengah2. Ada yang meletup urat katanya.

Maghrib pula berjamaah bersama disurau. Disusuli pula dengan bacaan tahlil. Terima kasih teman2 kerana sudi membaca tahlil untuk arwah abangku adam.

Selesai tahlil terus kami membuat sesi taaruf atau masing2 bercerita ringkasan kisah hidupnya. Rasa bangga juga, semua sahabatku menjadi orang yg berjaya dalam kerjaya dan dalam bekeluarga.

Haaaaa tibalah acara yg dinantikan yakni acara makan. Hahaha. BBQ beb, makan sampai pecah perut. Tahniah kepada penganjur diatas kelancaran program.

Azman Om Wakil dari alumni SISTA (bedahari) sempat memnyampaikan pesanan.

Majlis makan dihentikan seketika sebab nak gi meeting pulak. Asalnya meeting tu esok, tapi taku ramai yg dah cabut maka kami awalkan.

Meeting nie adalah bertujuan menubuhkan XSIS87.

Berikut adalah senarai AJK
Pengerusi - Khir Ariffin
Naib Pengerusi - Ustaz Munawir
Setiausaha - Faizal Rathwan
Bendahari - Khairul Anwar (Own)
Region Utara - Meor Shukri
Region Tengah - Ziham
Region Timur - Zulhasmi Zabidi
Region M'sia Timu - Ijam

Majlis disambung dengan makan dan terus gi ngeteh di Vanggey.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, December 26, 2009

Tidak Ada Alasan Untuk Berjaya

Ya! Cuma kita boleh mencipta sebab untuk kita berjaya.
Sebab apa kita masih terus bekerja?
Sebab apa kita masih terus berusaha?
Sebab apa kita masih terus berniaga?

Sebab yang kuat akan menjadi pendorong yang kuat. Namun, sebab sahaja belum cukup untuk mencapai kejayaan. Kejayaan juga boleh dicapai secara berperingkat agar memberi peluang dan ruang untuk kita terus mara kehadapan.

Saya sering mengamalkan PDCA dalam mencapai sesuatu kejayaan. Kejayaan atau matlamat atau milestone pula saya pecahkan kepada 3 peringkat iaitu jangka pendek, sederhana dan jangka panjang.

Apa itu PDCA?
P - Planning
D - Do
C - Correction
A - Action

PDCA merupakan satu kitaran dalam mencapai kejayaan. Kita perlu merancang terlebih dahulu. Namun janganlah terlalu lama dan terlalu teliti perancangan tersebut. Sebab takut nanti kita buang masa merancang je... Buatnya tidak. Ini yang banyak berlaku.

Perancangan yang ringkas dan padan perlu disusuli dangan "Do" iaitu buat. Jangan cerita je lebih, jangan cakap je berapi-api tapi buatnya tidak.

Kita kena pantas melaksanakannya untuk mengetahui hasil dari perancangan yg dibuat agar kita boleh buat "Correction" yakni pembetulan atau penambah baikan.

Dan akhir sekali ialah "Action" yakni tindakan terhadap "Correction" yang telah dikenal pasti tadi.

Kitaran PDCA bolehlah diulang berdasarkan pencapaian atau kejayaan yang diinginkan.

Tapi ingat! Jangan ulang perkara atau proses yang telah dibincangkan sebab buang masa sahaja fokus kepada perkara yang anda telah tahu keputusannya.

Ok selamat berjaya. Adios...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, December 25, 2009

Tazkirah Sebelum Khutbah Jumaat

30 tahun - Tidur
15 tahun - Makan
10 tahun - Toilet
2 1/2 tahun - Ibadat
Layak kah kita masuk syurga?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, December 24, 2009

Kisah Hartawan Hartanah

Saya merasa bangga dengan member sekolah saya yang sorang nie Meor Zaidee atau ingin dikenali sebagai abang ensem di alam maya. errrr.... ensem ke?

Cuba tengok gambo dia nie.....


