Saturday, April 14, 2012

Buku Travel Log Kembara 4X4X2 Kemboja 2012.

InsyaAllah tahun ini saya akan keluarkan buku sulung saya. "Travel log Kembara 4X4X2 Kemboja".

InsyaAllah buku ini nanti akan menjadi pemangkin kepada mereka yang gemar untuk mengembara tetapi tidak tahu cara yang kos efektif dan berobjektif. Isi yang padat dengan gambar dan tips-tips berguna dari Perancangan awal, kos sehinggalah yang berkaitan makanan atau resepi pengembara.

Saya sedang mentelaah beberapa rujukan yg diperlukan utk menghasilkan buku yang mengujakan. Hehehe. Mohon tunjuk ajar dari mereka yg pakar disepanjang proses melengkapkan buku ini nanti.

Sebahagian dari hasil jualan buku ini nanti akan disumbangkan ke dana DMK dan inisiatif dakwah yang lain. Mohon sokongan dan doa dari rakan FB sekalian moga impian ini menjadi kenyataan.

Untuk makluman kembara itu nanti adalah bersempenan misi Aidil Adha 2012 nanti. Team kembara 4X4 dan Motorsikal kuasa besar akan konvoi melalui Malaysia-Thailan-Laos-Kemboja-Thailand-Malaysia.

Monday, April 02, 2012

Teambuilding Untuk Kakitangan IKM Kuching, Sarawak

Alhamdulillah... Hari ini selesai hari pertama menjalankan aktiviti Teambulding di Permai Rainforest Resort, Kuching, Sarawak.

Seven Figure Sdn Bhd telah diamanahkan oleh Institut Kemahiran MARA, Kuching untuk menjalankan Program Teambuilding "Motivasi Pencetus Transformasi" kepada para pensyarah dan kakitangannya yang terpilih seramai 30 orang.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan dengan lancar.