Sunday, January 24, 2010

Sedang Mengajar Blog Kat bloggers

Senyum.... senyum...

Monday, January 11, 2010

Kursus 'Blogging Untuk Wanita Yang Ingin Bekerja Dari Rumah''

Host:
Type:
Network:
Global
Date:
Sunday, January 24, 2010
Time:
9:00am - 1:30pm
Location:
2-2, Vila Shoplex, Pudu Imipian III
Street:
Jalan 1/92B, Off Jalan Pudu Hulu, Cheras
City/Town:
Kuala Lumpur, Malaysia

Description 

Negara kita banyak kehilangan idea bernas, tenaga produktiviti, kreativiti dan kepakaran dari kaum wanita yang membuat keputusan untuk menjadi surirumah, demi masa depan keluarga mereka. Bukan sahaja ini merugikan sumber kemanusiaan yang ada di negara kita, malahan ia tidak banyak membantu kaum wanita membangun ekonomi keluarga mereka sendiri.

Oleh yang demikian, kami dari New Media Consulting Sdn Bhd, ingin mengubah trend ini dan membantu kaum wanita agar dapat menghasilkan sumber pendapatan hanya dengan bekerja dari rumah sahaja, dengan menggunakan teknologi internet dan beberapa applikasi tertentu yang sudah dikenal-pasti dapat membantu mereka dengan berkesan

Sasaran utama kami adalah :-
1) Surirumah yang ingin membina sumber pendapatan
2) Wanita bekerja yang ingin memulakan kerjaya baru dari rumah

Kesesuaian Peserta :-
1) Kaum wanita peringkat BEGINNERS yang memiliki pengetahuan asas tentang penggunaan komputer, internet & email.

Objektif utama kami : -
1) Mendidik kaum wanita tentang konsep bekerja dari rumah melalui penggunaan internet
2) Membantu kaum wanita mewujudkan kerjaya baru dan menjana pendapatan dari rumah

Kursus permulaan ini banyak menyentuh tentang pembinaan blog sebagai alat untuk membuka kerjaya baru di internet. Anda akan diajar pelbagai tips dan panduan untuk pembinaan blog yang berkesan, oleh konsultan kami yang mempunyai pengetahuan tinggi & pengalaman luas di dalam teknologi IT dan internet.

Butiran topik yang akan disentuh dalam workshop, akan diumumkan kemudian kepada peserta yang berminat sahaja.

Harga Biasa Kursus ini adalah RM150 seorang. Walaubagaimana pun, sekiranya anda menjadi fan kepada 3 fanpage di bawah, anda hanya perlu membayar RM20 sahaja (kos lain ditaja oleh Seven Figure Sdn Bhd & SimpanDuit Consulting).

New Media Consulting Sdn Bhd - http://www.facebook.com/pages/New-Media-Consulting-Sdn-Bhd/193773472938?ref=ts
Seven Figure Sdn Bhd - http://www.facebook.com/7figure
SimpanDuit Consulting - http://www.facebook.com/pages/SimpanDuitcom/121397274095?ref=ts

TEMPAT TERHAD KEPADA 20 ORANG SAHAJA UNTUK KURSUS PERTAMA INI. Sila SMS nama penuh dan alamat email anda ke 012-2011-555 untuk pendaftaran. Maklumat bayaran akan disertakan di dalam SMS nanti.

Syarat Kehadiran :-
1) Setiap peserta digalakkan membawa komputer riba & broadband sendiri. Kemudahan wifi akan disediakan untuk memudahkan mereka yang tidak mempunyai broadband mobile.

2) Jika anda tidak mempunyai komputer tetapi sangat berminat untuk menyertai kursus ini, kami akan cuba menyediakan komputer untuk anda. Sila beritahu pihak kami dari awal supaya komputer dapat disediakan.

Sunday, January 10, 2010

Makaroni Kari Bertelur

Hahaha... Boring punya pasal, hari saya berjaya mencipta satu lagi resepi. Idea nie timbul bila perut lapar dan malas kekedai.

Firts tengok makaroni ada dalam peti, lepas tu tengok kari semalam ada lagi. Yeah! Idea pun mari.

Maka terhasillah resepi baru macam dalam gambo tu. Amacam? Best tak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, January 09, 2010

Usahawan IKS dapat manfaat



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
HULU SELANGOR 8 Jan. – Golongan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) turut mendapat manfaat daripada Program Juara Rakyat apabila berpeluang mempromosikan produk mereka sepanjang program itu berlangsung.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, program itu merupakan antara usaha kerajaan dalam menerapkan budaya keusahawanan di kalangan masyarakat bumiputera.
‘‘Melalui program sebegini, mereka dapat mempamerkan serta memperkenalkan produk-produk keluaran mereka di pasaran tempatan.
‘‘Pembabitan pengusaha IKS mendedahkan mereka tentang pengurusan sesuatu perniagaan untuk mendapat pulangan yang baik,’’ katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan 125 gerai pameran Program Juara Rakyat di Bandar Bukit Sentosa di sini hari ini.
Program tiga hari itu bermula hari ini sehingga Ahad.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan program itu esok.
Program Juara Rakyat dilaksanakan mengikut tema di setiap 191 Bahagian UMNO di seluruh negara pada setiap bulan.
Menurut Mohd. Shafie, program yang julung-julung kali diadakan itu melibatkan kira-kira 20 pengusaha IKS tempatan.
“Lebih 125 tapak gerai disediakan untuk peniaga IKS, agensi-agensi kerajaan dan swasta dan mereka mempunyai pelbagai cara untuk menarik perhatian pembeli sepanjang program ini,’’ ujarnya.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0109&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_24.htm&arc=hive