Rasanya ensem aku lagi, hahahaha..... tapi misai di tu yang mahal.... macam misai Dato' K hubby si Siti Nurhaliza tu....

hahahaha..... tak pe yang pentingnya kalau ada sesiapa yang berminat nak jadi hartawan hartanah boleh la... ikuti blog abangensem nie di http://abangensem.blogspot.com/

Wednesday, December 23, 2009

Sesi Mengeteh Bersama Member FB

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dah Lama Juga Rasanya Tak Pekena Roti Telor

Alhamdulliah, hari ini banyak urusan selesai. Minggu ini rasanya yang paling padat sekali dengan urusan perniagaan.

Tiba-tiba pulak ada selera nak order roti telur. Dah lama juga rasanya x makan roti telur. Bukannya apa, sejak akhir2 nie rasa macam dah muak pulak nak makan kat kedai Mamak.

Hairan juga ya, kedai mamak nie dah tumbuh macam cendawan. Mana perginya kedai2 Melayu. Kita dok kecoh pasal makanan halal tapi yang kita dok makan hari2 disediakan oleh siapa dan kedai makan tu siapa yang punya dan wang yang kita dok kutip hari2 akhirnya jatuh ke tangan siapa?

Perasan atau tidak kedai makan banyak dikuasai Warga Thailand, Mamak atau yg bertopengkan Mamak dan yg terbaru adalah konsep kopitiam yg dimiliki oleh org cina, er halal ke?

Rata2 ramai yg dah x ambil berat soal halal haram pasal makan, walhal itulah perkara asas yg membentuk hati dan darah daging. Mungkin ini punca rakyat M'sia macam dah hilang punca.

Ok la... Nak makan dulu. Dah sejuk roti telur nie.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, December 20, 2009

Alhamdulillah, Majlis Berjalan Lancar

Terima kasih kepada yang hadir dan memeriahkan Majlis.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, December 19, 2009

Bergotong-royong Membuat Persiapan Perkahwinan

Seronok teman nengok anak-anak sedara bergotong-royong membuat persiapan perkahwinan untuk ayah uda mereka.

Kecoh dibuatnya bila sanak saudara berkumpul. Macam-macam gelagat, macam-macam kerenah.

Yang bestnya semua anak saudara dah standby bungkus hadiah perangkap untuk bapa saudara mereka. Pasti happening dan pasti kecoh dek gelak ketawa hadirin di malam pengantin nanti.

Teringat masa saya kahwin dulu. Macam2 hadiah perangkap yg dapat. Lesung batu dan periuk belanga buruk pun dapat. Hahahaha.

Mudah-mudahan majlis perkahwinan yang penghabisan ini berjalan lancar pada 20/12/2009.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sebatang Pokok Semanis Rasa

Inilah berkat berbakti kepada tanah. Pokok jambu nie arwah bapa yang tanam.

Arwah tak sempat pun nak rasa buahnya, tapi alhamdulillah hasilnya dapat dinikmati oleh anak-anak, cucu-cucu bahkan jiran tetangga.

Yang menarik perhatian saya, pokok jambu ni tidak putus-putus berbuah.

Walau hanya sebatang pokok, namun kemanisan buahnya dapat dinikmati pelbagai generasi. Moga arwah bapa ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh. Alfatihah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, December 18, 2009

Berhati-hati Di Jalanraya

Dalam perjalanan balik kampung dari Kuala Lumpur ke Parit Perak tadi saya bertembung dengan satu kemalangan yang melibatkan hampir 20 buah kereta.

Nasib baik juga tiada kemalangan jiwa. Musim hujan ni, jangan la bawa kereta laju-laju. Jalan jem akibat kemalangan tersebut.

Kemalangan berlaku beberapa kilometer selepas hentiang Tanjung Malim di PLUS highway.

Alhamdulillah saya sempat solat jumaat di Masjid Tapah tadi. Berhati-hatilah dijalanraya, ingatlah yang tersayang.

