Alhamdulillah..... Saya dan sahabat sukarelawan yang lain dijemput sekali lagi utk berkongsi maklumat berkenaan aktiviti kembara 4X4 kemboja yang akan bermula 1 November dan berakhir 11 November ini.
Kami akan bertolak menaiki 3 buah 4X4 menyusuri Malaysia -> Thailand -> Vietnam -> Kemboja.
Saya memohon agar para pembaca blog ini mendoakan kesejahteraan kami semua dan dipermudahkan perjalanan.
Jutaan terima kasih juga kepada para penonton TV3 yang baru add saya di Facebook.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Friday, October 21, 2011
Tuesday, October 04, 2011
Perkongsian Maklumat Dana Madrasah Kemboja(DMK) di Radio Salam FM bersama DJ Lin Salsabil
Alhamdulillah.... Subuh tadi saya dan Jasmi Jantan yang saya kenali semasa Ziarah kemboja ramadhan yg lalu selamat berkumandang di udara menerusi corong radio Salam FM.
Kami dijemput khusus oleh DJ Lin Salsabil pada 6.45 pagi tadi selama 15 minit untuk berkongsi pengalaman dan aktiviti DMK di kemboja.
Untuk siaran kali ini kami mengajak para pendengar untuk menyertai ibadah korban di Kemboja yang akan ditutup penyertaannya 7 Oktober ini.
Kami menjangkakan sebanyak 66 ekor lembu korban dapat dikumpul untuk diagihkan ke 33 buah kampung muslim di Wilayah Kampot yang terletak disebelah selatan Kemboja.
Alhamdulillah, setakat ini DMK telah berjaya mengumpul 55 ekor lembu utk tujuan korban. Pengasas DMK, Hj. Zikri Fuad sekarang ini berada di kemboja untuk menguruskan pembelian lembu-lembu tersebu.
InsyaAllah hari raya haji nanti saya akan turut serta didalam Misi 4X4 Kemboja yg akan melalui jalan darat untuk menghantar pakaian sumbangan rakan-rakan FB, sudara-mara, para pendengar Radio dan penonton TV. Kami juga akan menyaksikan ibadah sembelihan lembu-lembu korban yang telah diamanahkan itu.
Moga Allah memberkati dan mempermudahkan urusan kita semua. Jutaan terima kasih kepada penyumbang dan juga mereka yg membantu secara lansung dan tidak lansung. Maklumat lanjut sila layari http://infaqkemboja.blogspot.com

Subscribe to:
Posts (Atom)