Senyum.... senyum...
Sunday, January 24, 2010
Monday, January 11, 2010
Kursus 'Blogging Untuk Wanita Yang Ingin Bekerja Dari Rumah''
| Host: | |
| Type: | |
| Network: | Global |
| Date: | Sunday, January 24, 2010 |
| Time: | 9:00am - 1:30pm |
| Location: | 2-2, Vila Shoplex, Pudu Imipian III |
| Street: | Jalan 1/92B, Off Jalan Pudu Hulu, Cheras |
| City/Town: | Kuala Lumpur, Malaysia |
Description
Negara kita banyak kehilangan idea bernas, tenaga produktiviti, kreativiti dan kepakaran dari kaum wanita yang membuat keputusan untuk menjadi surirumah, demi masa depan keluarga mereka. Bukan sahaja ini merugikan sumber kemanusiaan yang ada di negara kita, malahan ia tidak banyak membantu kaum wanita membangun ekonomi keluarga mereka sendiri.
Oleh yang demikian, kami dari New Media Consulting Sdn Bhd, ingin mengubah trend ini dan membantu kaum wanita agar dapat menghasilkan sumber pendapatan hanya dengan bekerja dari rumah sahaja, dengan menggunakan teknologi internet dan beberapa applikasi tertentu yang sudah dikenal-pasti dapat membantu mereka dengan berkesan
Sasaran utama kami adalah :-
1) Surirumah yang ingin membina sumber pendapatan
2) Wanita bekerja yang ingin memulakan kerjaya baru dari rumah
Kesesuaian Peserta :-
1) Kaum wanita peringkat BEGINNERS yang memiliki pengetahuan asas tentang penggunaan komputer, internet & email.
Objektif utama kami : -
1) Mendidik kaum wanita tentang konsep bekerja dari rumah melalui penggunaan internet
2) Membantu kaum wanita mewujudkan kerjaya baru dan menjana pendapatan dari rumah
Kursus permulaan ini banyak menyentuh tentang pembinaan blog sebagai alat untuk membuka kerjaya baru di internet. Anda akan diajar pelbagai tips dan panduan untuk pembinaan blog yang berkesan, oleh konsultan kami yang mempunyai pengetahuan tinggi & pengalaman luas di dalam teknologi IT dan internet.
Butiran topik yang akan disentuh dalam workshop, akan diumumkan kemudian kepada peserta yang berminat sahaja.
Harga Biasa Kursus ini adalah RM150 seorang. Walaubagaimana pun, sekiranya anda menjadi fan kepada 3 fanpage di bawah, anda hanya perlu membayar RM20 sahaja (kos lain ditaja oleh Seven Figure Sdn Bhd & SimpanDuit Consulting).
New Media Consulting Sdn Bhd - http://www.facebook.com/pages/New-Media-Consulting-Sdn-Bhd/193773472938?ref=ts
Seven Figure Sdn Bhd - http://www.facebook.com/7figure
SimpanDuit Consulting - http://www.facebook.com/pages/SimpanDuitcom/121397274095?ref=ts
TEMPAT TERHAD KEPADA 20 ORANG SAHAJA UNTUK KURSUS PERTAMA INI. Sila SMS nama penuh dan alamat email anda ke 012-2011-555 untuk pendaftaran. Maklumat bayaran akan disertakan di dalam SMS nanti.
Syarat Kehadiran :-
1) Setiap peserta digalakkan membawa komputer riba & broadband sendiri. Kemudahan wifi akan disediakan untuk memudahkan mereka yang tidak mempunyai broadband mobile.
2) Jika anda tidak mempunyai komputer tetapi sangat berminat untuk menyertai kursus ini, kami akan cuba menyediakan komputer untuk anda. Sila beritahu pihak kami dari awal supaya komputer dapat disediakan.