Saya dah serik bawak kereta laju-laju masa hujan dan jalan berair, sebab pernah berpusing di Highway Karak. Alhamdulillah tiada kereta yg datang dari arah yg sama.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Berehat Seketika Di Restoran Jejantas Sungai Buluh

Sempena cuti Maal Hijrah nie balik kg kejap la. Tak pasti lagi jalan jem ke tidak. Sebab baru je memulakan perjalanan untuk balik kg di Parit Perak.

Hari ahad nie my brother Hatta bin Ariffin akan melansungkan perkahwinannya diperak pulak. Tapi majlis tersebut akan ditukar kepada majlis bacaan Yassin dan Tahlil untuk arwah abang sulung saya, Adam bin Ariffin yang telah pergi buat selamanya ahad lepas.

Harap-harap perjalanan semua ok. Disini juga saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat Menyambut Maal hijrah".
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, December 17, 2009

Kunjungan Ketiga Dalam Sehari

My Junior masa belajar di UiTM shah alam dulu pula datang berkunjung.

Terima Kasih Pue(Safwan) kerana sudi berkunjung ke 7Figure.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tahniah Pasukan Bolasepak Malaysia

Sempena Maal Hijrah ini, satu kemenangan yang amat dinantikan oleh rakyat Malaysia bagi memartabatkan Bolasepak Malaysia.

Tahniah untuk para pemain dah tahniah juga buat jurulatih Raja Gopal yang membimbing pasukan negara.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bekas Pelajar Saya Pula Datang Berkunjung

Mohd Adib (sebelah kanan didalam gambar) nie dulu adalah peserta The Apprentice @7Figure. Anjuran bersama Seven Figure Sdn Bhd dan Kementerian Belia dan Sukan.

Selama sebulan mereka ditempatkan di 7figure untuk belajar selok belok perniagaan khususnya didalam bidang pembaikan komputer.

Terharu rasanya bila bekas pelajar datang menziarah. Terima kasih Adib. Mana la pelajar yang lain tu ye?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Menerima Kunjungan Dari Rakan Facebook


Terima kasih la Suzita Kadir sebab sudi singgah kat Seven Figure Sdn Bhd, my office.

Tak sangka orang Johor Baharu datang bertandang ye. Actually Suzita turun Kuala Lumpur sebab ada urusan lain. Kebetulan dah dekat my office so dia singgah la. Sempat jugak update FB tu, tengok la gambo kat atas tu.

Kalau nak tahu lebih lanjut atau nak berkenalan dengan suzita boleh la layari blog dia kat http://www.preciselysuzy.com
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Most Wanted Best Adsense Tips And Secrets


AdSense Tip 1: Find Best keywords for your content


Before serving ads on a web page, check its keyword density. You can find many free keyword analyzer tools in internet searching the word "free keyword analyzer".

AdSense Tip 2: Improve your keywords


Get keyword suggestions from Google AdWords Sandbox. Get new keywords that can help you improve your ad relevance.

AdSense Tip 3: Make content rich websites


This means that content-rich websites of a popular topic should attract a large amount of ads.

AdSense Tip 4: Write a new page/blog post every day


This is very important. The more content you have, the more visitors you will get. Put an Adsense unit on each and every content page of your site.

AdSense Tip 5: Choose the right AdSense format


The top three AdSense formats are for many webmasters:

336x280 large rectangle
300x250 medium rectangle
160x600 wide skyscraper

Another successful format is the 728x15 horizontal ad links, that can be placed under your navigation bar.

Use "Allowed site" feature of adsense to protect yourselves.If anyone put adsense codes in their websites you must not worried about it.

AdSense Tip 6: Adsense Color tips


When creating your Google AdSense ads it is recommended to use the color scheme and style of your website so that the ads blend in well.Google Ads with no background color and no borders will always perform better. Make the border color and background color same as your page background color.

AdSense Tip 7: Position tips


Place the AdSense ads in a prominent place around the top/left part of your page or under your headlines.

For short articles, CTR is best when ads are placed just above the content.

For long articles, CTR will improve if you place ads somewhere in middle of the content or just where the article ends.

Use Text Ads instead of Image Ads as users get more options and the payout is often higher.

