Thursday, March 10, 2011

Perjalananku mencari keberkatan hidup dan redho Ilahi

Alhamdulillah.... Walaupun pelbagai rintangan dan dugaan hidup maka pada tanggal 8 March 2011 saya bersama isteri, ibu, ibu mertua dan bapa mertua memulakan perjalanan untuk mengerjakan ibadah umrah.

Kami transit satu hari diDhaka sebelum menuju keJeddah. Saya bersyukur kerana lawatan sehari di Dhaka, Bangladesh dapat menguji kesabaran dan mendidik diri ini erti kesusahan dan kesenangan. Melihat kepayahan hidup masyarakat setempat dan melalui sistem kerajaan mereka yg agak perlahan membuatkan diriku berfikir dan berfikir.

Saya dan 31 jemaah yang lain mengikuti program Umrah yang dianjurkan oleh Raudah Sakinah yang diterajui sahabat karib saya sendiri semasa di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) iaitu encik Zikri Fuad Abdul Salam. Umrah ini ialah umrah budjet yang khusus untuk saudara dan kenalan rapat beliau.

Sebenarnya memang dah lama berhajat untuk tunaikan umrah namun disebabkan kekangan masa maka asyik ditangguhkan. Saya terdetik semula untuk putuskan menunaikan ibadat umrah ini semasa saya bersama Hj Zikri membantu golonngan miskin di Kemboja hujung tahun lepas.

Alhamdulillah.... Semasa saya menulis. Blog ini saya berkesempatan untuk melayari internet di Airport Dhaka sewaktu menunggu kapal terbang ke Jeddah.

Ini merupakan hari kedua kami untuk menyempurnakan ibadah umrah di Mekah.

Saya sengaja berkongsi pengalaman ini untuk catatan peribadi dan juga tatapan para pengunjung blog saya.

Saya juga ingin ambil kesempatan untuk merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan di Facebook dan Twitter kerana mendoakan kelancaran perjalanan umrah kami ini. InsyaAllah hajat dan doa kalian saya akan sampaikan setibanya di hadapan kaabah dan tempat2 musatajab yang lain.

InsyaAllah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.