Untuk Mendaftar, Klik Sini: http://www.facebook.com/event.php?eid=273070756281
Sunday, January 10, 2010
Makaroni Kari Bertelur
Hahaha... Boring punya pasal, hari saya berjaya mencipta satu lagi resepi. Idea nie timbul bila perut lapar dan malas kekedai.
Firts tengok makaroni ada dalam peti, lepas tu tengok kari semalam ada lagi. Yeah! Idea pun mari.
Maka terhasillah resepi baru macam dalam gambo tu. Amacam? Best tak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, January 09, 2010
Usahawan IKS dapat manfaat
Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK
saiful.sahak@utusan.com.my
HULU SELANGOR 8 Jan. – Golongan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) turut mendapat manfaat daripada Program Juara Rakyat apabila berpeluang mempromosikan produk mereka sepanjang program itu berlangsung.saiful.sahak@utusan.com.my
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, program itu merupakan antara usaha kerajaan dalam menerapkan budaya keusahawanan di kalangan masyarakat bumiputera.
‘‘Melalui program sebegini, mereka dapat mempamerkan serta memperkenalkan produk-produk keluaran mereka di pasaran tempatan.
‘‘Pembabitan pengusaha IKS mendedahkan mereka tentang pengurusan sesuatu perniagaan untuk mendapat pulangan yang baik,’’ katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan 125 gerai pameran Program Juara Rakyat di Bandar Bukit Sentosa di sini hari ini.
Program tiga hari itu bermula hari ini sehingga Ahad.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan program itu esok.
Program Juara Rakyat dilaksanakan mengikut tema di setiap 191 Bahagian UMNO di seluruh negara pada setiap bulan.
Menurut Mohd. Shafie, program yang julung-julung kali diadakan itu melibatkan kira-kira 20 pengusaha IKS tempatan.
“Lebih 125 tapak gerai disediakan untuk peniaga IKS, agensi-agensi kerajaan dan swasta dan mereka mempunyai pelbagai cara untuk menarik perhatian pembeli sepanjang program ini,’’ ujarnya.
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0109&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_24.htm&arc=hive
Monday, January 04, 2010
Terkenang Semasa Dulu
Khir Ariffin menerima SMS, senarai barang dapur yg perlu dibeli. hahaha.... teringat masa kecik2 dulu bila mak suruh pergi kedai, banyak sangat pesanan sampai terlupa dan terpaksa patah balik. "Mak suruh beli apa tadi, lupa la". Now dah canggih.... SMS je... :)
Khir Ariffin menerima SMS, senarai barang dapur yg perlu dibeli. hahaha.... teringat masa kecik2 dulu bila mak suruh pergi kedai, banyak sangat pesanan sampai terlupa dan terpaksa patah balik. "Mak suruh beli apa tadi, lupa la". Now dah canggih.... SMS je... :)58 minutes ago · Comment ·LikeUnlike · View Feedback (13)Hide Feedback (13)Edlina Yusof and Sya'arani Supandi like this.
Irnita Reduan suami mithali...jgn lupa beli ya..
57 minutes ago · Khir Ariffin hahahah.... mesti lah kena beli... kalau x mis soru la... malam nie.... keh keh keh...
56 minutes ago · Sya'arani Supandi dunia semakin maju khir...kalau dulu beli barang siap salah beli ...lepastu kena la tebal muka mintak tukar balik kat kedai hehhe...
53 minutes ago · Shah Shahe khir - mak aku siap buat list dulu soh aku pi kdai. kayuh la beskal, pi beli brg. heh.
53 minutes ago · Khir Ariffin Sya'arani, hahaha.... betul tu.... bab kena tukar balik tu yang hampeh. terpaksa buat muka kesian....
Shah, masa tu kau dah pandai baca ke.... atau kau main tunjuk kat pakcik kedai je.... hehehehe
Bestkan sesekali mengimbau kenangan lama... masa zaman dedolu.... itu x masuk lagi kenangan hari pertama persekolahan. hahaha....