Important:Don't places images next to Google ads as that will invite a permanent ban to your AdSense account.

AdSense Tip 8: Increase the number of ads, but not too much


If you have a lot of text on a page, use multiple AdSense units. You can use up to three AdSense units on a page, two AdSense search boxes and one unit of ad links.

AdSense Tip 9: Preview Google ads


You can find out what ads will be served by Google AdSense if you install Google AdSense Preview Tool, a very simple tool available only for Internet Explorer 6.0. Click to advertiser sites without generating invalid clicks, and easily add their URLs to your URL filter list. Because AdSense uses geo-targeting, Google serves different ads for other countries.

AdSense Tip 10: What not to do with adsense


Don't click on your own ads
Don't ask others to click on your Google ads
Don't manually change AdSense code
Don't place Google ads on sites that include prohibited content (e.g.: adult sites)
Don't employ cloaking, hidden text or farm links
Don't use AdSense ads on the same page with similar ads (e.g.: Yahoo Publisher Network)
And also don't refresh your site excessively.

AdSense Tip 11: Use section targeting


Use section targeting to emphasize some content in your page.To know more about section targeting read this article.

AdSense Tip 12: Your Google ads should be visible


Make sure your text ads are visible well to the surfers in all screen formats.

AdSense Tip 13: Use AdSense channels


You can categorize the content of your website into channels and then track your performance. This way you can experiment with different types of ads and see which is performing the best.

AdSense Tip 14: Follow Adsense Programme Polices


Strictly follow the rules mentioned in Adsense policies. You will always earn more monet from Adsense if you do it.

AdSense Tip 15:Never modify the Google Adsense HTML code


If have trouble embedding AdSense code in your Blogger template, read these articles.

AdSense Tip 16: Don't place ads in pop-up windows,error pages,empty pages


You must always remember to not to do it.

AdSense Tip 17: Don't start a "MFA"(made for adsense) web site


You will never make money out these Made for Adsense websites. Instead, write on topics what you are passionate about. Don't waste your money and time searching on high-paying adsense keywords lists.

AdSense Tip 18: Block Low Paying Adsense Ads


Block low paying advertisers with Filters.For more info read this article.

AdSense Tip 19: Adsense For Search


Always select the setting to open Google Adsense search box results in a new browser window, so you won't lose your visitors.

Source: http://www.bloggertipandtrick.net/2009/10/most-wanted-adsense-tipssecretstricks.html

Tuesday, December 15, 2009

Alhamdulillah, Sempurna Sudah Pengkebumian Kekanda Tercinta

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, December 14, 2009

Saat Mengenal Siap Rakan Siapa Sahabat

Saya merasa sungguh terharu bila melihat sahabat-sahabat arwah Yeop datang menjenguk seketika ketika kami menunggu penerbangan seterusnya ke kuching sarawak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Perginya Tidak Kembali

Tak tahu nak mulakan blog nie. Namun ku gagahkan juga mengarang untuk meluahkan apa yang terbuku dihati.

Adam bin Ariffin satu nama yang disanjung dan hormati sebagai abang sulung kami sekeluarga. Selepas pemergian Arwah ayah Ariffin bin Uda Tais, Adam atau lebih disenangi dengan panggilan Yeop memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Tepat jam 6.00 petang tanggal 13/12/2009 Yeop menghembuskan nafasnya setelah koma selama 13jam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, December 13, 2009

Suka Bertukar Menjadi Duka

Tintaku terhenti..... hanya doa yang ku perlukan buat masa dan ketika ini. Abang kesayangan ku Adam Bin Ariffin diberitakan Kritikal buat masa ini di hospital kuala trengganu.

Dikesempatan menunggu flight di Subang Airport untuk ke Kuala Trengganu ku ambil untuk menulis blog ini bagi memohon sokongan dan doa dari sahabat dan rakan2 ku agar mendoakan abangku Adam Bin Ariffin moga cepat sembuh dan dipelihara oleh Allah SWT.