Monday, January 04, 2010

Terkenang Semasa Dulu

Khir Ariffin menerima SMS, senarai barang dapur yg perlu dibeli. hahaha.... teringat masa kecik2 dulu bila mak suruh pergi kedai, banyak sangat pesanan sampai terlupa dan terpaksa patah balik. "Mak suruh beli apa tadi, lupa la". Now dah canggih.... SMS je... :)

Irnita Reduan
Irnita Reduan
suami mithali...jgn lupa beli ya..
57 minutes ago · 
Khir Ariffin
Khir Ariffin
hahahah.... mesti lah kena beli... kalau x mis soru la... malam nie.... keh keh keh...
56 minutes ago · 
Sya'arani Supandi
Sya'arani Supandi
dunia semakin maju khir...kalau dulu beli barang siap salah beli ...lepastu kena la tebal muka mintak tukar balik kat kedai hehhe...
53 minutes ago · 
Shah Shahe
Shah Shahe
khir - mak aku siap buat list dulu soh aku pi kdai. kayuh la beskal, pi beli brg. heh.
53 minutes ago · 
Khir Ariffin
Khir Ariffin
Sya'arani, hahaha.... betul tu.... bab kena tukar balik tu yang hampeh. terpaksa buat muka kesian....

Shah, masa tu kau dah pandai baca ke.... atau kau main tunjuk kat pakcik kedai je.... hehehehe

Bestkan sesekali mengimbau kenangan lama... masa zaman dedolu.... itu x masuk lagi kenangan hari pertama persekolahan. hahaha....
50 minutes ago · 
Shah Shahe
Shah Shahe
sah2 la aku bg tokey kdai je trus list tu. pernah dok kayuh beskal, list jatuh. smpai kdai, dah pucat. hehe
46 minutes ago · 
Khir Ariffin
Khir Ariffin
hahahaha.... lawak la... cerita ko Shah, nie kalau buat drama sure penonton pecah perut gelak...
41 minutes ago · 
Mohd Hamizar Hamid
Mohd Hamizar Hamid
dulu aku pernah beli cili boh mak pesan, pastu masa naik tangga umah flet plastik cili boh pecah, masuk mata.. huhu
40 minutes ago · 
Khir Ariffin
Khir Ariffin
Hamizar, patut la... aku tengok mata ko sepet sebelah... hahaha.... gurau je... :)
39 minutes ago · 
Shah Shahe
Shah Shahe
btol Khir. t'paksa la kayuh balik rmh, kena piat telinga. as denda - dpt list bru, kena kayuh pi kdai balik, kena gelak dek tokey kdai. heh.
39 minutes ago · 
Khir Ariffin
Khir Ariffin
Shah, beskal yang ko kayuh tu ada lagi tak? kalau ada upload sikit.... nak tengok.... hehehehe
38 minutes ago · 
Khir Ariffin menerima SMS, senarai barang dapur yg perlu dibeli. hahaha.... teringat masa kecik2 dulu bila mak suruh pergi kedai, banyak sangat pesanan sampai terlupa dan terpaksa patah balik. "Mak suruh beli apa tadi, lupa la". Now dah canggih.... SMS je... :)58 minutes ago · Comment ·LikeUnlike · View Feedback (13)Hide Feedback (13)Edlina Yusof and Sya'arani Supandi like this.


Irnita Reduan suami mithali...jgn lupa beli ya..

57 minutes ago · Khir Ariffin hahahah.... mesti lah kena beli... kalau x mis soru la... malam nie.... keh keh keh...

56 minutes ago · Sya'arani Supandi dunia semakin maju khir...kalau dulu beli barang siap salah beli ...lepastu kena la tebal muka mintak tukar balik kat kedai hehhe...

53 minutes ago · Shah Shahe khir - mak aku siap buat list dulu soh aku pi kdai. kayuh la beskal, pi beli brg. heh.

53 minutes ago · Khir Ariffin Sya'arani, hahaha.... betul tu.... bab kena tukar balik tu yang hampeh. terpaksa buat muka kesian....



Shah, masa tu kau dah pandai baca ke.... atau kau main tunjuk kat pakcik kedai je.... hehehehe



Bestkan sesekali mengimbau kenangan lama... masa zaman dedolu.... itu x masuk lagi kenangan hari pertama persekolahan. hahaha....

50 minutes ago · Shah Shahe sah2 la aku bg tokey kdai je trus list tu. pernah dok kayuh beskal, list jatuh. smpai kdai, dah pucat. hehe

46 minutes ago · Khir Ariffin hahahaha.... lawak la... cerita ko Shah, nie kalau buat drama sure penonton pecah perut gelak...

41 minutes ago · Mohd Hamizar Hamid dulu aku pernah beli cili boh mak pesan, pastu masa naik tangga umah flet plastik cili boh pecah, masuk mata.. huhu

40 minutes ago · Khir Ariffin Hamizar, patut la... aku tengok mata ko sepet sebelah... hahaha.... gurau je... :)

39 minutes ago · Shah Shahe btol Khir. t'paksa la kayuh balik rmh, kena piat telinga. as denda - dpt list bru, kena kayuh pi kdai balik, kena gelak dek tokey kdai. heh.

39 minutes ago · Khir Ariffin Shah, beskal yang ko kayuh tu ada lagi tak? kalau ada upload sikit.... nak tengok.... hehehehe

38 minutes ago ·