50 minutes ago · Shah Shahe sah2 la aku bg tokey kdai je trus list tu. pernah dok kayuh beskal, list jatuh. smpai kdai, dah pucat. hehe
46 minutes ago · Khir Ariffin hahahaha.... lawak la... cerita ko Shah, nie kalau buat drama sure penonton pecah perut gelak...
41 minutes ago · Mohd Hamizar Hamid dulu aku pernah beli cili boh mak pesan, pastu masa naik tangga umah flet plastik cili boh pecah, masuk mata.. huhu
40 minutes ago · Khir Ariffin Hamizar, patut la... aku tengok mata ko sepet sebelah... hahaha.... gurau je... :)
39 minutes ago · Shah Shahe btol Khir. t'paksa la kayuh balik rmh, kena piat telinga. as denda - dpt list bru, kena kayuh pi kdai balik, kena gelak dek tokey kdai. heh.
39 minutes ago · Khir Ariffin Shah, beskal yang ko kayuh tu ada lagi tak? kalau ada upload sikit.... nak tengok.... hehehehe
38 minutes ago ·

Thursday, December 31, 2009
Selamat Menyambut Tahun Baru 2010.
Selamat tinggal 2009, segala kenangan pahit dan manis akan disematkan menjadi pedoman dan dorongan untuk mengharungi 2010.
Dalam blog ini telah terakam sebahagian pahit manis kehidupanku yang dapat dikongsi buat tatapan para pengujung sekalian.
Moga 2010 menjadi sinar dan harapan baik dari segi perniagaan, peribadi dan kesihatan.
Tidak banyak untukku coretkan disini, dek kekenyangan santapan yang lazat dan berzat.
Moga berjumpa lagi tahun hadapan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Dalam blog ini telah terakam sebahagian pahit manis kehidupanku yang dapat dikongsi buat tatapan para pengujung sekalian.
Moga 2010 menjadi sinar dan harapan baik dari segi perniagaan, peribadi dan kesihatan.
Tidak banyak untukku coretkan disini, dek kekenyangan santapan yang lazat dan berzat.
Moga berjumpa lagi tahun hadapan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Monday, December 28, 2009
Maafkan Kami Ustaz.
Sebak dan terharu kami apabila disambut oleh wajah seorang yang pernah berjasa mendidik anak bangsa.
Ustaz Zambry adalah salah seorang pengetua yang amat disegani. Tegas didalam membuat keputusan. Kini didalam usia menjangkau 70tahun, ustaz masih mengingati kami yang terkenal dengan kenakalannyan.
Ada yang lega setelah 20 tahun menyimpan hasrat untuk membuat pengakuan kepada Ustaz, "Saya minta maaf ustaz, sayalah yang calarkan kerta ustaz dulu" kata salah seorang bekas murid yg kelihatan terpancar cahaya kelegaan dan terhapuslah beban yang ditanggung.
Rata2 yang hadir menziarahi ustaz pada 27 disember 2009 yg lalu pernah dirotan oleh ustaz termasuklah saya. Hehehe. Terima kasih ustaz sebab rotan saya dulu. Berkat ustaz rotan saya jadi orang. Kalau tak mungkin jadi apa tah.
Mungkin berkat keikhlasan didalam mendidik maka semua sahabatku menjadi insan yang berguna. Ada yang diberi tanggung jawab untuk bebakti kepada adik2 di SIS seperti Ustaz Munawir.
Ekoran dari ziarah tempohari, saya selaku pengerusi Perikatan XSIS87 ingin mencadangkan aktiviti "Jejak Ziarah". Kita akan mencari dan menziarahi guru2 dan ustaz2 yang berjasa mendidik kita.
Amacam setuju tak?

Sunday, December 27, 2009
Reunion XSIS87 (26 - 27 Disember 2009
Selamat berjumpa lagi tahun depan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Penubuhan XSIS87
Alhamdulillah, tanggal 26 Disember 2009 bekas pelajar Sekolah Izzuddin Shah kemasukan 1987 berjaya membuat perjumpaan sulungnya.