Sesampainya aku di Airport Subang Pada 11pm 12/12/2009 tiba2 mobile  phone ku berdering. Aku menerima panggilan mengatakan abangku sedang kritikal. Terpaku dan terkejut aku, walhal baru tadi elok berbual dan bergurau semasa meraikan perkahwinan abangku Hatta Bin Ariffin mengakhiri zaman bujangnya. Belum pun habis ku bersuka sekarang aku sedang berduka.

Adam Bin Ariffin adalah abangku yang sulung yang telah banyak mendorong dan memberi sumber inspirasi terutamanya dalam bidang perniagaan, kerana hajatku ingin menjadi businessmen yang berjaya macam dia jugak. berita yang ku terima betul-betul memilukan. Aduh.... air mata ku mula bergenang ketika menulis blog ini.

Aku percaya hanya doa dari rakan dan sahabat kalian dapat membantu abangku sembuh. Ku gagahkan juga untuk mengarang Blog ini, sambil menunggu flightku tiba pada pukul 3.00pm ini.

Abangku dimasukkan kehospital bila beliau pitam selepas bermain golf dengan sahabat karibnya selepas majlis persandingan abangku hatta selesai. Menurut doktor paru2nya dipenuhi air. 3 tahun yang lepas abang ku adam telah dibypass jantungnya kerana tersumbat. selepas pembedahan yang lalu beliau amat sihat dan cergas.

Aduh.... saya tak boleh nak teruskan lagi penulisan blog ini sebab air mata tengah mengalir. Akhirkata, doakan agar abangku Adam bin ariffin cepat sembuh. Amin...... (terima kasih kepada yang mendoakan kesejahteraan abangku adam bin ariffin)

Saturday, December 12, 2009

Menaiki FireFly Ke Kuala Trengganu

Penerbangan yang mengambil masa satu jam cukup selesa sebab sit cuma berpasangan instead of bertiga.

4.30 pagi dah bangun dan bersiap menuju ke subang. Dah lama juga saya tak naik kapal terbang. Kali terakhir kalau tak silap ialah trip ke Padang Indonesia.

Ok la dah nak take off. C u
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, December 11, 2009

Lepak Bersama Teman-teman Semasa Sekolah Izzuddin Shah Ipoh

Lebih kurang 20 tahun yang lampau inilah diantara teman2 sepermainanku. Study sama-sama, makan sama-sama, susah sama-sama, senang sama-sama, suka sama-sama dan duka sama-sama.

Tapi kini masing-masing dengan kerjaya masing-masing dan komitment tersendiri.

Namun disebabkan asas persahabatan yang kukuh telah terjalin 20 tahun lampau maka terpanggil untuk berjumpa da menyambung kembali silatulrahim.

InsyaAllah, pada 26/12/2009 ini akan diadakan small gathering untuk bekas pelajar Sekolah Izzuddin Shah Ipoh Perak bertempat di sekolah tersebut. So moh kite... :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hari Terakhir Seminar New Media di KL tahun 2009

Seronok dan terharu saya ketika berkongsi pengalaman dengan para peserta tentang penggunaan new media untuk memasarkan perniagaan mereka.

Seronok sebab para peserta menghargai apa yang kita sampaikan. Terharu sebab ada yang sanggup datang dari Perlis untuk menimba ilmu berkenaan new media ini.

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada para peserta seminar kerana anda sanggup meluangkan masa menghadiri seminar new media ini.

Disebabkan permintaan yang tinggi serta ingin memberi peluang kepada mereka yang jauh dari Kuala Lumpur, maka pihak penganjur Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia (PPIPBM) akan adakan satu lagi siri seminar bagi melabuhkan tirai 2009 di Perak. Sila rujuk http://www.ppipbm.org.my untuk maklumat lanjut.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tips Perniagaan 2

Nak berniaga?
Kenapa nak berniaga?
Apa yang nak diniagakan?
Macam mana nak mulakan perniagaan?
Boleh survive ke kalau aku berhenti kerja dan berniaga?
Berniaga tu apa ya?
Macam mana nak cari modal untuk berniaga?
Nak berniaga sorang2 ke nak kena partner?

