Friday, December 31, 2010

Selamat Tinggal 2010, Selamat Datang 2011

Tentunya pelbagai kenangan pahit dan manis telah terukir sepanjang 2010. Alhamdulillah, Allah memberikan kesempatan untuk melangkah ke tahun 2011.

Namun apakah iktibar dan mahasabah yang dapat diambil disepanjang tahun 2010? Moga ianya dapat diperbaiki dan dipertingkatkan ketika mengharungi 2011 pula.

Ketika mereka yang lainnya sibuk untuk menunggu detik 12malam dengan pelbagai acara dan aktiviti. Saya memilih untuk bersiar dan berehat di Gold Coast Sepang bersama tersayang.

So dikesempatan blog terakhir diambang 2010 ini saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 2011 kepada semua pembaca blog dan rakan FB saya. Moga kita sama-sama diberikan hidayah, kekuatan dan Kerahmatan untuk beribadah dan mencari keredhoaan Ilahi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, December 29, 2010

Kemenangan Pasukan Bolasepak Malaysia Menghidupkan Kembali Auman Harimau Malaya

Syabas dan tahniah kepada pasukan bolasepak negara yang baru sahaja menumpaskan Indonesia dengan Agrigat 4 - 2.

Piala AFF Suzuki 2010 bejaya ditawan anak muda Malaysia yang begitu berdisiplin dan gigih dengan bimbingan Raja Gopal selaku jurulatih yang kian menyinar.

Malaysia Boleh! Malaysia Boleh! Laungan keramat yang memenuhi ruang cyber dan alam nyata. Ini merpakan satu impak positif sebagai bekal untuk memasuki tahun 2011.

Ya! Seudah tentunya rakyat Malaysia teruja dan bangga. Lebih membanggakan lagi nama Khairul Fahmi menggungguli Top 10 topik perbualan di twitter seluruh dunia. Ternyata corak menonton sudah jauh berubah meliputi alam maya. Ini sesuatu pengkembangan positif yg perlu diambil perhatian.

Esok Cuti? Hehehe seperti biasa Rakyat Malaysia menunggukan pengumuman peristiwa dari kerajaan. Namun cuti atau tidak ternyata kita sudah berjaya. Terbukti benar, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Akhir kata dari saya, jadikanlah sukan sebagai satu pemangkin untuk menyatukan umat manusia. Kepada pasukan Indonesia yang tewas, anda tetap Juara dan terbaik.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, December 16, 2010

Teka-teki bersama Khir Ariffin @FB.

Salam sahabat FB sekali. Seperti yang dijanjikan, soalan teka-teki saya yang kedua yg menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM30 akan bermula pada 4pm -5pm 16/12/2010.

Soalan : Azwan Ali mempunyai seorang rakan bernama Ummi Hafilda. Mereka telah lama kenal dah tiap-tiap hari berjumpa. Tiba2 pada suatu hari Azwan Ali ingin mencari Ummi Hafilda tetapi tidak berjumpa. Kenapa tidak jumpa dan berikan sebabnya. (Ummi Hafilda masih wujud dan hidup seperti biasa)

Syarat: Hanya mereka yg menjadi sahabat FB saya yang layak untuk sertai teka-teki ini dan dikehendaki menjawabnya diwall ruang FB Status saya http://www.facebook.com/khirariffin

Pemenang: pemenang akan dipilih secara rawak dari mereka yg menjawab dgn tepat dan saya akan maklumkan selepas tamat waktu menjawab.

Jawapan: hanya jawapan yg ada pada saya sahaja yg dikira betul dan tepat sebarang demonstrasi dan surat layang tidak akan dilayan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Em...... sekarang jam menunjukkan pukul 4.26 pagi waktu Malaysia dan bertarikh 17 Disember 2010. Nampak gayanya.... tidak seorang pun berjaya meneka dengan tepat walaupun tempoh menjawab telah dilanjutkan ke pukul 12 malam tadi dan hadiah telah dinaikkan hingga mencecah RM100.00

Mesti you all nak tahu jawapannya kan..... hehehe... ok la.... ok la..... nie nak bagi tau la...

Jawapannya ialah.... Azwan Ali tak jumpa cari Ummi Hafilda sebab.... Ummi Hafilda dah block dia.... sebab tu la... tiap2 kali Azwan Ali cari/search kat FB tak jumpa. Sebabnya diorang nie cuma berkawan kat FB je.... jumpa hari-hari pun kat FB je.... so pada suatu hari tu... entah apa yang berlaku antara mereka berdua.... si Ummi Hafilda tu memblock la si Azwan tu..... kenapa tak percaya? maka itu lah jawapannya......

So.... moral of the story.... kalau kita tak nak musuh kita atau orang yang tidak disenangi berjumpa kita di FB maka kita boleh la... block dia..... jangan block saya sudah la..... hehehe.

Amacam mencabar tak soalan nie? disebabkan tiada pemenang maka hadiah untuk minggu ini dibawa ke minggu depan..... so tungggu...... soalan berikutnya di minggu depan.... selamat berfikir.... wassalam.....

Thursday, December 09, 2010

Nasi Gunting: Makanan unik yang anda mesti cuba bila berkunjung ke Melaka


  • Lahfah Ghaziyah Muhammad nasi gunting tu nasi yg digunting2 kan kan...betul tak hehehe :)


  • Mahani Ibrahim huhh..nasi lah butir2 kecik..nk digunting lagii?? hahahhaa



    Emmmm.... itulah beberapa komen dan riaksi yang telah diberi oleh rakan FB saya. Pelik tapi benar. Tapi apa sebenarnya Nasi Gunting nie? macam mana rupa dia....

     Haa..... kalau nak tau tengok la gambar dibawah nie....



    Haaa..... amacam dah terjawab ke persoalan yang bermain dikotak pemikiran korang..... hehehe

    Actually Nasi Gunting nie bukannya nasi tu digunting yang diguntung ialah lauk-pauknya yang terdiri dari perut, paru, limpa dan beberapa lagi organ dalaman lembu. Rasanya lebih kurang Gulai kawah. tapi lebih sedap dan unik. Sebabnya..... hanya ada satu kedai je yang jual nasi gunting nie dalam dunia. macam mana nak pergi? nantikan entri saya yang akan datang..... nak tengok video camne dia gunting pun boleh.... nanti saya upload ye.... ok la... stay tune... :)