Yang paling membanggakan kami berjaya mengumpulkan seramai lebih kurang 40 orang XSIS87.
Bermula dengan pendaftaran di Blok Bukhari pada pukul 2petang, seorang demi seorang muncul mengamatkan suasana. Mana tidaknya, dah 20 tahun tidak berjumpa. Pelbagai cerita nak dikongsi bersama.
Petangnya pulak, macam biasa la. Aktiviti sukan, bolasepak. Badan masing2 macam dah berbadan dua. Lari sikit dah termengah2. Ada yang meletup urat katanya.
Maghrib pula berjamaah bersama disurau. Disusuli pula dengan bacaan tahlil. Terima kasih teman2 kerana sudi membaca tahlil untuk arwah abangku adam.
Selesai tahlil terus kami membuat sesi taaruf atau masing2 bercerita ringkasan kisah hidupnya. Rasa bangga juga, semua sahabatku menjadi orang yg berjaya dalam kerjaya dan dalam bekeluarga.
Haaaaa tibalah acara yg dinantikan yakni acara makan. Hahaha. BBQ beb, makan sampai pecah perut. Tahniah kepada penganjur diatas kelancaran program.
Azman Om Wakil dari alumni SISTA (bedahari) sempat memnyampaikan pesanan.
Majlis makan dihentikan seketika sebab nak gi meeting pulak. Asalnya meeting tu esok, tapi taku ramai yg dah cabut maka kami awalkan.
Meeting nie adalah bertujuan menubuhkan XSIS87.
Berikut adalah senarai AJK
Pengerusi - Khir Ariffin
Naib Pengerusi - Ustaz Munawir
Setiausaha - Faizal Rathwan
Bendahari - Khairul Anwar (Own)
Region Utara - Meor Shukri
Region Tengah - Ziham
Region Timur - Zulhasmi Zabidi
Region M'sia Timu - Ijam
Majlis disambung dengan makan dan terus gi ngeteh di Vanggey.

Saturday, December 26, 2009
Tidak Ada Alasan Untuk Berjaya
Ya! Cuma kita boleh mencipta sebab untuk kita berjaya.
Sebab apa kita masih terus bekerja?
Sebab apa kita masih terus berusaha?
Sebab apa kita masih terus berniaga?
Sebab yang kuat akan menjadi pendorong yang kuat. Namun, sebab sahaja belum cukup untuk mencapai kejayaan. Kejayaan juga boleh dicapai secara berperingkat agar memberi peluang dan ruang untuk kita terus mara kehadapan.
Saya sering mengamalkan PDCA dalam mencapai sesuatu kejayaan. Kejayaan atau matlamat atau milestone pula saya pecahkan kepada 3 peringkat iaitu jangka pendek, sederhana dan jangka panjang.
Apa itu PDCA?
P - Planning
D - Do
C - Correction
A - Action
PDCA merupakan satu kitaran dalam mencapai kejayaan. Kita perlu merancang terlebih dahulu. Namun janganlah terlalu lama dan terlalu teliti perancangan tersebut. Sebab takut nanti kita buang masa merancang je... Buatnya tidak. Ini yang banyak berlaku.
Perancangan yang ringkas dan padan perlu disusuli dangan "Do" iaitu buat. Jangan cerita je lebih, jangan cakap je berapi-api tapi buatnya tidak.
Kita kena pantas melaksanakannya untuk mengetahui hasil dari perancangan yg dibuat agar kita boleh buat "Correction" yakni pembetulan atau penambah baikan.
Dan akhir sekali ialah "Action" yakni tindakan terhadap "Correction" yang telah dikenal pasti tadi.
Kitaran PDCA bolehlah diulang berdasarkan pencapaian atau kejayaan yang diinginkan.