Emmmm... Actually banyak soalan kita perlu tanya pada diri sendiri sebelum kita membuat keputusan untuk berniaga daripada makan gaji. Memang mudah melihat orang yang berniaga tu berjaya. Tapi kebanyakkan kita hanya fokus kepada kejayaan peniaga itu sendiri tanpa mengambil tahu jatuh bangun peniaga itu.

Berapa ramai daripada kita yang meluangkan masa untuk duduk semeja dan bertanya atau belajar dgn mereka yang berjaya. Dan berapa ramai pula peniaga yg berjaya sanggup luangkan masa utk bantu anda.

Dalam hal ini ramai juga yg terperangkap dgn iklan dan janji manis mereka yg ambil kesempatan keatas kelemahan anda, yg kononnya ingin membantu anda.

Sampaikan pada satu tahap ramai yg serik untuk berniaga. Berniaga bukan sesuatu yang mudah macam kita decide untuk beli baju atau makan kat kedai. Banyak senarai soalan yg anda perlu tanya dan sediakan jawapannya.

Untuk mendapatkan jawapan tersebut, sila ikuti pemkembangan blog saya ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, December 09, 2009

Jom cerita pasal makan pulak


Hahaha... Saya kalau bab makan nie nombor 1. Tolak batu dengan kayu je. Tapi ubi kayu dan jambu batu bedal jugak.

Ha... Jangan tak tau, saya bukan pandai makan je. Memasak pun pandai jugak. Teringat zaman dulu-dulu ketika menjadi tukang masak asrama di sekolah Chenderong Balai di teluk intan. Tapi cara saya masak pelik sikit, sebab tak ikut format hanya berdasarkan imejinasi dan gerak hati.

Emmmm makanan yang saya paling suka ialah kweteow goreng. Opah saya kalau saya pergi rumah dia, confirm akan masakkan utk saya. Lama dah x pergi melawat opah di gunung rapat ipoh.

Bertuah saya dapat beristerikan org yg pandai masak. Tu pasal la badan sihat semacam. Hehehe

Rasanya bakat memasak saya nie adalah dari arwah bapak saya. Kalau time kenduri kawin confirm bapak saya jadi tukang masaknya. Tapi sayang... Arwah bapak tak sempat nak masakkan untuk anak ketujuhnya yang nakal nie. (Aduh sedih la pulak bila teringat arwah bapak) - meleleh jugak airmataku ketika menulis blog nie.

Kepada yang masih ada ayah, sayangilah mereka ketika mereka ada. Alhamdulliah saya masih ada ibu. Mak... I love you so much
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kickoff Meeting New Media Consulting Sdn Bhd

Alhamdulillah.... baru je habis meeting untuk penubuhan syarikat baru New Media Consulting Sdn Bhd. Terima kasih kepada sahabat2 yang hadir dan sudi menjadi partner untuk syarikat baru ini.

Monday, December 07, 2009

Seminar New Media Anjuran PPIPBM

Bulan ini kalau tak salah adalah bulan terakhir seminar new media yang dianjurkan oleh PPIPBM.

Seminar ini bagus untuk disertai oleh mereka yang sudah mempunyai perniagaan tetapi kurang pendedahan tentang pemasaran internet atau internet marketing. Alhamdulillah para penceramah terdiri dari mereka yang berpengalaman dari pelbagai bidang berkaitan strategi pemasaran terutamanya penggunaan new media atau social media yang sedang hebat digunakan sekarang.

Diantara topik yang dibincangkan ialah Search Engine Optimization (SEO), Social Networking, Social Media dan eCommerce. Siapa yang ingin turut serta boleh la mendaftar di http://www.ppipbm.org.my
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dari FB Saifuddin Abdullah: 5 Dis iaitu Hari Sukarelawan A"bangsa berlalu hampir tanpa sesiapa perasan ttg kewujudan hari tersebut.