Tapi ingat! Jangan ulang perkara atau proses yang telah dibincangkan sebab buang masa sahaja fokus kepada perkara yang anda telah tahu keputusannya.
Ok selamat berjaya. Adios...

Friday, December 25, 2009
Tazkirah Sebelum Khutbah Jumaat
30 tahun - Tidur
15 tahun - Makan
10 tahun - Toilet
2 1/2 tahun - Ibadat
Layak kah kita masuk syurga?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
15 tahun - Makan
10 tahun - Toilet
2 1/2 tahun - Ibadat
Layak kah kita masuk syurga?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thursday, December 24, 2009
Kisah Hartawan Hartanah
Saya merasa bangga dengan member sekolah saya yang sorang nie Meor Zaidee atau ingin dikenali sebagai abang ensem di alam maya. errrr.... ensem ke?
Cuba tengok gambo dia nie.....
Rasanya ensem aku lagi, hahahaha..... tapi misai di tu yang mahal.... macam misai Dato' K hubby si Siti Nurhaliza tu....
hahahaha..... tak pe yang pentingnya kalau ada sesiapa yang berminat nak jadi hartawan hartanah boleh la... ikuti blog abangensem nie di http://abangensem.blogspot.com/

Wednesday, December 23, 2009
Dah Lama Juga Rasanya Tak Pekena Roti Telor
Alhamdulliah, hari ini banyak urusan selesai. Minggu ini rasanya yang paling padat sekali dengan urusan perniagaan.
Tiba-tiba pulak ada selera nak order roti telur. Dah lama juga rasanya x makan roti telur. Bukannya apa, sejak akhir2 nie rasa macam dah muak pulak nak makan kat kedai Mamak.
Hairan juga ya, kedai mamak nie dah tumbuh macam cendawan. Mana perginya kedai2 Melayu. Kita dok kecoh pasal makanan halal tapi yang kita dok makan hari2 disediakan oleh siapa dan kedai makan tu siapa yang punya dan wang yang kita dok kutip hari2 akhirnya jatuh ke tangan siapa?
Perasan atau tidak kedai makan banyak dikuasai Warga Thailand, Mamak atau yg bertopengkan Mamak dan yg terbaru adalah konsep kopitiam yg dimiliki oleh org cina, er halal ke?
Rata2 ramai yg dah x ambil berat soal halal haram pasal makan, walhal itulah perkara asas yg membentuk hati dan darah daging. Mungkin ini punca rakyat M'sia macam dah hilang punca.
Ok la... Nak makan dulu. Dah sejuk roti telur nie.

Sunday, December 20, 2009
Alhamdulillah, Majlis Berjalan Lancar
Terima kasih kepada yang hadir dan memeriahkan Majlis.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Saturday, December 19, 2009
Bergotong-royong Membuat Persiapan Perkahwinan
Seronok teman nengok anak-anak sedara bergotong-royong membuat persiapan perkahwinan untuk ayah uda mereka.
Kecoh dibuatnya bila sanak saudara berkumpul. Macam-macam gelagat, macam-macam kerenah.
Yang bestnya semua anak saudara dah standby bungkus hadiah perangkap untuk bapa saudara mereka. Pasti happening dan pasti kecoh dek gelak ketawa hadirin di malam pengantin nanti.
Teringat masa saya kahwin dulu. Macam2 hadiah perangkap yg dapat. Lesung batu dan periuk belanga buruk pun dapat. Hahahaha.
Mudah-mudahan majlis perkahwinan yang penghabisan ini berjalan lancar pada 20/12/2009.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Kecoh dibuatnya bila sanak saudara berkumpul. Macam-macam gelagat, macam-macam kerenah.
Yang bestnya semua anak saudara dah standby bungkus hadiah perangkap untuk bapa saudara mereka. Pasti happening dan pasti kecoh dek gelak ketawa hadirin di malam pengantin nanti.