Farid Izahar
Hari Sukarelawan apa YB?
about an hour ago
Saifuddin Abdullah
Saifuddin Abdullah
United Nations telah lama isytihar 5 Dis sbg Hari Sukarelawan a"bangsa, sbg pengiktirafan trhadap mereka yg jadi sukarelawan full time /part time. Juga utk menyegarkan semangat kesukarelaan.
about an hour ago
Zul Azhar Cha
Zul Azhar Cha
kenapa jadi begitu Dato'?
about an hour ago
Saifuddin Abdullah
Saifuddin Abdullah
Kita tak begitu merayakan hari2 yg penting tetapi tak ada nilai komersial - agaknya. Atau kerajaan kurang beri perhatian pd hari2 peringkat a'bangsa tertentu, tapi beri perhatian pd hari2 a'bangsa lain spt hari AIDS, Wanita, Kanak2. Mungkin krn tak ada kementerian yg jaga kesukarelaan...
about an hour ago
Mohd Faizal
Mohd Faizal
Sori Dato..tak berniat nak tunjuk pandai..tapi sekadar meluah pandangan..BHEPP,JPT,KPT bahagian yg bertangungjawab atas semua program mahasiswa semalaysia..Ketua Pengarah JPT memakai pangkat pegawai kanan SUKSIS secara sukarela seharusnya ada satu program peringkat kebangsaan melibatkan semua mahasiswa IPT yg terlibat dalam program badan berunifrom secara sukarela dan badan NGO lain..
about an hour ago
Khir Ariffin
Khir Ariffin
la... dah lepas ke.... x tau pulak ada hari Sukarelawan :(
about an hour ago
Azrin Dato' Azizan
Azrin Dato' Azizan
Aku tau hari Isnin smpai Ahad je..
about an hour ago
Khir AriffinKhir AriffinKesian mahasiswa sekarang, bagi pandangan saya ianya nampak layu dan lesu. Masa saya dulu siap boleh berniaga dalam kolej. Lepas saya grad, dengar cerita student dah tak boleh berniaga.

Atas apa alasan tidak dibenarkan berniaga tak tahu la... walhal ada satu kursus tu diwajibkan belajar yakni asas keusahawan. masa belajarlah sepatutnya dipupuk budaya berniaga.

Mungkin lari topik sikit, tapi apa yang saya nak pertekankan ialah kita kena bagi ruang dan peluang untuk pelajar bergerak aktif dan creatif. Kalau banyak sangat sekatan dan larangan maka ada yang terbantut nanti. Akhirnya mereka bosan dan menyalurkan kebosanan tu ke tempat yang tak sepatutnya.

Kesimpulannya.... budaya sukarelawan nie amat-amatlah penting dan sepatutnya diambil perhatian serius agar dapat menangani banyak isu dan gejala negatif.

Teringat Masa Jamuan Makan Malam Bersama Menteri Wilayah

Terima kasih Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia(PPIPBM) kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk turut menyumbang tenaga bagi menjayakan Majlis ini.

PPIPBM lah yang memberi saya peluang untuk aktif semula berpersatuan. Masa zaman belajar dulu memang aktif sangat-sangat, jawatan tertinggi ialah pengerusi Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif di UiTM shah alam.

Banyak kenangan manis dalam bepersatuan nie. Nanti saya ceritakan sedikit kenangan silam bepersatuan diblog nie. Nantikan....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tip Perniagaan 1

Teringat masa mula-mula starting business dulu. Betullah kata arwah bapak saya dulu, beliau hanya mampu bagi pelajaran sahaja sebagai harta peninggalan.

Alhamdulillah, berkat didikan dan pelajaran yang diterima saya memulakan perniagaan dengan bermodalkan Ilmu pengetahuan.

Macam mana seterusnya? Sila follow blog saya. InsyaAllah saya ceritakan sedikit demi sedikit pengalaman saya didalam memulakan perniagaan saya. Ok bersambung....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Member masa buat Master dulu datang berkunjung

Terima kasih sahabatku Mohd Shukri Abd Rahman kerana sudi berkunjung ke Seven Figure Sdn bhd(7Figure) yakni kantor ku yang terletak di Pudu Ulu Cheras.

Shukri nie member saya masa buat Master in Information Management di UiTM dulu. Lepas habis belajar kitorang dah lost contact. Tiba-tiba bro Shukri nie meng Add saya di facebook as a friend. hehehe.... tak sangka ya berjumpa lagi kita. Bro Shukri nie tengah sambung lagi buat Master in Entrepreneurship, dahsyat dia nie... rajin belajar. Dalam masa yang sama bekerja pulak tu... dalam bidang penulisan.

Lama tak jumpa so... macam-macam topik la kitorang discuss. Pasal business, marketing, social media, social networking. Dan macam-malam la... hehehe.... ok la... cukup update blog for today. x leh panjang2 nanti korang malas nak baca pulak. :) Apakabar rakan-rakan Master ku yang lain ye.....

Sunday, December 06, 2009

LITERASI MAYA -EDISI KE 2 DI KOMPLEKS JAPERUN AYER MOLEK MELAKA


Penyampaian Kutipan Yuran Literasi Maya yang disumbangkan kepada Ummi, wakil dari Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah bersama dengan cenderahati Laman Portal ihsan dari Seven Figure Sdn Bhd disampaikan oleh En. Khalid Jaafar

Ayer Molek, 17 Jun 2008 - Seven Figure Sdn Bhd (7Figure) dengan kerjasama Institut Kajian Dasar (IKD) dan Konrad Adenauer Stiftung telah mengajurkan Seminar Literasi Maya Edisi ke-2 yang berlangsung pada 14 dan 15 Jun 2008 yang lalu, bertempat di Kompleks Japerun Ayer Molek, Melaka mendapat sambutan yang positif daripada penduduk kampung serta para pelajar yang menyertainya.

Ini merupakan titik permulaan bagi seminar ini, menjadi program teras masyarakat luar Bandar pada musim 2008.

Selepas mengecapi kejayaan yang memberangsangkan daripada Edisi Pertama dan Kedua, 7Figure yakin program ini bakal menerajui pasaran siber yang kian menular di Malaysia.

Menurut Pengarah Eksekutif IKD, En. Khalid Jaafar, program Seminar Literasi Maya ini patut diteruskan terutama di kawasan luar bandar bagi memberikan latihan berbentuk pendedahan dan pendekatan yang mudah mengenai ICT demi mewujudkan satu kelompok generasi kelas pertama tanpa mengira had umur.

Beliau juga ketika ditanya oleh media berkata, “Usaha yang telah di laksanakan oleh pihak 7Figure haruslah dipuji kerana tanpa adanya badan-badan seperti mereka, maka masyarakat luar Bandar akan selamanya ketinggalan di belakang”.

Penyertaan kali ini telah mencapai target sasaran dan objektif program sebenar semasa ia berlangsung. Meskipun begitu, masih kedapatan masyarakat yang tidak mengendahkan akan kepentingan program ini.

Pengarah Eksekutif 7Figure, En Khir Ariffin menegaskan di dalam ucapannya, “Program seperti ini bertujuan untuk mendidik masyarakat luar bandar menjadi masyarakat terpelajar, berpengetahuan luas dan tidak selamanya tinggal di bawah gelas kaca”.


Bersempena dengan konsep berkhidmat sambil beramal, 7Figure telah menyumbangkan kutipan dana RM 500 dan satu portal Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zahra kepada wakilnya iaitu Pn. Abibah.

Ketika ditemubual, Pn Abibah berkata, “ Saya begitu mengharapkan agar lebih ramai wakil-wakil perbadanan yang sudi tampil kehadapan untuk membantu anak-anak yatim ini, boleh bersaing dengan anak-anak yang lain di masa hadapan”.

Turut menjayakan program ini adalah wakil daripada IKD, anak-anak yatim Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah.



Pelajar-pelajar dari Kompleks Rumah Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah dengan dibantu oleh Wakil 7figure, Norazila.

"Talk Show" yang diadakan didalam Seminar menjurus kepada berkongsi pengetahuan dan pengalaman berkenaan penggunaan internet secara positif.