Teringat masa saya kahwin dulu. Macam2 hadiah perangkap yg dapat. Lesung batu dan periuk belanga buruk pun dapat. Hahahaha.
Mudah-mudahan majlis perkahwinan yang penghabisan ini berjalan lancar pada 20/12/2009.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sebatang Pokok Semanis Rasa
Inilah berkat berbakti kepada tanah. Pokok jambu nie arwah bapa yang tanam.
Arwah tak sempat pun nak rasa buahnya, tapi alhamdulillah hasilnya dapat dinikmati oleh anak-anak, cucu-cucu bahkan jiran tetangga.
Yang menarik perhatian saya, pokok jambu ni tidak putus-putus berbuah.
Walau hanya sebatang pokok, namun kemanisan buahnya dapat dinikmati pelbagai generasi. Moga arwah bapa ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh. Alfatihah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Arwah tak sempat pun nak rasa buahnya, tapi alhamdulillah hasilnya dapat dinikmati oleh anak-anak, cucu-cucu bahkan jiran tetangga.
Yang menarik perhatian saya, pokok jambu ni tidak putus-putus berbuah.
Walau hanya sebatang pokok, namun kemanisan buahnya dapat dinikmati pelbagai generasi. Moga arwah bapa ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh. Alfatihah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Friday, December 18, 2009
Berhati-hati Di Jalanraya
Dalam perjalanan balik kampung dari Kuala Lumpur ke Parit Perak tadi saya bertembung dengan satu kemalangan yang melibatkan hampir 20 buah kereta.
Nasib baik juga tiada kemalangan jiwa. Musim hujan ni, jangan la bawa kereta laju-laju. Jalan jem akibat kemalangan tersebut.
Kemalangan berlaku beberapa kilometer selepas hentiang Tanjung Malim di PLUS highway.
Alhamdulillah saya sempat solat jumaat di Masjid Tapah tadi. Berhati-hatilah dijalanraya, ingatlah yang tersayang.
Saya dah serik bawak kereta laju-laju masa hujan dan jalan berair, sebab pernah berpusing di Highway Karak. Alhamdulillah tiada kereta yg datang dari arah yg sama.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Nasib baik juga tiada kemalangan jiwa. Musim hujan ni, jangan la bawa kereta laju-laju. Jalan jem akibat kemalangan tersebut.
Kemalangan berlaku beberapa kilometer selepas hentiang Tanjung Malim di PLUS highway.
Alhamdulillah saya sempat solat jumaat di Masjid Tapah tadi. Berhati-hatilah dijalanraya, ingatlah yang tersayang.
Saya dah serik bawak kereta laju-laju masa hujan dan jalan berair, sebab pernah berpusing di Highway Karak. Alhamdulillah tiada kereta yg datang dari arah yg sama.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Berehat Seketika Di Restoran Jejantas Sungai Buluh
Sempena cuti Maal Hijrah nie balik kg kejap la. Tak pasti lagi jalan jem ke tidak. Sebab baru je memulakan perjalanan untuk balik kg di Parit Perak.
Hari ahad nie my brother Hatta bin Ariffin akan melansungkan perkahwinannya diperak pulak. Tapi majlis tersebut akan ditukar kepada majlis bacaan Yassin dan Tahlil untuk arwah abang sulung saya, Adam bin Ariffin yang telah pergi buat selamanya ahad lepas.
Harap-harap perjalanan semua ok. Disini juga saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat Menyambut Maal hijrah".
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Hari ahad nie my brother Hatta bin Ariffin akan melansungkan perkahwinannya diperak pulak. Tapi majlis tersebut akan ditukar kepada majlis bacaan Yassin dan Tahlil untuk arwah abang sulung saya, Adam bin Ariffin yang telah pergi buat selamanya ahad lepas.
Harap-harap perjalanan semua ok. Disini juga saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat Menyambut Maal hijrah".
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Subscribe to:
Posts (Atom)